Assalamualaikum.
kecoh sekarang ni dengan penyakit beguk. Azeq baru je baik dari penyakit beguk. aku nak share pengalaman anak aku terkena penyakit beguk ni.
2 minggu jugak la dia mc dikuarantin kat rumah. before tu cikgu ada mention dalam whatsap group ada 10 orang murid terkena penyakit beguk ni kat sekolah. aku kata amende la beguk ni, yela tak pernah kena. Bunyi pun buruk BEGUK!! pastu taktahu pun penyakit ni macam mana. pastu selang seminggu, azreq mengadu dia rasa telinga dia besor sebelah.
aku mula lah mengelebah tiruk bila nengok muka anak besar sebelah. semua orang aku call cakap anak aku kena beguk. malam tu jugak pegi klinik. yg bapak dia lagi mengelabah cari anak bini dia kat klinik padahal anak bini dia selamat sampai kat rumah, anak dia lagi relax tengok tv sambil makan Maggie.
baru 4 hari kena beguk.
simpton atau tanda-tanda awal
- bengkak bahagian pipi (bawah telinga). lagi besar lagi sakit.
- demam terlebih dahulu atau semasa membengkak
- sakit kepala
- mulut kering dan hilang selera makan
- sakit ketika menelan air liur dan mengunyah
- sakit telinga dan leher
risau je pipi anak aku tak kempis. azeq ni memang sejenis pipi dia dah sedia tembam, kalau besar sebelah nampak jugak la. biasanya penyakit beguk ni akan surut 10-12 hari. lama giler nak surut bengkak.
paling sadis bila kita masak yg anak kita suka makan, tapi dia hanya mampu tengok. nanti dia pegang pipi dia yg kena beguk pastu cakap tak boleh makan, sakit nak kunyah... huwaaaa sedih !!
Rawatan beguk.
setakat ni takde ubat yg khusus.
Sakit beguk ni boleh demam. hari tu pun Azreq demam aku just bagi penadol je la. ubat sapu pun takde ye. Azeq punya dos untuk ubat demam dia tak pakai syrup dah, dah layak makan sebiji penadol. weight dia cukup untuk sebiji penadol orang dewasa. Nasib dia pandai telan tablet.
Sakit beguk ni boleh demam. hari tu pun Azreq demam aku just bagi penadol je la. ubat sapu pun takde ye. Azeq punya dos untuk ubat demam dia tak pakai syrup dah, dah layak makan sebiji penadol. weight dia cukup untuk sebiji penadol orang dewasa. Nasib dia pandai telan tablet.
Rawatan tradisional
orang dulu2 kata letak nila+cuka. sampai sekarang nila+cuka still digunapakai. doktor pun suggests benda yg sama. ada orang cakap letak sarang angkut2.. sarung angkut2 natang menda pulak? aku letak nila+cuka je dah cukup. nila tu bukan nila baju (ujala). ni nila serbuk, kalau orang dulu2 pakai nila ketul. salah nila mau bertampok-tampok baju kou.. bahaaha fadan muker
orang dulu2 kata letak nila+cuka. sampai sekarang nila+cuka still digunapakai. doktor pun suggests benda yg sama. ada orang cakap letak sarang angkut2.. sarung angkut2 natang menda pulak? aku letak nila+cuka je dah cukup. nila tu bukan nila baju (ujala). ni nila serbuk, kalau orang dulu2 pakai nila ketul. salah nila mau bertampok-tampok baju kou.. bahaaha fadan muker
bancuhkan nila serbuk ni dengan cuka. bancuh sehingga larut. jangan pulak korang pecahkan telo sebiji kang ada pulak buat cekodok nila hahaaa.
nila serbuk aku beli kat kedai sense cina kat taman melawati danau kota. kat mana-mana ada jual kot. kalau takde sangat nila serbuk tu, pakai je la nila baju tu.. bancuh pekat-pekat dengan cuka. tapi better pakai nila serbuk. bancuh nila serbuk + cuka dan sapu kat tempat beguk. sapu pakai cottonbut/kapas. Inshaallah elok cepat surut bengkak tu.
dalam keadaan anak sakit ni, kita akan cuba dengan apa cara pun untuk baik, mintak air penawar untuk legakan sakit, sapu nila, makan ubat. tapi jangan lupa berdoa pada Allah mohon kesembuhan. itu penawar dia.
Pencegahan
Memang anak2 diberi suntikan (mums) masa baby TAPI jangan ingat anak yg complete vaksin tak dapat beguk ye. anak aku pun complete vaksin sampai umur dia 2 tahun. tapi kalau ada budak yg tak ambil imunisasi boleh jadi terkena kat anak kita. nasib-nasib la. mintak jauhhhhh kan la wabak ni. rasa nak banggang kan je ibu-ibu yg anti vaksin ni. ibu yg anti vaksin anak jadi mangsa.
memang perit kena beguk. kita yg nengok pun tak menahan.
memang perit kena beguk. kita yg nengok pun tak menahan.
Alhamdulillah dah sihat semula. dah boleh sekolah. boleh makan dengan selera. dapat jumpa kawan2, ada kawan2 yg rindu dengan Azeq.
Beguk ni boleh berjangkit melalui penyebaran angin/udara. kalau pesakit beguk batuk atau bersin lagi cepat tersebar. so beware guys!! sebab tu kalau budak yg terkena beguk tak boleh sekolah paling kurang 10-12 hari. suka la dia doktor bagi cuti sepoloh hari. 2 minggu duduk kat rumah atok.. bermaharajalela dia atok layan dia. pandai request nak makan itu ini. pagi2 atok dah belikan dia roti canai telor 2 keping. habes dia makan. nanti petang pak lang dia balik keje belikan dia chicken rice shop.. esoknya uncle jack.. amboiiiiiiiiiiiiiii kemahennnnnn ngko yeeeeee!! makin buntal duduk rumah atok.
dia ingat cuti holibeguk tak buat keje sekolah, aku dah siapkan latihan yg kena buat. nanti balik keje aku check.. bagus dia.. mendengar arahan. mintak atok yg monitor. tapi paham2 la kalau atok yg monitor.. sama2 geng tu.. cissssshhh
-gee-
Tag :
Azreeq,
Parenthood
5 Komentar untuk "Sakit beguk boleh berjangkit"
baru semalam search pasal beguk ni
Kadang-kadang duk fikir jugak, apa kelebihan nila nie sampaikan doktor pun suggest suruh pakai nila utk ubati beguk..
Aku pernah kena beguk masa kecik. Sakit woo. Memang sapu nila san cuka tu. Haha nila ketul kalau salah bancuh baju sekolah putih bertampuk2. Cam harem..
Alhamdulillah sihat dah azeq.
Alhamdulillah sihat dah. Ana dulu pun pakai cuka nila tu. Hehe. Berzaman dah petua tu.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.