Plain basic Bokitta & cerita mesin jahit miniku



Hai uolls!
lama tak cerita pasal mesin jahit miniku.. ada yg tanya bernyawa lagi?? 
of coz elok lagi menjalankan tugas menjahit deniaaaa ni. hari tu aku ada cerita tentang mesin jahit miniportable kat SINI.. sila lah baca kalau nak details.

Plain basic Bokitta & cerita mesin jahit miniku

hari tu beli plain basic Bokitta warna pink belacan.. saje nak try beli yg basic.. kalau korang nak tahu 'plain basic' dengan plain Bokitta berbeza ye.
bezanya tang metarial kain
'plain basic' kain dia memang chiffon. tapi chiffon tahap manja, nipis & ringan. dan macam jarang sikit. kalau cucuk pin make sure kena berhati2 sebab kadang-kadang boleh tertarik benang.. tampar sekali boleh? lemas aku nak berhati2 sangat.. aku dah la kasar.. aku seorang yg simple, takde nak ocd sangat. asal senang pakai, kemas, dan nampak cantik si pemakai. kadang cantik ni bukan datang dari rupa tapi dari hati.. 

harga dia pun murah sikit dari bokitta yg biasa. harga ikut saiz kalau vm biasa dalam RM89

 'plain Bokitta' yg biasa pula kain dia ada yg georgate @ chiffon. kualiti sikit dari yg basic. harga normal ikut saiz more than 100.

siapa yg tak biasa pakai basic akan rasa bad horror day ari tu.. dengan bawah dagu tak kemas (tak jahit). ada hari tu adik aku tegur "yg bawah dagu ni memang geli-geli eh"
kawang jaq.. dia mempersendakan bokitta aku.. pastu aku geram aku jahit bawah dagu supaya kurang geli-geli 
HAHAHA

Plain basic Bokitta & cerita mesin jahit miniku

mula-mula macam tak confident je nak jahit bokitta kesayangan aku ni.. banyak kali terpusing2 nak dapatkan gaya menjahit tu.. macam2 fikir nih.
KALAU di buatnya benang tertarik?
KALAU time tengah jahit tiba2 bokitta aku terkoyak...
KALAU jahit tak menjadi caner?

banyak sangat KALAU dia.. so, kat sini tak cuba taktahu..I try!!

semua yg kalau tadi..
aku berjaya jahit bokitta aku

Plain basic Bokitta & cerita mesin jahit miniku

yeyyyyy .. berhasil
takde geli2 kat bawah dagu dahhhhh
cukup la jahit yg satu ni.. yg lain better hantar alter.. malas weh nak bukak jahit then jahit semula.. memang salute pada tailor yg gigih.. aku ni kadang ikut mood.. kalau mood rajin nanti baju tak perlu alter pun memandai alter sendiri. jahit herot merot janji boleh pakai. jahit kat dalam bukan nampak pun hahaha.. kalau malas aku datang, aku biar je tersidai kat situ. lantakkkkkkkk kan situ !!
HAHAHAHAHA




-gee-
Tag : bokitta
10 Komentar untuk "Plain basic Bokitta & cerita mesin jahit miniku"

bestnyaa kalau pandai buat sendiri kan...

Nampak ayu je tu :)
Akak pun kemain beli mesin jahit beratus ringgit,konon nak menjahitlah
Tapi renyahlah. Tengok org jahit steady je, akak asyik tercabut benang je :D Bohsan!

jah, tak clear lah pic AFTER tu..cerr close up sket.nak tgk! tapi kalau ada geli2 ropol2 bawah dagu tu yg bokitta trade mark nye jah. hu hu.. lebanese(lubnan) people, mmg jenis suka benda yg nmpk simple, kedut2, shabby2 sikit.. kita je yg merimas..hehehe

Pandai haa dia alter sendiri. Selamat menjadi takde sebarang accident berlaku. Kalau tak mau yg jadi rimau. Hehe

memang kak.. kalau tercabut benang tu tension betol.. takkan nak tinggal mcm tu je.. nak taknak kena habes kan.. walaupun terpksa bentak hentak semua barang ku teruskan jugak ahahaha

memng tak bagi clear.. dagu berkerak hahahah
sy tak boleh follow kot ropol2 orang lebanese ni.. cedok sikit2 boleh. kalu geli2 bawah dagu tokse kawe bahahaa lemas kita wak hehehee

main belasah je ana.. asal boleh pakai & tak koyak dah kira naseb baik hahahah

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top