Deko-Proses membersihkan bilik anak lelaki



Agak lama jugak nak mendeko bilik Azreq ni. Kos dan bajet pun kena ambik kira jugak. Hari tu ada share gambar disaster bilik ni macam di landa ribut taufan kat SINI. Bukan senang nak makeover, ingat boleh imagine je dalam kepala otak tiba-tiba terus jadi cantik. Pinjam poket Doreomon jap, boleh! Macam Amir dia memang takde idea nak buat macam mana. Aku banyak buat search and google macam mana nak deko bilik anak lelaki. 

Fikir hal nak cat warna apa? warna merah tak boleh, nanti anak jadi garang. Warna yang terang-terang tak sesuai macam oren, kuning ke. Nanti susah tidur dan jadi agreasif. Warna pun main peranan ekk. Pening nak cat warna, end up kami pilih warna yang match semua colour grey-white.

dekorasi bilik anak lelaki     dekorasi bilik anak lelaki

Semua kerja mengecat Amir punya part lah. i jadi mando duduk tepi cekak pinggang. Heheh
Kerja mengecat ini kena dilakukan masa Azreq pergi school. Kalau tidak dia pun sibuk nak cat sama. Tak siap la keje macam tu.

dekorasi bilik anak lelaki     dekorasi bilik anak lelaki
     si kecik ni pun sibuk nak cat jugak. Tapi dia tak kacau sangat apak dia cat. Banyak buat hal sendiri, senang sikit kerja. 

Amir cakap dia malas nak cat putih undercoat. Sepatutnya kena cat putih undercoat dulu. Dia terus cat colour grey. Ikut sukalah, kang cakap lebih-lebih taknak buat kang. Tapi Amir cakap dia cat 3 lapis tau, kira ok la tuh. Masa renovate team Nippon Paint dulu, Amir perhatikan diorang cat macam mana. Dari situlah dia ceduk ilmu hal cat sikit-sikit. Krew Nippon Paint bukan cat selapis je, ada 1 dinding tu sampai 5 lapis cat. Patutlah warna cantik dan meyerlah. Kalau kita 1 tong cat nak guna untuk satu rumah. Kalau boleh nak jimat lagi jimat, tapi sebenarnya nak hasil yang cantik kena cat 2 kali baru warna tu betul-betul menyerlah. vahhh.

Nak share gambar sebelum dan selepas. Layankan aje. Tapi tak siap deko lagi.

dekorasi bilik anak lelaki
Sebelum

dekorasi bilik anak lelaki
Selepas

Deko tak habis lagi, buat sikit-sikit. Nanti nak tambah lagi hiasan kat dinding, nampak kosong sangat. Bila super hero dan super princess bergabung, meletop bilik tu dikerjakan. Biasalah ada budak kecik memang gitu. Tak sampai seminit bersepah balik, sabau je lah.

dekorasi bilik anak lelaki
contoh macam ni ke.




-zie-
10 Komentar untuk "Deko-Proses membersihkan bilik anak lelaki"

uih..comel..xsabar nak mendeko bilik anak dara..tunggu dia besar la..

bestnyeeee dik dapat deco2 free camtu...kerlassss sangat tuan blog dan anak2 nye masuk malajah...akak tumpang happy :)

cantik dah bilik orang bujang dan cadangan hiasan dinding tu memang cantik kaler cat pon dah kene sangat2 dah tu....selamat mendeco dik :)

eh! lupe nak kabokan...hakak ada tag ko tu tentang 25 perkara yg membuatkan ko happy...bebila senang nanti jawab ye

tak sangka boleh menang kak mel, rezeki tahun dulu

wah pasti menarik hasilnya tu

nnti kita boleh tiru idea deko siti pulak.

adoii..soklan susuh sgt ni..

no idea lagi lg la yunk..hahhaa

seronoknyaa bilik diaa hahaha

xde idea lagi nak deko mcm mn ..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top