Mee suah



Aku suka sangat MEE SUAH.. yang mengikut Fina, Azreq tak berapa suka sangat lembik2 nih..Laki aku pun tak suka. Kalau masak satu periuk, aku sorang pun boleh habis. periuk kecil la. Siap tonggengkan periuk jangan ada ada satu mee suah tinggal pun..haaa dasyat kan. Suhoon sup pun aku suka tau..campak2 je dah siap, buh kentang, fuchuk, karot, sawi sikit dah siap kan.

Memandangkan dan peti sejuk ada banyak daging, so dinner malam ni daging masak kunyit + mee suah..
 
daging masuk kunyit
Daging masak kunyit

mee suah sedap
mee suah + bayam + karot

Hari ni nak cerita masak MEE SUAH
Bahan2 :
1. Mee Suah
2. Bayam
3. Karot
4. Garam 
5. bawang putih (titikkan)
6. Perencah 
*boleh variasikan dengan pelbagai bahan seperti ayam, telur, fiscat, fishball. Aku punya mee suah ni yang paling simple. Apa yang ada dalam peti sejuk, itu yang aku lebur.


mee suah sedap
Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan karot.

Cara masak :
1. Tumiskan bawang putih. Kemudian, masukkan air dalam 1cawan besar.
2. Masukkan karot. Didihkan seketika.
3. Kemudian, masukkan mee suah, biarkan mendidih seketika. 
4. Masukkan bayam, Masukkan secubit garam + perencah sikit.
5. Siap dihidang.

mee suah sedap
  Mee Suah versi melayu

mee suah sedap
sumber google
Ini contoh Mee Suah, pelbagai bahan yang boleh di tambah, boleh di makan bersama cili kicap.




-zie-
.....................................

Tag : Resipi
5 Komentar untuk "Mee suah"

arghhhhh sedapnyaaaaaaaaaaaaa

ni first time ni ceq tengok lagu ni.. Mee Suah tu pun first time dengar..

bagi kat budak mesti depa suka, try la

sy penggemar mee suah...sedap kan..masak berkuah mmg sedap...tekstur dia lembut...tu yg sy suka mkn...heheeh

bukan anak je yang suka, sy pun suka makan. sedap sgt

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top