Hari ini terajin nak masak ikan keli salai lemak kuning belimbing, gempak je bunyi tajuk menu. Actually, dalam peti sejuk ada ikan keli. Ikan keli mak mertuaku bawakkan dari kampung. Mak mertuaku kalau bekalkan ikan mesti dah siap siang, bersih siap basuh dengan limau lagi tau. Menantu yang rajin ni tinggal masak je, tak payah nak fikir bab siang-menyiang, Aku ni kalau siang ikan memang lembab sikit, lagi2 kalu ikan keli, memang tak la..
Ini la belimbing buluh, yang orang Pahang buat sambal itam tu, pakai belimbing buluh la. Tapi aku letak dalam gulai lemak kuning ikan keli, sebab bagi kurangkan hanyir bau ikan keli tu. Nak letak belimbing buluh ni ada caranya. Kalau main letak je masam giler tau.
Caranya:
Tumbuk sikit belimbing buluh ni, jangan hancur sangat. Bilas dengan air garam, lepas tu bilas lagi, ramas2 sikit kemudian tapis. Nanti campak je dalam gulai tu.
Bahan2;
- Kunyit Hidup
- Cili padi
- Daun Kunyit
- Santan
- garam
- Ikan keli salai (salai atas dapur je balut dengan daun kunyit)
Caranya:
- tumbuk (kunyit hidup + cili padi) kalau nak pedas buh banyak cili
- letak dalam kuali bahan tumbuk tadi, kocak air dalam batu lesung buh sekali air tumbuk tadi,
- Hidupkan api, dah masak cili tadi. Masukkan ikan keli salai tadi. Masak sekejap di selangi air kalau kering.
- Kemudian masukkan santan dan daun kunyit (ikat daun kunyit tu @ nak hiris halus2 pun boleh)
- Masak sekejap, masukkan belimbing buluh tadi yang sudah siap di tapis.
- letak garam, masak sekejap. Tutup api
Siap untuk di hidang.
-zie-
...........................
Tag :
Resipi
4 Komentar untuk "Ikan keli lemak kuning orang negeri"
lepak dan follow here...
setakat tepek picture je xyah la weeii..
*lap2ailio*
eiii.. yekk air liur hijau..
ckup la takat tepek..blnja pic siket
Perghhh sodapnya!...
http://notachentamummy.blogspot.my/ ..... mummy jalan-jalan....
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.