Resepi Cheesekut Sedap, cair di mulut.



Resepi Cheesekut Sedap, cair di mulut. 

cheesekut sedap

cheesekut sedap
Buruk betol cara potongnya

Resepi Cheesekut Sedap


Bahan-Bahan:

1. 250 gram cream cheese
2. Fresh milk (Dutch Lady)
3. 1/2 tin susu pekat manis (F&N @ susu pekat apa jenama)
4. 1 paket biskut Cream Crackers (Hup Seng)

* Bagi cream cheese saya guna jenama Tatura. Ada brand lain Philadelphia, tapi yang ni mahal sikit. Philadelphia lebih sedap, terpulang nak yang mana. Ikut selera masing2.
 

Cara-cara membuat :

1. Pukul cream cheese sehingga kembang dengan menggunakan mixer. sekiranya tak ada mixer guna balnder pun boleh. Kembang tu maksudnya cream cheese jadi lembut dan pastur colour cerah sikit.

2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis sedikit demi sedikit (kalau suka manis boleh letak susu banyak) dan pukul lagi.
* "Kurangkan manis, lebihkan senyuman" tips dari Kementerian kesihatan Malaysia

3. Masukkan 2-3 sudu susu Dutch Lady, berdasarkan kepekatan bancuhan dan jangan cair sangat sebab bila cair kek akan jadi lembik dan susah untuk dipotong. 
* Seelok-eloknya bancuhan tidak pekat dan tidak cair

4. Sediakan semangkuk susu fresh milk.

5. Ambil biskut Hup Seng tadi celupkan ke dalam susu Dutch Lady dan susun biskut dalam bekas. Tekan sedikit bagi mampat bagi memudahkan untuk potong.

6. Siap susun, letak bancuhan cream cheese di atasnya.

7. Kemudian ulangi step 5&6 sampai habis bancuhan cream cheese, dan lapisan atas mesti ditutup dengan cream cheese.

8. Tutup bekas tadi dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman.
 
 * Nak tambah accessories pun boleh, tabur nestum dan coklat cip atas cheesekut tadi, dan di simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk2. Seperti berada di New Zealand kan..

Resepi ni pun dari SIL yang tulis kat wasap je, TQ Rose.

Lagi nak faham boleh refer sini  
 
cheesekut sedap






-zie-
...........................
Tag : Resipi
6 Komentar untuk "Resepi Cheesekut Sedap, cair di mulut. "

yang step ke-2 dengan ke-3 tu maksudnya masukkan dalam mixer tu ke?

a.ah masukkan dlm mixer,boleh refer sini nak lg jelas
http://sayepunyebelog.blogspot.my/2013/06/cheesekut.html?m=1

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top