Roti Canai Sedap AU, Keramat



Pagi2 mak dah datang rumah kejutkan anak cucu bangun nak ajak breakfast sama. Apa lagi aku lintang pukang bangun dari katil. Plan nak pergi breakfast roti canai kat AU. Aku suka breakfast kat sini sebab roti canai dia sedap dan pelbagai breakfast ada. Kedai melayu kita bukan mamak, nanti aku share lokasi kat mana. Roti canai sekeping tak cukup untuk aku sorang, mesti order 2 keping. Fina makan mee gorang, favorite dia.


roti canai sedap au2

roti canai sedap
Ini je picture yang ada, nampak sipi2 roti canai tu ok la kan. Tak sempat nak ambil gambar sebab kiddos tak sabar nak makan dah.

taman permainan kanak-kanak
Dah breakfast kenyang2 Kiddos ajak pergi playground pulak. Pergi la playgroung yang dekat area kuartes Polis Keramat. Situ ada playground yang sangat ok, sebelah car-wash. Aku suka pergi playground sini sebab tak ramai yang main, yang main pun anak2 polis area situ. permainan pun  banyak, seating area pun banyak kerusi batu untuk lepak2, yela apa boleh buat perut pun dah kenyang.

taman permainan kanak-kanak
Atok dan wan pun berjebak sekali, melayan cucu2 main taman.

taman permainan kanak-kanak
Belakang tu ada court untuk pak polisi main sepak takraw, biasa nampak depa main sepak takraw je, bola tampar ada jugak kot. 

taman permainan kanak-kanak
kasi chan mama dengan abah selfie, welfire..zassss

roti canai sedap
Fina manja dengan apak dia, menyampah. 
Time tidur baru cari mama nak nenen. Mintak la nenen apak ko tu.

Ni pun sama manja dengan atuk dia.

Ayoyo ammak.. Kan dah tak boleh keluar, Tu la masa kecil tak puas main, yela dulu2 mana ada menatang ni. Dah jadi mak orang baru teringin nak main. Lepas tu terjerit terlolong mintak tolong laki sebab tak boleh keluar. Hambik.. Mak gajah tersepit.

 Tuan belong tumpang lalu, ada macam anak jepun tak, perasan kan. Ermmm ada kot tang mata. Tu pasai blog nama Jepun Mari. hadoii, pe abah den buek kek balakang tu, rosak ana punya selfie.

taman permainan kanak-kanak
However it is, enjoyable day for my kids and they really full of energy..Good time for us.

bunga orkid
Penutup, mak dapat beli bunga orkid mak, beli kat Keramat juga.



-zie-

http://www.bisnesaiskrim.com





Tag : Food
4 Komentar untuk "Roti Canai Sedap AU, Keramat "

kuih dia ok x? sy mkn roti canai ni pentingkan kuah ;-)

kuah dia cair sikit,tapi roti dia lembut,ok la

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top