Salam Jumaat,
Mulakan dengan Innalillahiwainnalillahirojiun, musibah Masjidil Haram kejadian crane jatuh di Masjidil Haram yang menimpa jemaah Haji di Mekkah dan insiden rempuhan yang berlaku di Mina baru2 ni.
Mulakan dengan Innalillahiwainnalillahirojiun, musibah Masjidil Haram kejadian crane jatuh di Masjidil Haram yang menimpa jemaah Haji di Mekkah dan insiden rempuhan yang berlaku di Mina baru2 ni.
Raya Haji tahun ni disambut dengan sederhana dengan juadah makanan mak yang masak. Kat surau sini korban 5 ekor lembu, pagi2 mak abah dah pergi surau tolong melapah lembu. Pagi tu ucu dengan cik Jue datang beraya. Disebabkan raya haji tahun ni cuti lobang2 kami decide balik kampung Sabak Bernam lepas kerja. Anak2 ucu Faiz dengan Ati dah pos dulu naik kereta mak, so ucu dengan laki dia boleh la berjimba2 tengok wayang, Laki aku pulak kena kerja, tak dapat la balik kampung, aku anak-beranak je la balik kampung. Raya tetap raya kan.
ketupat daun tau, tak main la ketupat segera.
Gigih abah den menganyam ketupat sambil ditemani cucu main daun ketupat buat ultraman katanya.
Segala periuk belanga besar mak keluar, ramai anak cucu nak datang beraya ni.
kari daging mak
sup tulang
Lepas sembahyang raya laki aku orang fisrt bukak tudang saji. kemain lagi dia ye. One off my frenz kata dia kurus, hehhh jangan perasan, bawah tu perot kasi cover lebih. Dapat tahu orang puji dia kurus, lagi tambah2 nasi ye bang.
Biskut chase, sedap hingga menjilat jari. tapi bukan aku buat adik ipar aku yang buat. Dia memang suka bakery ni. Aku tak tau la, tak ada minat nak buat bakery ni. Belom terbukak minda nk buat kek ke, biskut ke. Aku rasa leceh sangat nak buat menda2 tu. Ada orang bagi dorang senang dan atas minat buat bakery ni.
Yang tudung pink tu yang make this biscuit chase ni. SIL-Rose. TQ rose next time boleh buat lagi.
Makan2 kat gazebo mak ni lepak luar budak2 pun boleh main kat luar tak adalah terperuk kat dalam rumah je.
Dah ada kipas, tak panas dah. Beli kat DIY, flexsible boleh letak dimana saje yang kita suka. Harga dalam RM17.80 kalau tak salah.
bakar dulu ikan pari ni untuk masak cekur, bakar atas dapur je.
Ikan pari kenchur (orang jawa panggil) nama lain masak cekur pari.
Nak resepi Masak Pari Cekur di sini
Dah habis makan kat luar, sambung makan kat dapur pulak. Cuti2 macam ni tak ada kerja lain selain mencekik. Letak la apa saja, comfirm habis. Sedap sangat ikan pari kenchur ni, tangan mak2 yang masak memang sedap sampai makan nak lempang2 orang, sebabnya PEDAS melambung-lambung, orang jawa + orang negori, omak den yang masak. Ini adalah favorite kami adik-beradik. Walaupun pedas tapi nasi bertambah2, tah hape yang mak buh sampai sedap sangat lah haiiii. Pergi mana2 mesti ingat masakan mak. rindu mak..
-gie-
...................................
Tag :
Lifestyle
1 Komentar untuk "Selamat hari Raya Aidiladha"
Menarik macam2 makanan ada... Takziah buat jemaah haji yang terkorban
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.