Since aku share produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion kat ig ada yg dm produk Safi Balqis ni untuk apa? Safi memang banyak produk, kadang kalau kita pegi pasaraya sampai naik juling bijik mata tak reti nak pilih yg mana satu kan. bukan korang je ada masalah ni dek, hakak pun sama.
ok. Senang nak faham macam ni, kalau korang jenis yg simple taknak susah-susah, taknak renyah tepek banyak benda kat muka, jenis rock, sempoi, taknak selekeh, tapi nak maintains cun (sepp sikit sape perangai macam ni) makeup-makeup ni malas, tapi nak muka beseri macam KLCC.. Safi Balqis OxyWhite Hydration Lotion ada jawapannya.
Baca juga : SAFI EXPERT SOLUTION - memudarkan bintik hitam dalam masa 2 minggu
Baca juga : SAFI EXPERT SOLUTION - memudarkan bintik hitam dalam masa 2 minggu
Safi Balqis
Oxywhite Whitening Hydration Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydration Lotion untuk penyegar & pelembab
Mana korang yang baru dengar tentang produk Safi dan mahu mencuba produk Safi sebab tengok hakak cantik.. kahhahahaa. Ini adalah keluaran terbaru dari Safi. Istimewanya tentang produk ini berfungsi sebagai penyegar dan pelembab dalam satu botol. Makna kata, korang pakai yang ini dah cukup tak payah pakai banyak-banyak produk, sekaligus boleh mencerahkan. Bagaimana Safi Balqis Oxywhite berfungsi sebagai pencerah? nanti hakak story. janji baca sampai habis. tak baca rugi yang amatttttttttt..
Tekstur dalam bentuk cecair yang jernih. Kebiasaan lotion yang kita pakai akan rasa sticky, lepas tu dah pakai rasa taknak bangun langsung sebab melekit kan. Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydration Lotion takkan rasa melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Packaging yang di upgrade kan dalam bentuk yang exclusive by Safi Balqis. Memang best pakai Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni sebab kulit rasa segar dan ringan selepas penggunaan. lucky to me setakat ni kulit sangat ok.
Safi Balqis
Oxywhite Whitening Hydration Lotion
Diuji secara dermatologi
Gabungan formulasi penyegar & pelembab dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan optimum. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration bertindak sebagai :- Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan sekali penggunaan.
- Bertindak melindungi kulit dari sinar radiasi dan memberi kelembapan sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
- Macro Hyaluronic Aci
- Nano Hyaluronic Acid
- Bio-Hyaluronic Acid
- Oligo-Hyaluronic Acid
- Super Nano Hyaluronic Acid
- Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
- Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.
Bagaimana Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydration Lotion berfungsi sebagai pencerah? ini jawapannya.
v
v
v
v
v
v
v
OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kuli agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano Biowhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.
Arahan penggunaan :
Sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan 2x selepas Pembersih Muka Safi Balqis Oxywhite.
Baca juga : Perbezaan selepas penggunaan SERUM SAFI EXPERT SOLUTION
Sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan 2x selepas Pembersih Muka Safi Balqis Oxywhite.
Baca juga : Perbezaan selepas penggunaan SERUM SAFI EXPERT SOLUTION
Q&A by SAFI
mana yang masih blur dan was-was tentang penggunaan produk Safi ni, ini ada beberapa Question & Answer by SAFI BALQIS sendiri. harap dengan Q&A ini dapat membantu korang lebih faham dan yakin dengan produk Safi selamat dan bekesan.
Tak guna cakap banyak kalau korang sendiri tak cuba. Mana yang masih tercari-cari produk yang bersesuaian dengan kulit mungkin Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydration Lotion ada jawapannya. Kalau habis pun senang nak cari sebab boleh dapatkan produk Safi di mana-mana pasaraya. Harga pun mampu milik untuk rakyat marhean macam kita ni. Harga lebih kurang RM23 untuk 100ml. Penggunaan boleh tahan sehingga 2-3 bulan, jimat sangat.
so, untuk kesan yang lebih efektif korang boleh pakai bersama Krim Pelembab Siang SPF20++IR Safi Balqis Oxywhite. Untuk maklumat lanjut tentang Produk Safi boleh layari link di bawah ni
Facebook | Instagram | YouTube
Tag :
Gaya Hidup
5 Komentar untuk "Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion untuk penyegar & pelembab"
Nice review. Salam singgah dari Syaza :)
hai syaza..
hi singgah sini (^_^)
muka dah flawless gegila.. dah cantik sangat tu.. i ni letak apa gak lah.. tak nak ilang dia. mengelupas lagi ada lah.
Hai. BW kat sini :)
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.