Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0



Aku harungkan 3 sekali sekali movie. Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0

Hari tu layankan budak2 ni nak tengok wayang cerita Spiderman. Pergi bertiga dengan anak2 tanpa laki. Macam biasa hari Sabtu en.laki kerja, kita buat hal sendiri dengan 2 ketul apple eye ni. Anak2 pun dan besar #besarsikit senang nak handle. walaupun kadang2 stress!!.. paling stress bila dua2 nak kencing termasuk omak eiii sekali.. ommgeee!!. kelam kabut haku nak melepaskan hajat takut anak merayau ntah mana sampai terlupa nak zip seluar lahhhhhh. hahahahah. basuh tak lupa .. 

Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0

port biasa tengok wayang kat tgv Wangsa Walk sebab paling dekat dengan rumah.

tak kisah pun mana2 tapi nak yg paling dekat dengan rumah sebab senang nak balik. kah kah. walaupun Wangsa Walk ni suam2 kuku. nak kata best tak best sangat. takde port favorite yg best. Biasa datang tengok wayang pastu blah cari makan kat tempat lain.. 

Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0

Muka mak dengan anak dah sama lebar, dah rupa talam. si Fina je pattern muka lain ikut belah Perak.

aku tengok cerita ni amik tiket Friends & Family (ada kat tgv) kalau amik tiket ni dewasa RM8, child RM5. Dalam tu semua kanak-kanak, korang tak boleh nak marah sebab panggung tu memang untuk kids. pastu ada staff yg hantar belon. dah hantar belon hantar la makanan sekali kannnnnnnn

happy la kanak2. bagi aku selesa lah sebab kalau anak ko buat bising orang lain tak boleh marah. dah dia pun main sama-sama (si Fina tu).  Azreeq dah besar dia fokus tengok wayang. 

happy.. happy jugak, tapi mak nko ni stress sebab ada kids yg main ketuk-ketuk belon over my head hahaa.. flurrrrrrhhh stress!!

REVIEW : alahhh citer karton kou!! best la bagi budak dua orang. layankan diorang nak tengok spiderman. Spiderman into the spider-verse ni bukan Peter Parker yg biasa korang tengok kat filem before. memang cerita karton eh..takde plus manusia. Kisah nya, spiderman ni banyak dimensi. ada sorang sengal ni dia pi cipta alat untuk ubah dimensi sebab nak hidupkan anak bini dia yg dah mati. dimensi yg lain jadi bercelaru lah.. tu yg ada Spider-Gwen, Spider-Man Noir, Spider-Ham tersesat masuk ke dimensi Spider-Man Miles Morales. so short story, Spider-man Miles Morales berusaha nak hantar geng2 dia balik ke dimensi asal. pastu nak rosakkan rancangan jahat yg si sengal tadi.. huk hukk.. tak kisah la!! overall.. anak2 aku happy & enjoy giler tengok Spiderman niiiii

taknak bagi star. sebab cerita karton bagi Ha je.. sy kasi 4 HaHaHaHa.. 

ok . Next ...


BUMBLEBEE

hari tu dah layan cerita karton diorang, now aku herat 3 orang layan citer aku. kah kah kahhhhh

Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0

ok.. sebenarnya.

yg nak tengok sangat cerita Bumblebee ialah AKUuuuuuuuuuuuuu hahahahah
3 ketul tu redho je membontoti mama dia. yelaaaa, last time dah layan cerita diorang now silalah layan cerita mama pulak. yg peliknya budak2 ni tak minat tengok cerita robot-robot macam ni..

ish.. ishhhh.. pelik bin ajaib

bapaknya - tengah2. belah anak pun tidak belah bini pun tidak. dia layan je cerita favorite wife dia walaupun dia hampir terlelap hik hiks.. Pelik- dia pun tak minat.. hu hu hu

dulu zaman sekolah aku membesar layan karton transformers lah. sampai la di filemkan still tak jemu.. best eh citer ni, walaupun ada part yg macam slow sikit overall OK!!. kisahnya lebih kurang throwback stories macam mana wujudnya Bumblebee kat bumi dan how start dia jadi bisu. Ada part kelakar, sayang, action, cinta.. 

hakak bagi 8/10.. yehaaaa

Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0

Next..

SHANKAR'S 2.0

Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0

Shankar's 2.0 ni yg aku nak tengok sangat dengan laki aku.
tapi tak berkesempatan sebab anak-anak takmo lepaskan mak apak dia nak dating. konon nak keluar berdua senyap - our long overdue dating kattttakooooo!! hahaha (anak2 duduk rumah atok dia) selangkah kaki keluar rumah sebelah kaki lagi anak dah ready tarik2.. ko ghase!! agak lama lagi kaki aku ni dah boleh buat split. terus terkangkang lurus.. ha ha ha..

time tu aku dah riki2 tiket. Ada versi Tamil, Hindi, boleh pilih nak bahasa yg korang suka. tapi sure kat bawah ada subtitle laaaa. kalau takde subtitle mampossss tak paham kah kah kah.. tapi sekali baca review tak berapa urhmmmm macam cerita Enthiran.  Shankar's 2.0 ni ada bersangkut paut dengan Enthiran (2010) Sape yg dah layan cerita Enthiran korang tahu jalan cerita dia macam ni. So, aku hold dulu. dah reda kang aku layan kat intenat. 




-gee-
Tag : Movie Review
6 Komentar untuk "Spiderman Movie | Bumblebee | Shankar's 2.0"

lama tak tengok movie. dari plan dengan kawan2 sampai kesudah x jadi jugak. hehe..
ni pun baru tengok fantastic beast. by the way... nak tengokla Bumblebee macam best je..

Wah.. Layan wayang sekali 3.. Bumblebee je sha dah tengok..

Beria scroll nak baca review Shankar 2.0 tu rupanya tak tengok lagi. Hehehe. Nak tengok Zero, filem terbaru Shah Rukh Khan. Eh samalah kite pun rasa Bumblebee tu best!

Saya dalam setahun nak tengok satu movie kat wayang pon susah.. Haha.. Satu sebab tak minat and dua sebab takdak geng. Adeh forever alone.

Aktiviti macam ni bagus..SA dh lama x buat since x sihat 3 bulan ni..baru bulan ni ok skit..itupun x recovery lagi..

Best kan, tengok wyg dgn family sbb lps tengok, blh discuss. Akak suka Transformer 1 & 2 je. Lps tu, tengok jg tapi x suka. Akak dgr Bumblebee ni best, tapi entahlah, hati x terbuka utk tengok.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top