Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos

Jepun Mari | 24 August 2018,10:22 |
since dah janji dengan budak2 ni nak tengok wayang citer Hantu Kak Limah maka dengan itu moh la kita serbu tgv tu. port biasa kat tgv Wangsa Walk. cuti sekolah ni takde kemana sian pulak depa kan.. 
 
Cuti sehari Raya Haji ni dapat melayan diorang tengok wayang. Apply cuti nak balik kampong tak lepas (husb i la, aku ok je nak cuti bila2 masa) so kita raya K.eeeL je. settlekan semua keje kat rumah, seawal pagi aku dah bangun start masak rendang, rebus nasi impit malam tadi.. goreng keuy tiaw. pagi raya tinggal melantak je. lepas sembahyang raya dah lapang-lapang petang sikit jom lah tengok wayang. Hati pun senang kalau semua keje dah settle.

sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos

husb aku pakai baju melayu pegi tengok wayang. aku dah sediakan t-shirt untuk dia pakai. sekali dia buat betol pakai baju melayu, perangai kan.

mula2 aku fikir macam segan jugak la laki ko sorang je pakai baju melayu tengok wayang.
sekali sampai panggung ramai hokkey yg pakai baju melayu. ada yg lengkap berbaju melayu, sampin takde la. pastu aku cakap 'abang, ada geng la' 
'eh memang la kan raya, awak je tak pakai baju kurung' setepek kena kat aku balik.. cissssssss
memang tak laaa nak baju kurung.. kang melukah2 nak kejar anak. rimas berkain. aku kan tomboy hahahahaa

sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos
hah!! pilih-pilih citer pe nak tengok?
tergaru2 kepala pening nak pilih cerita

sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos

please mama!! nak tengok citer josssh
citer joshhhh tak boleh, banyak cekci 

sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos
ok..mama citer Hantu Kak Limah lah!!

citer ni best. berjaya la buat aku gelak.. tapi kureng menyengat..
sakit pundi kencing aku asyik nak tergelak je
lama tak gelak sampai bergegar punggung. ada budak yg duduk seat sebelah aku tu gelak sampai bergegar kerusi..umur dalam belasan tahun. sekali dia gelak bantai kerusi dengan kita terlibat gegar sekali. eh eh agak2 la nak ketawa pun dek.. kang elok-elok kerusi ni melekat ada pulak yg melingkop jatuh golek2.

sinopsis..
citer dia macam ni, ingat tak dalam filem yg lepas Kak Limah ni gila. pastu dalam filem Hantu Kak Limah (HKL) kak limah tak gila dah, dah cantik, makin cun, mantap.. kahwin pulak dengan lelaki muda (Khuda).. diorang ni pasangan romantik la.. loving couple gittew. rupanya before ni Khuda pernah berkahwin. tapi kahwin dengan orang bunian. dia buat perjanjian dengan orang bunian tu tunggu sampai jagung ni tumbuh baru boleh keluar.

tah cemana kulit jagung yg Khuda tanam tu boleh tumbuh keluar jagung, bila orang bunian tu dah lepas ternampak pulak Khuda tu loving-loving dengan kak limah.. orang bunian tu marah. dia menyerupai jadi buruk & muncul depan kak limah. kak limah terkejut terus mati kejung kat kebun. selama ni yg menganggu orang kampung tu bunian yg menyerupai kak limah laa. 

ada la babak yg kelakar.
paling aku suka watak Nayan (Ropie).. lagu 'joy epal, joy oren. mangga dan jambu batuuuuuuuu.. ten tenn tennnnnnnnnnn' tapi aku rasa apsal watak dia sikit dalam ni. sekali sekala je muncul.
lagu tu bermain2 kat kepala otak aku ni, kang sikit2 aku nyanyi dalam kereta, kat rumah, tengok tv, hantu betol lagu ni...husb pandang macam tak puas hati jerrrrrr. ingat bini dia gila.. siutttttt !!!

bab watak pak bomoh- zul ariffin (boyprend aku tu) tak sangka dia boleh melawak.. melawak pun part yg menyanyi tu jer.. menyengeh macam mintak penampar.. bagus la mamat khalid nak tukar watak zul yg biasa kita tengok jadi macho/sado/hencem. rupanya dia boleh melawak jugak.

aku rasa lahhhh.. watak pak bomoh tu kalau Kamarool Hj Yusof yg bawak lagi urhmmmmm kot..
tak kenal Kamarol Hj Yusof yg mana? kalau tengok muka korang kenal kot..
nah nendiaaaaaaaaaaa!!

sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos
sumber google

bagi aku filem pertama tetap evergreen sebab lawak2 dia yg dulu sampai sekarang ingat.. bukan kata cerita HKL tak best.. ada part yg best.
ada sampai satu babak tu macam boring, jalan penceritaan agak lambat dan wehhhhhh mana watak2 yg dulu.
tapi aku tengok anak aku steady jew tak bangun2 dari seat. so kira ok la. asal dia tak ajak keluar sudah.
si Fina je.. dia tak faham lagi tengok wayang tu cemana... nanti dia bangun pegi kat bapak dia. main tangga. aku memang amik seat dekat dengan tangga sebab senang nak manage budak2 ni kalau nak kencing ke hape. pastu dia nyanyi2 la bising je kat dalam tu.. pastu dia bisik kat aku 'mama, lama lagi ke boring la' eh eh eh ... tadi dia jugak yg tak sabar.

pas ni nak tengok citer joshhh pulak - The Meg
nanti hakak review ehhhh
ta ta tu tu tititiiiiiiiii



-gee-
Tag : Movie Review
2 Komen untuk "sembang wayang : Hantu Kak Limah with kiddos"

Banyak review LZ baca memang best dan kelakar filem Hantu Kak Limah..
So berbaloi-baloi pi tengok kannn Zie..

Samalah kita Zie, raya tak balik kampung..

Tak tengok lagi. Kena tunggu syafi besar baru beraksi ke wayang semula. Cewah.so ni sabar menanti dekat wayang astro je ha.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top