publish 13.09.2016
re-publish 22.08.2018
Throwback sikit raya haji tahun 2016.. tiba2 rindu kat mak
Alfatihah untuk bonda
Assalamualaikum..
Ini lah erti raya korban AKU !!
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha....
re-publish 22.08.2018
Throwback sikit raya haji tahun 2016.. tiba2 rindu kat mak
Alfatihah untuk bonda
Assalamualaikum..
Baru2 ni, mak sesak nafas, tiba2 nafas jadi laju. Terus pergi emergency then
terus admitted. Doktor pakar yg biasa merawat mak tu yg
monitor kesihatan mak. Raya haji kitorang sambut kat wad la. Bila dapat
berita mak masuk wad, berduyun2 sedara mara dtg melawat. Kitorang dr
keluarga yg besar, sampai untie kat katil depan tu cakap 'ramai sedara mara u datang, dari tadi tak berhenti'
Raya kot, takkan tak masak rendang kan. Aku tau masak ayam masak kicap
je. Lepas tu, mintak resepi rendang ayam dengan k.aini, dah macam mak2
sgt ni. Jenuh la aku mintak resepi rendang ayam dengan k.aini, sebab
jumaat hari tu dia tumpang kereta aku, sempat la ceduk resepi dia.
Sekali abah request nak rendang daging pulak. alamakkk, semalam menuntut
ilmu rendang ayam, ni nak masak rendang daging. Terus wassap tanya
resepi rendang daging..hihii
Picnic kat luar wad takde hal la, macam ni kitorang kalau dah berkumpul. Tak kira tempat.
setiap hari aku masak lauk mangkuk tingkat, masak la pe2 pun..dari tak reti boleh jadi 120% tahu semua tau.
sambal udang lagi, hihi ni utk kami
sup tulang
menu wajib kalau raya haji, sedap hingga ke tulang. Kuah sup pun
tonggeng kasi licin, uiii sedap sgt sup tulang hakak!! Makan dengan cili
kicap, perhhhh
see2, rendang daging in the house. Kejap2 aku panggil Amir suruh rasa, eeei kenapa warna
lain, aih ni perli ke per, lepas tu amir cakap sedap2. yahooo menjadi
rendang daging ai !! Lepas tu, amir tanya mana rendang daging mama tadi.
eeeee dia tanya pulak, dah habis la..jangan suruh aku msk lagi
udah.GANTUNG.KUALI.
next, rendang ayam pulak. Petik jari je la masak rendang ni. Mentang2 dah terror exsen pulak..hahaaa
tak abeh lagi, kari daging pulak. Ni la jadi ye bila kita terpaksa buat sendiri, tiba2 jadi pandai masak.
Mak ada senyum sikit, beransur pulih, tapi tak boleh discharge lagi. Dah stabil sikit, doc bagi pindah wad yg ok sikit..hihii
eh! mcm mana budak dua org ni boleh naik..tetttt!!!
berkampong di hospital, raya aidil adha kitorang sambut di hospital, ada
anak cucu, ada rendang ada ketupat dah cukup buat mak bahagia.
love mak
Doakan mak sy cepat sembuh, boleh gelak tawa, masak sedap2, boleh jln2
bercuti, boleh pergi surau mcm biasa. Rindu masakan mak. Tak sanggup nak
cakap banyak2 sebab aku ni cepat nangis. Aku ni suka nangis, tapi suka
buat2 garang, sebab kita ni kan anak, mesti ada tercalit perasaan sedih.
Dulu mak kuat, ligat boleh main netball lagi sekarang jln slow
terendap2, rasa mcm tak percaya mak kita dah tua, secara tak langsung
kita ni pun dah kategori tua jugak la.
Ini lah erti raya korban AKU !!
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha....
Lepas tu adik antar gambar wassap. 'dah berjalan2 pesakit ye'
*negeegee
gee
Tag :
Mak
6 Komentar untuk "Selamat hari raya korban"
semoga mak awak cepat sembuh..
trima kash atas doa.. mak sy dah meninggal Dis 2016
salam aidil adha...smlm pn buat sup tulang...smoga mak cpt sembuh
Al Fatihah. At least kita ada memori beraya di hospital dgn arwah mak kan.. semoga arwah berada di kalangan orang yg beriman. aminnnnn
salam aidiladha =)
Salam Aidiladha Zie..
Sedihlah baca post ni..
Al-fatihah, semoga roh ibu Zie dirahmati Allah swt..
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.