Resepi tauhu begedil viral - full resepi step by step.



anyway today nak share dengan korang resepi tauhu begedil viral full - step by step. Sajer nak simpan sini kot-kot ada yg terlupa. Cara buat tauhu begedil lebih kurang sama dengan 'begedil' yg makan dengan soto tu. Ni my version. since forever nilah resepi aku. tak pernah ubah. sama ada guna kentang sajer atau masukkan ayam/daging. Baru2 ni ada buat untuk jamuan opis, sambutan agak mengalakkan. ehem ehem.. Aku buat dalam 50 lebih biji tauhu. risou gak kot-kot kalau tak laku tauhu aku ni.. tapi naseb habesss liciennnn.. hakak suka.. pah ni kalau rajin boleh la buat lagi.. nak highlight sini.. KALAU RAJIN.. kalau malas mampoh tak buat bahahahaa

Tajuk resepi


Resepi Tauhu Begedil with love


Bahan-bahan :

10 tauhu kering
7-8 biji kentang
isi ayam (dipotong dadu)
daun sup
lada hitam / lada sulah
garam & serbuk perasa
2-3 biji telur

assossories :

cili merah besar } dihiris halus untuk di tabur atas tauhu
cili hijau

cili kicap

*cili padi
*bawang putih
kicap 
garam/gula
- blend semua bahan *. Ada orang nak bagi tahan lama, masakkan cili.

Cara buat tauhu begedil - full resepi step by step.

refer pada gambar step by step

1. first, tauhu kering tadi belah tengah & keluarkan isi dalam dia. aku suka pakai tauhu kering yg kecik2. ada orang suka pakai tauhu kering yg besar. aku tak suka SEBAB nak menyumbat tu hazabbbb nak penuh satu tauhu. aku beli tauhu yg kecik2 senang orang nak makan semulut. kat mana nak beli tauhu kecik2 ni? aku beli kat NSK, chow kit atau kat mana2 pasaraya ada jual lahh

2. keluarkan isi tauhu pakai sudu kfc yg free tu hahaha.. isi tauhu ni jangan buang, nanti masukkan sekali dengan kentang yg telah di lenyek.

3. kemudian, panaskan minyak untuk goreng kentang. style aku goreng. ada orang rebus. tapi aku lagi suka goreng. sebab apa goreng? taktgahuuuuu lah.. sebab sedap kot!!

4. masa kentang tengah panas2 dan, masih lembut lagi. korang lenyek pakai batu lesung. terus lenyek dalam bekas. aku malas nak menumbuk2 bagai lah.. before nak lenyek tu bersihkan batu lesung dari segala maknenek cili. kang tak tentu pasal tauhu begedil ni rasa podeh lomak cili padi. bahahaa

5. kalau nak letak isi ayam pun boleh.. isi ayam dipotong dadu letak garam & kunyit kemudian goreng. Selepas itu tumbuk ayam tadi dan masukkan dalam kentang. bila makan sedap la ada ayam. sebijik sejibon macam buat begedil tu.

Cara buat tauhu begedil - full resepi step by step.

nampakkkkkk ni keje orang malas!! kita buat je gini. bahahahah
bab numbok-menumbok ni aku panggil Fina. dia suka nolong aku kat dapur.. kadang2 kentang tak goreng lagi dia sibuk tanya dah boleh start tumbok ke belom. eh eh dia pulak bagi arahan kat kita

Cara buat tauhu begedil - full resepi step by step.

kemudian, letak garam, lada hitam/sulah, daun sup.. gaulkan bagi sebati.
dah gaul boleh rasa, kalau kurang urhmm  boleh letak perasa. actually semua bahan ni dah masak. nak makan gitu pun boleh. takde hal la

Cara buat tauhu begedil - full resepi step by step.

ready untuk menyumbat.. part ni paling becinta nak sumbat satu-satu.. biasa aku sumbat pakai tangan. basuh tangan bersih2 kemudian mulakan misi menyumbat. kalau boleh sumbat inti begedil ni biar padat, kalau ada ruang2 yg kosong akan serap minyak yg banyak.. nak makan sedap kan!!. so jangan kedekut nak sumbat bagi full. tapi hati2 jangan sampai terlebih sumbat kang terburai isi dalam bahahaa

Cara buat tauhu begedil - full resepi step by step.

fuhhhh.. akhirnya siap jugak aktiviti menyumbat.  lenguh tengkuk haku . eh ape kena mengena tengkuk gan tangan.. bukan pakai tengguk pon nak menyumbat. duduk lama2 tengguk pun boleh lenguh tau 


part last, celupkan dengan telur. kemudian goreng. kalau nak goreng pakai kuali yg lurah dalam.. bukan lurah dendam.. makna kata pakai periuk la senang.. sebab bila goreng tauhu ni better tenggelam dan jangan goreng lama2.. cuma masakkan telur tadi je.. inti dalam semua dah masak.. bila color dah brown sikit boleh toskan minyak.. kemudian siap !!

ni aku nak bagi tips, misal kata ada event apa2 untuk juadah esoknya. korang boleh frozen kan tauhu yg dah siap di sumbat dalam peti sejuk.. make sure tauhu yg dah  siap di sumbat hokeyy. bila nak goreng keluarkan tauhu bagi relax dalam 15-30 minute. then baru boleh goreng dengan minyak yg panas. ni style aku laa, ikut korang lah mana yg mudah. takde la pagi terkengkang2 nak menyumbat. rasa dia tetap sedap.. gred A+ plus.. 

Cara buat tauhu begedil - full resepi step by step.
for assossories boleh letak  hirisan cili merah dan hijau untuk tabur atas tauhu... nampak la meriah sikit dengan color-color of food. baru selera orang nak makan kan. sape yg suka pedas, gigit jew cili2 tu semua. selagi tak keluar asap kat telinga tak sah.

Finally... siap dah tauhu begedil kita.
nak sedap, cicah dengan sambal kicap. Sambal kicap tu buat pedas2 baru ada urhmmm!! perghhh.. tiba2 telan air liyo pulak. memang lawan dia makan dengan cili kicap. ada orang suka makan tanpa cicah, ikut selera masing2  la kan. tekak lain2. mulut lain2.. jamban pon lain2.. bahahaaa cittt ni apa daa citer jamban pulak.

ok. tu je nak share.. k bye!!


-gee-
Tag : Resipi
13 Komentar untuk "Resepi tauhu begedil viral - full resepi step by step."

sedap tu tauhu begedil..mmg rmi je yg share resepi tp nk membuat sdiri tu tktau bila..jwbnya order je la

sedap nampaknya ni. tp kalau mek tak buat nii. hehe

sedappp oiiii tauhu begedil mokcik ni buat! buka order plsss. jari montek2 mok2lat2 menggentil tu yg sedap! ni puji terlambung2 ni, bawa2 la barang sebekas dua mai opis nok.. ehehehhe

Klu kentang direbus, than brp hari klu frozenkan

hasil experimen yg pernah sy buat, kalu rebus potensi untuk masam lebih tinggi. kalu makan terus takpe. sepanjang sy buat, kentang yg di goreng leps tu frozen boleh tahan 2 hari. keluarkn dari peti sejuk relax kan dalam 10 minit baru goreng.

hai ni peti sejuk beku ke atau chiller je

Nk tanya..kalau frozenkan kt atas peti beku..inti dlm tk keras ya.intu kentabg tu tk jadi ais ke ...tq bg resepi

sepnjang sy buat takde jadi ais. masa nak goreng keluar bagi relax dalam 15-30 minit supaya kentang tu x membeku time goreng. goreng mcm biasa. nak letak bahagian bawah pun boleh. janji tauhu di simpan dalam tmpat sejuk.

Lps kita goreng mmg tauhu 2 mcm liat ckt ka? Cmna nk bg dia rangup ya?

Lps kita greng tauhu 2 mmg mcm liat2 ckt ke? @ sy greng slh tknik?

xde liat.. pastikan goreng pada minyak yg panas. paras minyak tenggelamkan tauhu tu.

Dekat mne nak cari tauhu tu ye

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top