Shopping raya @ Sogo member days dan Poplook




ni pehal tayang mee goreng mamak yg sedap. my favorite mee goreng mamak kat Taqwa Gombak nun haaaaa.. pagi tu breakfast makan mee goreng mamak dengan teh tarik kaw kaw kurang manessss!! perrghhhh sedap gilos!!
dengan hangit2 dia, cukup rasa.

sebelum PRU-14 (4&5 mei) ada sale member days kat Sogo.. date dah lepas ye, jangan pulak korang sibuk pi Sogo nak member days sale.. silap2 aku yg kena kecam kang bahahaa 
hari tu aku malas nak berkejar2 nak masuk opis, terus berjemaah gan adik-beradik amik cuti spend time nak shopping baju raya. itu pun ada yg tak cover semua, baju budak tecik cik fina cifinod tu tak dapat lagi.. tengah tunggu design yg cun-cun baru keluar time nak dekat raya nanti, baju Azeq-baju budak laki pesen gitu la, baju Azeq & bapaknya settle. Tahun ni semua beli yg ready-made, tailor aku yg biasa tempah baju (cik yan) cakap bulan puasa dia taknak terima tempahan, sebab dia nak rest betul2 memenuhi bulan Ramadhan dengan ilmu agama.. so terpaksa la beli baju siap.

k.long amik gambar korang tengah kembung2 memcekik..
yg tudung hitam tu.. dah habis bantai roti canai telur seketui, dia sambung mee goreng mamak aku. memang padan la pipi je gemok badan maintain.. kalau gitu aku pon nakkkkkkkk
kami 3 orang adik beradik pompuan.. yg kiri bongsu.. yg kanan no-4, dua2 muka jawa termasuklaa orang tengah menaip ni hahahaaa

 misi diteruskan ke Sogo jalan tar. Pukul 9.30 kami makcik-makcik udah sampei, pe2 hal renew kad Sogo dulu sebab dah expired. Hari tu Sogo member day renew kad Sogo free la, sekarang Sogo member tak pakai kad dah, semua kena download application Sogo kat hp. kalau time bayar just tunjuk bar code dia, nak senang buat snap-shot then kat kaunter just tunjuk je hp korang. sesenang ABC lahhhhh

 asyik gambor engkorang jee.. ni kak long kawasan spam satu gambor.. gambar yg paling depan la nampak muda. pakai Bokitta terus teserlah dagu runcing.. *ngegegeee 

 masuk Sogo je terus bunyik loceng sana sini dah macam lelong orang jual ice cream.. kejap2 happy hour, sampaikan stokin, spender pun happy hour. kalau time 'member day' sensor yg kat eskelator tu  diorang off, so sesuka hati la kitorang turun naik dengan bawak berbundle-bundle baju yg tak berbayor lagi. 


duduk kat satu tempat, sorting baju yg aku amik tadi sebab nak tengok saiz, mana yg tak berkenan aku letak dalam basket yg disediakan. nanti staff kat situ amik baju yg orang humbankan then lambakkan balik ke bakul2 yg ada sale.. KakYa hangin je, sebab dia pernah merasa keje promoter sales girl, so dia pahammmmmm sangat hazabnya letak balik baju ke tempat asal.. keh.. keh. kejenya asyik melipat baju. baju kat rumah tak rajin pun nak lipat... #larikkkkkkkk

Lepas tu masuk Poplook kat level 3 kot.. Baru tau kat sogo ada Poplook weh.. Sape yg peminat jenama ni sila la pegi sebelum habes.. Design dia pon cantik gan harga-harga pon cantekkkkkk sekali
Mengila tengok harga.. Almost 200 above
Badan model macam diorang ni muat la kot, badan macam aku ni ..mana nak selitkan lemak tepu yg ada kiri kanan ni. 

Adek tanya ni lawa tak, aku cakap macam kulit cicak tersiat hahaa

Ni sweet sikit. Tapi kalau bejalan tak rasa macam robot ke? 

Yg ni macam lapik daun pisang bergerak 

Color buruk.. Tak lawa

Ermmm. Ni Ok kot 

Last, diorang pilih yg ini. Kalau beli second item baru dapat 20% less. Tapi baju yg adek nak tu ada yg display je.. tak jadi la amik sebab  kat lengan macam ada kotor sikit.

Sambung menyopping again

Dah settle bayar terus naik level 6. Shopping punya pashalllll sampai makan pun boleh lupa. Makan tak boleh skip, pe jadi pun tembolok kena isi. Makan kat laksa cheng..  Asam laksa dia tak sedap, lepas makan asam laksa terus bahana dapat sakit tekak yg sampai suara keluar itik serati.. Perit tekak aku terpaksi gi klinik amik ubat. Bahana betol!

Keu tiau kari yg sedap 

Asam laksa yg menghilangkan suara aku. 

Dah penat pusing satu sogo.. Sambung ukur jalan kat jalan tar pulak.. Dah lama tak rasa jalan penat kaki macam ni. Baju raya anak dara tu tak dapat lagi.. Nampaknya bulan puasa ni.. again kena redah gak la.


-gee-
Tag : Hari Raya, Puasa
7 Komentar untuk "Shopping raya @ Sogo member days dan Poplook"

wow cantiknyaaaaaaaaaaaa

Wah shopping sakan nampak! Akak dah berjaman tak jejak sogo. Time mudah remaja dulu saban minggu ukur jalan kat area situ esp hari sabtu, pergi pasar malam kat Jln Tar tu. Meriah!

Kelakar akak baca komen zie pasal baju2 tu...kulit cicaklah, daun pisang lah haha...

Baju raya hang dapat tak beli...tak 1 mesti 3 helai kan kan..

OK baru tau ada poplook kat sogo. Peminat brand ni! nanti time cuti puasa nak pergi. Hehehe. Semoga anggun di hari raya nanti sis

baru tahu sogo ada poplookkkk, tidak!!! how can i do not know meehhh...serbu!!!

uih..awal nyopping ek..tapi mee goreng tu rasa nak cari malam ni

Haha komen-komen tu kelakar. Ana pun sama mcm zie. Tak tau nak sorok lemak kiri kanan ni katne kalau nak pakai baju camtu. Haha. Tu yg tak shopping lagi ni.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top