Assalamualaikum semua !!
sekarang ni mengantuk melantun-lantun wa cakap lu.. apa setan la yg duk bergayut-gayut kat bulu mata ni sampai sikit2 terlelap. kawajaq. hari ni macam monday blues.. padahal hari ni hari rabu der.. maklum la semalam coti labor day tu yg terbawak-bawak ke hari ni.
ni nak sembang kosong nak clearkan segala gambar yg ada kat hp ni. minggu lepas sambut birthday bash Mac & April kat opis. Kita harungkan sekali 4 orang sambut birthday.. ada haritu aku sajer mengusik nak menyelit join bulan 6 punya.. k.cah cakap diorang dah la ramai born in jun.. lagi ko nak meyelit.. tak muat nak tulis nama kat kek.. keciwa adinda tau (sajer mengusik #bahahaaaahaha)
so, hari tu nyanyi ramai2 'birthday song to ME'
'panjang umurnya.. panjang umurnya' (lekas nyanyi semua)
#mekasihsemua kerana nyanyi birthday kat kitew.. suka.. suka..
brownies for us.. *azzam vespa *kak liz *sharimah & ehem ehem *suzie comel
kalau nak order kek ni boleh tengok ig @kotakdessert RM35 je. kalau delivery ada charge delivery. macam2 kek dia boleh buat. pegi la usaha ig dia rugi tak tengok
kek carrot ni order dengan member office sini * yusri nama dia.. actually bukan dia yg bakery.. wife dia yg buat.. ada banyak pesen carrot kek wife dia boleh buat. bulat, petak, siap2 potong ke. choose je laa. macam ni RM60 je wehhhh
cenggini rupa dalam kek carrot ni.. siap ada almond lagi u
ni la barisan birthday bash in mac & April.. harungkan sekali 4 orang potong kek.. jalannn daaa.. masa ni ramai2 tengah nyanyi lagu 'birthday to u' haku pon ikut nyanyi sama-sama sampai nana nak amik gombar pun susah, dia cakap 'ko memang tak reti dok diam kan gee' hahaha wa memang macam ni der.. macam ulat beluncas. ulat beluncas ok lagi.. jangan ulat bulu. gateeeeel
orang kuat ahli ajk rewang belakang tabir yg bertungkus-lumus menyiapkan makanan. semua ringan tulang tak berkira buat kerja. ulam laksam tu kitorang ricih kat opis, buat ramai2 kejap dah siap. Baju pun siap pakej baju penanggah.. orang jawa kata 'mbah baraan'. bahahaa
pemenang food terbaik hari tu adalah ROTI JALA.. memang win la. uihhhhhh sedap mang ai. serba serbi sedap.. part dari kari sampai ke roti jala semua sedap.. kari dia pun sedap, ayam banyak. ntah berapa kali aku repeat pun tak ingat.
tak boleh move on lagi dengan roti jala ni.. aku suka ayam yg tulang2.. tak suka isi, kalau cari ayam pun suka yg ada tulang. part leher lagi peberet.. orang kata kalau suka makan leher ayam nanti naik pelamin kepala teleng.. elok je aku naik pelamin tak teleng pun kepala.. hahaha mitos semua tu.
laksam ni kuah made by mek.. yg gulung2 putih tu k.cah tempah kat jiran dia. ni pun sedap cuma kuah dia termasin sikit.. 'mek, mu nok kawin se lagi ko' tapi takpe boleh tambah air. kita alter sampai jadi.
menu utama hari tu nasi tomata.. meriah betol dengan food.. tapi hari tu macam tak boleh open table sangat sebab tiba2 pulak audit ISO mai sini.. aishhh menyibuk betol audit ni orang nak berjimba2 pon kacauuuuuuu.
Hari tu ada yg cakap kalau audit tu masuk unit kewangan kita jemput dia makan. terussssss semua jadi ok.. dalam report tulis semua good. never fail!! aci
ok.. now tiba2 lapar nasi.. help. help .
this is our team unit kewangan farmasi.
muka-muka ni yg tahan maki. biar muka buruk jangan hati busuk eh.. hahaha
S U D A H !!
sekarang time to eat sleep. dah masuk lunch hour nak pi round cari benda apa yg boleh di kunyah.
dengan itu...
'tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi, berdiri di atas bakat sendiri'
eh. macam kenal je terademark ni.. kat mana ya
k bye..
-gee-
Tag :
my Birthday
4 Komentar untuk "Birthday bash at opis | roti jala terpaling win "
Seronok dpt celebrate ngan opismate. Sanah helwah zie comel. Semoga berbahagia selalu.
MERIAH!!! semua nampak sedap.... yg bestnya dpt spend time ngan kengkawan & ayat muka tahan maki tu paling win =D
Zie awat sedap sangat makanan tu? Tengok pun rasa lapar wei..
Roti jala pun one of my favorite..
By the way, Happy Belated Birthday Zie..
Aiseh...x cakap boleh tumpang sekaki. Kita birthday bulan 4 gak
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.