Sekarang ni trending ais kepal milo.. yg viral tu haaa kat Kuala Kangsar, Perak. Kedai ais kepal Milo Tok Abah. idok la teman nak hunting food sampai ke Kuala Kangsar. i'm not the food hunter, sale hunter. yes!! bahahaa kadang2 kalau teringin nak makan hunting jugak. sekarang ni, banyak tempat dah ada ais kepal milo. Baru-baru ni adek ajak pegi try ais kepal milo kat Danau Kota. diorang ni budak2 remaja kalau bab makan laju je dapat info. Kita yg enjin woksegan 1984 ni, cara nak makan pon tak reti. siapa yg suka kekoh ais batu dan ratah milo sila laaa cuba ye.. gigi mokcik-mokcik tak larat nak kekoh ais batu. kekoh orang buleh la. hahaha Makan ais kepal milo rasa nak tercabut gigi. sejuk beku sampai ke kepala otak. Aku makan pun tunggu cair, sekali sedut terus nyaman dunia. Maniessssss hokey. Manis tahap potong kaki.
ais kepal milo -
special RM6
biasa RM5
ais kepal milo special RM6
tak sure apa yg sedapnya ais kepal milo. yg pasti ais dikisar, pastu dikepal jadikan bentuk bulat pastu di siram dengan milo pekat & susu. tabur topping kacang, ice cream, koko crunch. Aku lagi suka topping kacang, tapi kat Danau Kota takde topping kacang.
ais kepal milo - biasa RM5
cenggini rupa dia setelah disedut.. aku tak reti nak kekoh ais kepal ni.. jalan yg selamat tunggu dia mencair lepas tu sekali sedut terussssss kering.. arrrrr puas hati!!
Nanti nak try ais kepal milo kat tempat lain pulak. sebab yg kat Danau Kota ni ais batu dia kasar2. ais batu dia blender. ada orang buat pakai mesin yg buat ABC, mana tahu lagi sedap kot? dapat orang yg pandai makan mau di kekohnya ais batu ni macam makan pelam.. uihhhh terasa kekejungan gigi tu.. oooohhh please !!
Ais kepal milo Danau Kota
Setapak, 53300 KL
nak cari waze je laaaa. sekarang dah canggih.
-gee-
4 Komentar untuk "Ais kepal Milo | Sedap ke idok?"
Macam-macam daya tarikan makanan sekarang, sekarang ais kepal milo.
Pernah viral tapi belum pernah rasa. Nampak menarik, minum masa cuaca panas sedap juga Zie..
ais kepal ni viral time tgh diet, memang ku pandang epi sahaja la jawabnya..haha!
X suka sangat sebab manis
Tak sempat nak rasa lagi. Selamat belum puasa kalau tak ngences wei.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.