Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju



Before nak puasa hari tu saje ajak husband keluar malam jenjalan cari makan. aku cakap jom kita try makan Burger bakar kaw kaw yg pofular kat wangsa maju ni. Lokasi tak jauh dari rumah, 5 minit dah sampai. asyik dengar orang cakap sedap-sedap why not kita try nak? dulu masa ada anak kecik kitorang memang jarang keluar malam kecuali 'in case' nak cari barang. Kadang2 ada tengok parent bawak anak kecik makan luar, elok je anak dia duduk diam tak turun dari kerusi pon.. nganga mulut, sumbat nasi, ipad kat tangan tak lepas.. Jangan kata anak aku, lepas perut dia kenyang. nanti dia merayauuuuuu explore sampai ke tempat cashier pun dia masuk, kita ni sebutir nasi tak masuk perut lagi yg dia dah tawaf satu kedai. nanti suara aku je yg terpekik memekak dalam kedai tu. stress kan? laki pun stress sebab tak dapat makan dengan aman. so, start dari situ kitorang 'berkira' nak makan luar walaupun 'lepak kedai burger'. kalau tekak teringin sangat nak makan sesuatu.. beli, tapau, then makan kat rumah. Kat rumah, sukati korang laaaaa nak sepah ke appe janji aku dapat makan dengan tenang.. hahaha. sekarang, they grow up so fast, dah besar sikit, dah faham bahasa, dah boleh tolerate, boleh ajak berbual. kawan gaduh pon ye gak. merajuk pon dengan anak sendiri sebab berebut remote control tv...itu selaluuuuuuuu. bahahahaa

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
hari tu aku order Burger Tukeynizer beef RM13.00 (1 slide cheese &  beef bacon). aku amik yg basic je.. takut nak makan burger bertengkek macam KLCC kang tak habis.  

kat sini burger paling tinggi sampai 10 patties. tak minat sangat burger-burger ni.. kalau nak makan buat rasa boleh la.. yg minat western ni si anak bujang tu.. saje melayan tekak dia yg suka western. 

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
small familiesss.. tu yg hujung tu 'daddy's girl'. sikit-sikit nak duduk gan abah.. time tido pandai pulak cari aku.. satu tabiat time nak tido wajib gentel perut aku yg banyak ketetel ni haaaaa.. ntah hape sedap!! tunggu la mama sapu lidah buaya compem comfort macam perut jennifer lopez..

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
mula-mula aku tak faham ape funtion lidi tu.. pastu Azeq amik lidi tu cocok kat burger aku.. dia cakap 'mama, macam ni supaya bila gigit burger tu tak lari'.. oooo gitu ke jid, mama tak tahu, dia lagi pandai.. budak western nim .. 

Burger single beef RM9.50 set gan sosej. nampak situ dak demok tu request no onion, no vege, no sos.. apakah feel makan burger tanpa semua itu.. Burger dia besar sangat, azeq makan lagi suku tak habes dia cakap kenyang sangat perut dia macam nak meletop.. bahaha. nasib amik basic kalau amik special tak ke terbuntang nak habes.

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
sibok suruh amik gambar dia suruh hantar kat kawan dia.. hahah 

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
Burger single chicken RM9.60 untuk cik fina.. dia ni makan tak banyak tapi makan berulang.. kang dah habes sibuk tanya burger dia mana.. terpaksa la pujuk beli kinder joy... kinder joy lagiiiiii . berhantu betol kinder joy ni

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju
gerai dia tepi jalan je.. tengok!! punya bagak-bagak orang wangsa maju ni sampai simen pun boleh tersembul keluar.

Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

kalau korang yg sukakan burger.. sila la terjah burger kaw kaw ni.. tempat always full tapi tak crowded still ada space yg boleh korang menyelit. harga reasonable la dengan ketebalan daging. makan satu burger boleh mengah perut nak perabih sorang. sebelah kedai burger ni ada gerai Stiq.. aku nengok serombong dia kemain canggih, dah macam kapal angkasawan bersalut silver. menu waqyu, lamb shank, bone ribs, roasted chicken. types menu boleh tahan...rasa tak lagi.. soonnnnnnn!! 


Kaw Kaw burger bakar wangsa maju
seksyen 2 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
*hari isnin tutup
buka : 6 petang - 1 pagi
5 Komentar untuk "Burger bakar Kaw Kaw Wangsa Maju"

pas bukak braces saya pergi. Insha Allah

kemain besau mulut dak abang makan burger eh..eda dah lama tak makan burger bakar ni..sekarang ni macam dah kurang orang dok jual burger bakar ni

Hah itulah sebabnya akak dah jarang makan kat luar. Azeq Fina oklah kot nak kepung, akak ni 4 orang huhu...

Boleh terjah ni... Tapi kena tapau la kot hihi

uuish tertarik tergoda. tapi jauhnya Wangsa Maju..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top