Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Azreeq 7th birthday & cerita makan sedap

Jepun Mari | 30 April 2018,16:04 |

22th April genap umur Azeq 7 tahun.
Sejak dia dah bersekolah ni badan mok-mok dia susut sikit.. sian dia penat sekolah.
bertabahkan la nak.. semua orang lalui benda yg sama.. bezanya susah & senang nak tempuh.
minum botol tak stop lagi, kadang2 dia tak mintak pon minum susu botol. aku yg bagi. sebabnya susu coklat dia ada 1 packet lagi yg tak bukak.. abih tu sape yg nak abihkan.. minum dalam cawan dia mintak minum sejuk, kemain cantek nak minum susu coklat sejuk.

Tahun ni kitorang tak belikan apa-apa hadiah pun, sebab dia tak mintak. Cuma tiap2 bulan dia akan mintak komik Boboiboy keluaran terbaru.. arrrrrr itu yg aku akan hadiahkan nanti.. aku bungkus cantik2.. pastu buat special gift ..jimat !


hari tu ada buat makan-makan sikit dengan family, ajak ucu datang sekali, pastu ada makcik-pakcik yg sponser belikan kek dengan domino.. kemain lagi di manja kan anak buah dia.
anak bujang ni kan tekak omputih.. nak pizza je. chicken chop. ikut sape pun taktahu. mak jawa, bapak banjar tang mana 'western food' tu datang ntah. mangkali ikut ain j. boleh la jadi anak angkat ain j makan western memanjang.

perut mak apak dia tak boleh der makan pizza tengahari. aku rasa cheese tu sipi-sipi lalu kot tekak, tak sampai perut dah lapar balik. hari tu kitorang masak ramai2 menu simple untuk makan tengahari. sotong kering sambal, ikan keli cekur, ikan bakar cencaru, kangkung goreng belacan, dan sebenarnya banyak lagi.. berbuih mulut teman nak menyebut satu-satu, buat dosa je bagi korang telan ayo liyo bahahaa

aku masak sotong sambal.. sotong ni beli masa kat lumut hari tu.. taktahu pe nama sotong ni

dia dalam paket2 macam ni.. biasa memang masak sambal je pon.. masakan lain tak reti. rendam kejap pastu boleh masak dah.


ikan keli cekur ni wani yg masak.. dia cakap first time masak cekur. takpe kali ni bagi Wani yg try masak. aku ada beberapa kali dah masak cekur.. hari tu Amir mancing dapat ikan keli. kalau nak tunggu aku siang memang tak makan la jawabnya. nasib wani ada.
start dari siang ikan keli yg hidup-hidup sampai jadi lauk aku tak turun pun ke dapur. sebabnya aku takut kang ikan keli tu menjalar masuk dalam seluar. start dari wani tabur garam sampai bab ke siang-menyiang aku dengor kecoh dapur tu menangkap ikan keli terlepas.. adek lagi laaa melompat2 siang ikan keli. nasib aku tak terlibat janji part masakan aku dah siap bahahaha

sotong goreng kunyit.. ni untuk cifinot. dia senang bab makan. tolak batu gan kayu

ini peberettttt.. kangkung goreng belacan.. 


tahun ni malas nak berdeco bagai, beli je goodies bag transparent macam ni. Segala isi perut boleh nampak. jajan dalam ni kebanyakkan ikut selera aku la. Konsep dia senang je. Sape beli? aku!. duit sape? aku! so, u anak2 follow mama punya favorite jajan. aci tak macam ni. bahahaa

korang yg takde idea nak buat goodies bag boleh la buat macam ni. senang. tak membazir. budak2 nak isi dalam je. plastik lepas tu dia buang. beli barang birthday party murah kat pasar Jalan Pudu. memang murah gilerrr ar kat situ. sebelum2 ni pernah beli kat kedai borong tempat lain. tapi kat Jalan Pudu lagi murah.

Buat dalam 38 packet, kalau ada lebih boleh bagi cikgu.


before this pun ada order pizza. memalam buta order pizza zaaasssss adik delivery tu sampai on time. kitorang kalau kumpul ramai2 macam ni memang tak reti duk diam. celik2 mata pizza dah ada depan mata. tak ingat pe nama pizza ni yg ada ikan bilis, bagi aku laaa kan! lagi sedap sambal ikan bilis. silap-silap mau ada cicah pizza makan dengan sambal ikan bilis. 


macam nak tampo-tampo je buat muka macam tu. dia punya feel macam sedap sangat pizza tu. kalau order pun memang order beef/chicken pepperoni untuk dia. dia sorang boleh habis 


so, hari tu komik Boboiboy dah keluar yg terbaru. memang sajer aku peram nak bagi birthday present untuk dia. aku pon cari la pembalut hadiah apa yg ada kat opis ni, sekali jumpa pembalut emas.. orang have2 je balut hadiah pakai kertas emas bahaha

Beli kinder joy untuk anak dara tu. kang bagi si abang dapat hadiah si adik melalak pulak. beli la pe2 janji ada untuk dia. 

siap daahh.. wowww exclusive sangat. dah macam cluth gold.
dah compom dia tahu ini BUKU hahahaa

happy betol anak cina takde gigi ni.
dengan bag sekolah depan belakang tak sabar-sabar nak bukak hadiah dia
dia tetap happy walaupun dia dah tahu isi dalam dapat jangka. KOMIK BOBOIBOY.
walaupun isi dalam biasa-biasa, tapi aku jadikan dia luar biasa biar nampak special gift walaupun tiap-tiap episod wajib beli.
jimat duit aku, boleh la tala kan kos untuk preparation raya pulak 
*negegeeeeee




-gee-
3 Komen untuk "Azreeq 7th birthday & cerita makan sedap "

Happy birthday Azeq! Sebaya dgn Angah ler...

Anak2 ni janji dapat hadiah je, apa barang dlm tu depa tak kisah sangat. Tapi kalau dapat yg depa nak, memang melompatlah kan...

Happy birthday Azreeq. Dah kurus nanti lagila banyak awek datang..😆

Hepi belated birthday Azreeq. Senang je celebrate, budak2 x banyak songeh. Lain la kita yg dah bosar ni. Haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top