Lepak memalam kat Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC



Long weekend bersambung cuti dengan cuti peristiwa hari tu. Malam minggu adik2 yg bujang ni keluar nak gi food truck Tapak Urban Street Dining yg kat KLCC tu. Food truck ni betul2 sebelah Hotel Corus.. Food truck ni bukan dalam area KLCC, tapi kalau makan kat sini akan nampak view KLCC from here.

yg aku pon sibok nak ikut gak. tanya laki benarkan kan tak nak hangout malam2 (sebab bawak Fina) dapat green light dari Yang diPertuan Agong Beso.. laju2 aku siap bahaha

Parking pulak RM3 per entry after 6pm masuk kat plaza osk. Tapi kitorang hari tu parking kat tepi2 tu. Kat sini ada toilet, tempat basuh tangan, tempat wuduk, surau pun ada. Mula2 tak perasan kontena depan sit kitorang duduk ni tempat ape la.. mula2 ingat opis dia kalau orang nak sewa tapak ke haper. lepas tu nampak singbord gambar surau.. OK... kontena ni surau ye yop!! 

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
pe ke nama ni.. nachos .. ok la sedap

Food truck kat sini bentuk bulatan, bahagian tengah tempat lepak.. bersepah meja kat sini, duduk je kat sit yg kosong, tapi kat sini always full, ada yg geram tu, one off group guys ni duduk lama2 main game, eiii nak main game pegi balik rumah la woiiii, ada ramai lagi person yg nak makan & duduk, please alert sikit.. bolehhhh

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
air bekembar.. sebelah hijo.. sebelah merah.. sebelah lagi teh ais cincau.. jiran sebelah asam boy.. ambik kou minum sampai lebam. minum air macam ni, rasa nak termuntah pun hader

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
tak tau nama pe tah. orang beli aku makan..

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
ni terpaling sedap.. coffee hazelnut latte by #kopies.. malam sejuk2 minum latte memang urhhmm la.. kalau korang datang sini should try this.. nanti teringat2 sampai rumah. Cari je lori Kopies, mesti jumpa punya

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC

Konsep kat sini self service, kat sini duduk bersepah macam koboi.. ada meja kosong cepat2 grap.. kalu lembik, lembab memang tak dapat meja.. lepas tu dah makan 'eat and clean' - dah makan sila buang - takde bibik yg tukang bersihkan meja korang. dah makan sila buang sisa makanan dalam tong sampah.. orang lain nak makan pun selesa, meja dah bersih seperti sebelum kita duduk, sepatutnya konsep macam ni dah lama dipraktikkan kat Malaysia.

Sama2 makan, sama2 kita jaga kebersihan TAPAK.

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC

kalau tiba2 korang tersesat sampai kat sini, nak suggest food yg sedap malam tu bakso, ayam penyet, spaghetti, yg paling terpahat kat hati adalah coffee hazelnut latte.. malam2 lepak macam ni minum coffee memang terbaik laaaa. Malam tu tugas aku duduk jaga meja, malas nak jalan2 round, bagi duit kat depa pergi la cari pe benda nak makan, makanan sampai.. aku makan bahahah

TAPAK Urban Street Dining 
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
landmark : sebelah Hotel Corus, berdepan dengan Bank of China & Menara Atlan
buka setiap hari 6pm-12 midnight

www.instagram.com/tapak.ft

www.facebook.com/tapak.ft

Tutup cerita food truck TAPAK urban street. 

Kalau korang nak tahu kami anak beranak memang jarang keluar malam.. sebab hanya parents je tahu tahap kelasakan anak2 kita macam mana, konon nanti nak enjoy, tapi nanti lain yg jadi, stress dengan anak buat perangai. Dah besar sikit baru faham kot.

Sepanjang perjalanan ke food truck, Fina jakun tengok lampu jalan. Kejap ter'wow' sana, ter wow sini, jakun sungguh la walaupun hanya lampu kedai.. oooooh please Fina, ni anak sape yg tak pernah tengok lampu jalan. 

Lepas lepak kat Urban Street terus jalan2 kat dataran Merdeka, kebetulan time tu baru lepas sambutan hari Merdeka. Meriah kat dataran dengan lampu2, orang jual2 mainan pun ramai jugak, si Fina jenis kalau keluar mesti ada benda yg dia dapat, itu pael Fina pulak, malam tu kena paw dengan anak sendiri dgn mainan belon2 tu. Dah la mahal, beli jugak laaaaaaaa

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
Fina dan pak lang kesayangan. Dia ni rajin melayan anak buah dia, si Azeq yg beso tu masih berdukung 

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
ada jambatan baru yg menghubungkan dari Dataran Merdeka ke Masjid Jamek, sungai je tak sejernih macam kat Jepun tu.. nasib takde bau.

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC
budak kecik ni dah pandai pilih baju sendiri, time nak keluar ni. bergaduh2 dengan aku pasal dia sepahkan bakul cari baju yg dia suka. naik hantu sekejap la

Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC

Malam tu sampai rumah kul 1 pagi kou, tak pernah balik lewat bawak Fina jalan2. Fina ok je, otw balik rumah dia tido. Next time boleh jalan2 lagi kan Fina finot!!



-zie-
17 Komentar untuk "Lepak memalam kat Food truck Park | Tapak Urban Street Dining @ KLCC"

lamanya tak g tapak... igt dulu boleh kata every weekend pergi dgn parents dan adik beradik.. seronok makan kat situ..

bukan ke sungai tu ada lampu?

kalau anak tak ngantuk, memang syok jalan macam ni, ni kalau merengek nak tidur, kita pun jadi rimas nak dukung lagi...huhu...

dekat sungai tu ada air pancut kan? ada kawan tunjuk gambar air pancut dari sisi tebing sepanjang sungai tu. dekat masjid jamek ke ktm tu..cantik!

best.....sukalah byk2 food ni hehehe..nak try tp x tertry lagi...hehehe thanx 4 sharing exact location dia....

Wah ada kawasan food truck yg boleh di terjah lepas ni. Tp betullah zie, kena cpt2 grab kalau ada tempat kosong. Kalau nampak org dah mcm habis makan tebalkan muka tanya dah habis ke. Kadang dorang ni xde sensitivity tgk org lain cr tempat duduk kan sedangkan dah lama habis makan semua.

dah makin cantik area sungai kat Masjid Jamek tu..rasanya ada projek apa ntah diorang buat.ah...kopies tu memang sedap. Lama x lepak sini. malam2 member ajak sokmo ngantuk, bateri cepat sangat flat.haha

Akak lalu je hari tu tapak ni. Nak singgah tapi hujan.

Nampak mengancamlah kopi latte tu.

Air dia tu menarik. Seblah sebelah dalam 1 bekas

kalau orang yang buat tu pandai kombinasi air senang

sebab ada air sesuai di minum bersama sama

Memang naik berat badan kalau selalu keluar makan malam malam

Mama takut pulak nak makan lepas isya

sungai tu ada lampu.. siap dengan air pancut tepi2 tu, tp masa saya gi takdak pulak

klu anak mood ok.. mak pon happy hahah
mmang ada lampu & air pancut kat situ.. tp masa akak dtg xde pulak.. tap jambatan dia mcm bergegar. takut pulak dduk lama2..

klu hari biasa tak ramai mcm zie pergi kot.. sebb tu cuti yg tak dirancang.. warga kota tak tau nak pi jln mana.. maka jadilah kejadian ronda2 kota raya memalam buta hahaha

org bujang pun cepat flat.. hahhaaa
tu lama tak jenjalan sini, pdahal bukan jauh nou.. malas sebenarnya hahaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top