Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Kenduri kahwin sepupu, Undang Luak Johol datang meraikan pengantin

Zie Azi | 6 September 2017,09:30 |
Hari tu kak Sha up cerita pasal makan daging salai kat kenduri Nida.. eeee mencabar keimanan betol tetiba tekak tingin nak makan daging salai orang negeri semilan. Kebetulan sebelum hari Merdeka ari tu ada kenduri kahwin kat Kampong Simat, Johol. yg kahwin ni anak buah abah, mak pengantin adik abah, first time kenduri kahwin untuk anak dia, ramai jugak orang yg datang. penuh khemah.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 apam Johol, apam ni dibalut dengan daun rambai, jangan tanyo resepi, tak ghoti den buek eii


Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 perhhh ni menggila sedap. hanya orang negeri semilan je tahu rasa nikmat daging salai.. kalau kenduri kahwin orang semilan takde daging salai.. memang tak sah, macam tak complete kenduri tu, aura dia lain maciam. tau dak..

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
cenggini 👍👍kasi.. daging salai lemak kuning cili padi letak pisang.. perhhhhhhhhg

Masa baru sampai, semua serbu daging salai, mula2 abah makan duduk sebelah cucu dia. tiba2 hilang.. toleh belakang.. ehhhh abah duduk dengan bestfriend abah - Cik Saidin. Sanggup cik Saidin tak makan tunggu abah sampai, sahabat sejati dunia akhirat. Kalau korang perasan aku pernah citer abah dengan cik Saidin ni, masa gi Sabah dulu C.Saidin ikut.. Abah memang berkawan dari sekolah sampai sekarang, naik moto sama2, masuk parit sama2, kahwin sama2, nasib tak berbesan je hahaa 

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
muka pun lebih kurang sama, misai putih, rambut putih.. sorang tinggi sikit, sorang pendek. Mati la kutuk bapak sendiri bahahaa 


Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 ni la pengantin berbaju hijo.. cantik ko Nora

Tak lama pengantin sanding, tiba2 datang kereta hitam siap eskot polis berderet2 kereta macam VIP. Rupanya ada jemputan VIP, Undang Luak Johol datang meraikan pengantin, dapatlah pengantin makan beradap dengan tetamu VIP. untuk lebih faham Undang Luak Johol kira macam menteri la. Dia la yg jaga kawasan Johol ni.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 yg baju biru tu Undang Luak Johol ke-15, Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdullah. yg lengkap berbaju melayu siap berkeris ni Panglima Undang. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh refer sini UNDANG LUAK JOHOL 

Bila tengok depan mata macam ni, macam2 la aku tanya.. Cik Maria la yg tukang explain (isteri Cik Saidin) sebab dulu Cik Saidin ex Panglima Undang. Tanya kat Cik Maria, nape tak teruskan je jadi Panglima. Dia cakap penat, kena gi sana sini, kalau laki pergi, bini pun kena teman. 

Masa Istiadat Pertabalan Undang Luak Johol ni ada di siarkan kat Majalah Tiga, tu buat macam teruja pulak dia datang kat kenduri kecik2 macam ni. Dalam songkok Undang tu ada segumpal rambut yg panjang memang di bela sebagai syarat untuk jadi Undang sebab dulu pahlawan seorang Serikandi (perempuan). Kat negeri semilan ni kan lebih kepada perempuan. Kalau harta pun, perempuan dapat lebih dari lelaki.

Sebenarnya aku pun tak berapa paham Undang Luak ni, kat negeri semilan ni memang terkenal dengan adat istiadat, masa kat kenduri ni, ada sorang kira pangkat uwan (nenek) pakai sampin ikat bunga tepi macam Serikandi pahlawan melayu, itu kira Ibu Soko (sebut betul2, SOKO.. bukan saka.. salah sebut kena panah petir kang) 

Aku ada video yg nak di share tapi tak boleh upload pulak, kalau korang tengok video lagi faham kot, suka je tengok adat2 ni asalkan tak lari dari landasan Islam.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 ni Undang jumpa tetamu yg lain.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 bagus Undang ni, tak sombong, orang bangun nak salam. dia tak bagi bangun.. dia sendiri yg pergi jumpa salam orang kampong.

Cik Maria cakap Undang yg ini rajin sikit berbanding Undang yg dulu. Wallahualam

Aku tanya lagi.. UNDANG NI MEMANG DATANG MAJLIS ORANG KAHWIN KE?
Ikut kesesuaian masa dia, dia pun tengok jugak orang yg menjemput dia. Dulu arwah Uwan (nenek aku) tukang urut, dia biasa masuk Istana mengurut orang, mak pengantin (mak cik aku) ni pon rajin berjumpa orang2 Istana. 

lepas tu, undang ada bawak artis jemputan yg tak di jemput. Mula2 aku malas nak share, sebab artis ni dah biasa sangat buat show, kali ni dia tak amik bayaran pulak, FREE katanya, Ok silakan 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 kwang kwang.. a'a & Wani hahaha
Sedap pulak suara depa.. nanyi lagu duet Safura & Oney - Jangan menangis Sayang. aku tau part corus ke 'tidakkk aku tertampi-tampi' hahahaa

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
 ni antara adik beradik abah yg ada, adik beradik abah ada 12 kesemuanya.. ni pun ada yg tak masuk dalam gambo, kalau ikutkan abah yg sulung tapi atas abah ada adik beradik tiri, jadi abah orang panggil 'alang' atau nama glamor 'aru' .. (teringat pulak Aru kat stor ni) bahahaa

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
bergambo bersama pengantin dan adik beradik abah, apesal dalam gambo ni nampak aku gemok pendek, kuwang ajo betol kamera sape ni, tak trick langsung hahaa

Habis kenduri, balik singgah rumah cik Saidin, kalau balik Johol mesti singgah rumah Cik Saidin. Amik pe yg patut, limau ke, terung, pisang, daun gelugor, rumah je tak boleh hangkut, kalau tak dengan rumah sekali kitorang hangkut bawak balik.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
ni daun gelugor, masak dengan daging Salai pun sodap

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
Cik Saidin pendajal suruh makan yg pucuk, Nuar pun makan, ambik kou rasa dia masam, macam buah jambu masam2. yg pucuk tu boleh makan, lembut je daun dia.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
anak gajah mintak dukong, sampai sakit2 pinggang bapak dia.

Undang Luak Johol datang meraikan pengantin
ni masa nak gi, anak bujang ni buat perangai, bosan dia duk lama2 dalam kete. bahahaa


-zie-
11 Komen untuk "Kenduri kahwin sepupu, Undang Luak Johol datang meraikan pengantin"

perghhh, daging salai! masa IQ kahwin dulu ada menu daging salai ni. haha! pelik kan? sebab caterer yang IQ pilih tu orang nismilan, bertapak dekat triang, memang tak jauh dari nismilan. lauk daging salai ni sampai ayh mertua bungkus bawak balik dari kenduri. memang sodaaapp..

baru tahu undang tu apa. hehe

Akk pon dpat bontrot(bekal.. Ni versi jawa pulak) daging salai bawak balik.. Balik mmg itu yg dimakan.. Eemmm sedap pulak IQ

Uish pi kenduri tak ajak pun :p masak lomak daging salai nismilan memang tobaek.

Cantik color baju pengantin tu.

Akak tak pernah makan pucuk gelugor tapi sedap katanya.

hahahhaha sila kasi humban itu hphone/camera zie, gemok nau nampak nya kamu dlm tu...hahahahhaha.. pastu sewel ak gelak mcm nak mammm kau seru2 nama Aru! vongokk taww..hahhaha

Haha nampak gemuk tapi maintain merah kak long ooooiii...daging salai aku suka beb...suka weiiii..

sedap kak gelugor masak lomak.. rasa dia masam2 sedap..

hphone canggih tapi tak pndai menipu tol laa hahaha
seru2 nama Aru kang tetiba je dia muncul depan tingkap ni..bahah

nasib lembu takdo.. time ni lembo pun sibuk gi kenduri kahwin.. klu tidak dengan haku dia sondol.. merah mak ngah ngegegee

sonoknyer jalan2 gi kenduri kawen tuuuh., anak bujang mmg tgh boshan tuuu., ahaha

Panjang nya entri Zie ni

Memang meraikan betul majlis perkahwinan sepupu ni ya

meriah bonar wedding eh.ekau pun Zie siap berdokoh, glamer betul, macam tau Undang Luak Johol nak datang. menarik tengok adat orang ni.

p/s:teringin nak tengk rambut panjang sejemput tu.hihihi

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top