Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju

Zie Azi | 5 September 2017,11:05 |
Dapat wassap dari ucu dia nak jumpa semua family pak Din clan kat suatu tempat yg RAHSIA. wowww rahsia sangat, macam takut je bunyinya. ucu cakap nak jumpa pukul 8 malam kat restaurant Adam Lai Wangsa Maju yg kat dataran wangsa tu. ucu suruh datang semua sekali dengan adik beradik, Azeq Fina semua laa. massage macam serius, takut mak!!

Dalam kepala otak ni dah bermacam2 fikir.. nak bincang pe? pasal arwah mak ke? harta ke? pasal adik yg tak kahwin lagi tu ke? ke cari jodoh untuk abah ? jeng jeng jeng 

lepas tu aku reply. 'kalau cari jodoh utk abah, takmo' letak gambo emoji tumbok πŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘Šbanyak2.. aaaaah banyak penumbok bagi hahahaa
ucu balas.. panjang gelak dia. 'hahahahahahaha.. ko dah kenape πŸ‘€πŸ‘€'
eeee vongoks itu je reply.. 

Dah sampai.. semua duduk, makanan semua dah siap order. Tinggal nak melantak je ni. Suami ucu terus baca doa.. lepas makan.. dah habis makan. tanya ucu.. nape ucu nak jumpa?

Kou tau la dengan mulut bising dia tu, gelak beso dia. 
Dia cakap sajer nak belanja sebab suami ucu dapat duit insurans yg masa excident hari tu. teruk jugak excident sampai masuk ot room nak operate bahu. Tulang bahu dia terkeluar dari landasan, berbulan2 nak baik. Tido tak boleh baring, tangan kena pakai anduh. tido pun duduk. Dia dah niat nak belanja kita semua sebab jaga anak2 dia siang malam. Ucu pulak ulang alik hospital sebab nak jaga suami dia kat hospital. Masa tu yg jaga arwah mak la. Masa ucu gi umrah pun anak2 dia duduk rumah mak. Mak juga yg jaga sampai ucu balik umrah.

Tiba2 sedih kan... (sebut arwah mak tiba2 sebak) idung dah sot set sroottt set.
Alhamdulillah rezeki orang nak belanja.. ingat pe hal la tadi.. buat suspendekkk je.

tu la kadang2.. rezeki yg kita dapat bukan sepenuhnya milik kita. bila kita share dengan orang lain.. rezeki yg kita dapat akan bertambah luas.. luas dan murah.. tak payah tunggu nak kaya baru nak bersedekah.. dengan bersedekah la Allah beri rahmat dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki. 

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju
 sempat lagi snap.. takut2 je nak snap sebab abah duduk sebelah aku. nasib gambor cantik tak pakinson

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju
 ni sedap.. buncis goreng cer mana tah.. buncis goreng telur asin

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju
orang baca doa aku sibuk amik gambor. bila perasan tengah baca doa terus aku tunduk, takut kena marah ahahaa

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju
with kesayangan ABAH.. pantang tala kamera Fina menyelit sajer

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju
 sebelum balik bergambo depan kedai Adam Lai. mengedik ko Faiz (anak ucu) yg depan

Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju
inilah family kecil kami.. kak ya je tekde. Time nilah sibok dia nak tempah baju kat rumah cik yan. yg dah kawin 3 orang.. ada dua orang lagi yg belum kahwin. tak tau nak gayakan macam mana urusan kenduri kahwin tanpa mak. Banyak harapkan ucu je la nanti.

Makan kat Adam Lai ni kureng sikit, biasa2 je food dia. tomyam dia pun tak urhhhhm.. ari tu lupa nak order sup shark fin.. takkan nak memandai order sendiri.. ini pun beruntung ada orang lanjer hahahaa terima kasih ucu & family belanja kitorang makan malam, next time boleh belanja lagi tapi kat tempat lain pulak tauuuuuuu


-zie-
Tag : Family, Food, Ucu
6 Komen untuk "Family gathering @ Adam Lai Restaurant Wangsa Maju"

seronok tengok family zie selalu bersama...hehe...adik beradik eda ni jauh2...so nak together tu payah sikit...

Macam best jer... buncis goreng tu

Kalau berjumpa sesama keluarga memang jawabnya makan makan

Hehe

Balik mesti berat naik

best dapat makan freeeee....lain kali ajak la sekali. haha!

Ko dah pernah makan kat Mohd Chan tak...

eh..orang belanja mestilah sedap.yum.Pakcik, tengok ni, Zie tangkap gambar makanan.haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top