Hot Spring Sungai Klah lagi !!



Tah keberapa ratus juta kali datang Hot Springs Sungai Klah ni. kat sini laaaa tempat holiday budak2 ni melepaskan gian nak berendam bahaha. Hot Springs dengan rumah mertua dekat sangat, 15 minit sampai dah. Banyak kali datang sini, boleh tengok entry yg lepas.

Kitorang kalau balik kampung memang jarang gi jalan2, banyak habiskan masa duduk rumah. Tak kisah pon duduk kampong, kadang2 husband kita nak privacy, kalau tiap2 minggu dia boleh balik rumah mak kita, kat Gombak tu, takkan stay 2-3 hari kat kampong dia tak boleh ye dak...

Dah kampong dia, ada je keje dia, kejap2 repair moto la, nanti ter preenggg preng moto RXJek dia, aku intai dari tingkap 'bising la budak nak tido' (padahal aku yg nak membuta, budak2 lesap main kat tanah) hahaha

Bila petang sikit nanti bapak dia bawak budak2 ni gi jalan2 naik moto RXJek
Aktiviti wajib mesti naik moto ronda kampong.
kadang2 gi tengok lembu atok dia kat kandang, nanti singgah kedai runcit depan tu beli ice cream. Kalau balik kampong memang hitam melengut main panas. Dua2 orang tu bau tengit termasuk bapak dia.

Dulu, masa baru kawin rajin gak ikut ronda kampong, mengekor bontot laki pergi mana, kalau boleh berak pon ikut.
kentut pon bau wangi nak berkepit jeeeee duopoloh pat jam, sekarang malas nak ikut, malu pun ada gak macam tayang bini bahahaa Dah tua2 ni lagi selesa duduk rumah mak makan je kojo eiii. Kalau rasa nak makan petai sambal, nanti aku sendiri yg masak, pe susah.

Hot Spring Sungai Klah lagi !!
ada pool baru for kids. kat sini kanak2 je la berendam. Mak apak duduk tepi

Pergi Hot Spring ni masa hari raya haji tu, lepas korban terus berendam kat sini. Ajak opah, opah taknak ikut. Mood raya haji tah mana, gali punya gali pon tak kunjung tiba, pergi sini time cuti memang mengemut sesak ramai orang. 
Tengok kolam yg air sejuk tu keruh, geli pulak nak mandi
So aku lepak tepi jaga pelampong.

Hot Spring Sungai Klah lagi !!
Hot Spring Sungai Klah lagi !!

dia kira .. 1.2.3 jump.. banyak kali jump !!

Hot Spring Sungai Klah lagi !!

Hot Spring Sungai Klah lagi !!
ramai2 budak kerumun tunggu air tu jatuh, termasuk si Azreq tu, tah berapa kali duduk situ tunggu air tu jatuh

A post shared by zie azi (@suzie_khai) on


Hot Spring Sungai Klah lagi !!
macam kebiasaan, kolam rebus telo

Hot Spring Sungai Klah lagi !!
time ni ada spiderman datang, ramai la budak2 yg kerumun, si Azeq tu badan je beso tapi penakut, taknak dia bergambar ke haper, Fina je nak.

Hot Spring Sungai Klah lagi !!
ada playground baru, tapi tak ramai budak yg main sebab takde play pool, better dia buat playpool for kids kan. Ada pon.. air pancut gitu2 je.

Pergi time long weekend macam ni..memang mendapat lar ramai orang mengemut orang dalam kolam tu, i tak boleh ramai sangat macam tu, jadi geli hahahaa
Budak2 pon aku hambat suruh mandi kids area.

lepas tu aku tengok boleh pulak bawak food from outside. Siap bawak tikar macam picnic. Kalau tak silap dulu ada orang check bag 'no food outside' tapi kali ini ramai pulak yg bawak food. Tak pasti sekarang boleh bawak food atau tak. 

Aku beriya2 la sorok2 nasi impit dengan rendang letak bawah baju.
Kalau tau boleh bawak makanan, aku bawak sambal petai, sup ayam, cekodok jagung, bawak set lunch siap dengan nasi ayam lagi tau, time tu pulak kat rumah opah tengah prepare nasi ayam.
tengok orang lain slamber dek ber picnic bawah pokok sawit


-zie-
Tag : Perak, Travel
7 Komentar untuk "Hot Spring Sungai Klah lagi !!"

alahaii..bestnya bawak budak-budak kat sini...

huaaa dah ada new pool! aritu MATTA Fair patut felda beriya2 promo..akk igt remain yg lama je... tau belikan tuk bambam2 2 ketol akk tu haaa... rooogiii! kita kalau pi kena bermalam.. mak mertua kita orang KEYY ELLL..hahahhaha

haha..amboi Zie, bawak bekal macam nak kenduri.eceh..masa pengantin baru bawak naik RXJek mesti rasa romantik gitu.

tu laaaa rogiii tak text kita, hot spring dah update tauuuu.. time matta fair tah berapa harga..lg murah kot.. huntung larr dapt mak mertua key elll.. hahaa

masa tu melentik lg Sal.. sakrang usah cerita larrr.. ghupa panda naik moto hahaha..

best budak2 la.. enjoy the moment Eda..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top