DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar



Kalau korang ingat, hari tu aku ada cerita pasal problem nak gantungkan frame gambar kat dinding. Dinding rumah aku ni dinding konkrik, kalau belasah pakai drill kecik memang susah nak tembus, nanti diri sendiri yg sakit hati dengan dinding lobang sana, lobang sini, buat rosak dinding je.

So, kebetulan hari tu, ucu tengah renovate rumah, dia nak bagi pintu rumah dia kat aku. Dah excited dapat pintu free, sekali pintu tu tak gam dengan rumah aku. Tak jadi la amik pintu rumah ucu. Nak jadikan cerita, kontraktor yg buat rumah ucu tu dah biasa renovate rumah ucu, nampak pulak Wak Panjang yg renovate tu bawak drill (tak sure nickname 'Wak Panjang' tu dapat dari mana, pe yg panjang pun tak pasti bahaha). Mintak Wak Panjang drill tebuk lubang je.

Apaaaa lagi segala benda pending nak gantung, semua kasi settle hari tu jugak. Kalau ada drill yg sesuai, masalah semua settle, kejap je Wak buat keje. Banyak tempat jugak Wak drill tebuk lubang, aku main tunjuk je which part nak tebuk, balas dendam sekali dapat tebuk kamahen suka. Lebih dari 10 lubang wak tebukkan, bila tanya upah, mula2 cakap tak payah.. ehhh mana boleh tak payah, last2 Wak mintak 20 hengget dengan banyak lubang dia tebuk, my husband bagi lebih arr, sebab wak sudi tolong tebukkan lubang, kalau ikut kontraktor lain malas nak layan datang rumah semata2 nak drill buat lubang. Orang lain yg renovate rumah, aku pun sibuk tumpang sekaki hahaha

Dengan itu, complete misi mengantung bingkai gambar !! hahahaaaaaaa

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
before, dinding bersih sebelum my cubby abang botak lekatkan double tape kat dinding, jenuh nak menyental bagi hilang, cara nak hilangkan kesan double tape kat sini 

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
Wak tengah drill tebuk lubang

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
Teliti wak ni buat keje, sebelum drill dia ukur dulu, dah gantung frame, ukur pakai penimbang air nak tengok center atau tidak. 

Sebelum tu, nak cerita aku DIY tikar buluh yg lama, dulu2 masa menyewa kat rumah Keramat pakai tikar buluh ni, masa tu rumah kecik, bentang 1 tikar dah muat2 dia je. Bila pindah rumah sendiri tak pakai dah tikar buluh ni, terperuk duduk dalam stor tu, tiba2 dapat idea dari Kelab Kaki DIY ramai yg buat macam ni. 

Kalau ikutkan hati nak bentang carpet je kat rumah ni, tapi memikirkan budak2 ni masih kecik, anti habuk, hama la, niat hati nak bentang carpet hold dulu. pakai carpet ni kena sentiasa vakum & clean.. working mother macam aku ni hari minggu je ada masa, itu pun kadang2 balik keje curi2 masa sapu rumah, kalau pakai rugs kena rajin vakum, bukan ada bibik yg boleh vakum tiap2 hari. 

Sebelum budak2 ni asyik batuk dengan hama, better mencegah dari mengubati.. biar diorang besar sikit dah kuat antibody baru fikir nak letak carpet. Tak sanggup dah time Azeq dulu keluar masuk wad sebab ammonia bronchitis.

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
ni la tikar buluh yg still elok

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
before starting, make sure tikar buluh ni clean & tiada benjolan, kemudian, lekat je wallpaper sticker kat tikar ni, aku pakai wallpaper kaison : kos RM19.90, one roll dah cukup untuk 1 tikar, siap ada lebih lagi.

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
nak lagi kemas, lekatkan wallpaper sticker ni kat bawah border tikar.. nampak lagi kemas dan exclusive.. pemilihan corak pun main peranan, pilih corak yg seakan macam carpet.. baru nampak real.. 

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
tadaaaa... nampak macam carpet kan. Aku memang suka buat benda remeh macam ni, 

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar
mission complete nak gantung frame gan DIY tikar buluh lama. banyak lagi yg perlu di touch-up.. buat sikit2 .. ada bajet tambah furniture baru pulak.. takde duit duduk diam2.. oppsss

DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar

Q&A ?

ececeee siap ada FAQ lagi..
Mesti korang tanya2.. 1st soklan 

tak koyak ke?
of coz la.. ni wallpaper dinding tu haaaa tapi aku letak kat tikar.. lekatnya kat dinding tapi aku buat pijak kaki.. kalau kat dinding tergarik pun dah koyak apatah lagi buat pijak kan.. 

Tak koyak ke bila tergerak kaki sofa ?
Kalau fikir cara logik, jawapannya KOYAK la.. tapi picture yg aku show ni untuk selfie je.. ingat orang je nak selfie.. rumah pun nak selfie gak hahaha Hari biasa kedudukan sofa berubah.. kaki sofa tak letak atas tikar.. tikar ni tempat anak main toys dia je.

Tak koyak ke sis wallpaper tu?
Soklan yg sama lagi.. kalau tergarik koyak la..

Tahan lama tak?
Jawapannya, ikut pandai jaga. Kalau kasar dalam sebulan dah rabak.. tapi setakat aku pakai sehingga sekarang still maintain nampak exclusive macam dalam gambar.. budak2 ni pun tak kasar.. cuma rumah agak messy macam puting beliung dengan timbunan toys.

OK.STOP.STOP !!

Soklan di tutup.. kalau rasa idea DIY ni bagus, nak cuba silakan buat.. ini hanya untuk berkongsi idea kut mana tahu barang lama boleh di pakai semula.. ada orang akan fikir membazir sebab tak tahan lama.. tapi bagi aku suka benda2 DIY ni.. sebab akan membina minda jadi kreatif walaupun kadang2 rasa macam rubbish bahahaaaa

from rubbish to saintist 
hahaha



-zie-
12 Komentar untuk "DIY tikar buluh lama & misi mengantung bingkai gambar"

kak..kak..saya ada soalan!!!
bila nak jemput datang umah??? umah dah lawo tuuu! huhu.
kemain melukut(tedetut) nak ajak org mai umah tawww dia ni!! ggrrr..:p

Rajinnya zie DIY ni semua. Kalau ana mmg beli siap je. Senang cerita. Lawa dan kemas rumah zie :)

untuk adik soklan di tutup.. hahaha
bila2 masa bolah mai umah.. tp call dulu sebelum mai.. ada la masa hakak kemas umah bahahaa

tq. hanum.. hanum pun dah beli umah kan.. nti boleh deco cantik2..
anyway tahniah menang blogger contest

ikut mood gak ana, kalau malas memang tak buat hahah
lawa tang tu je ana.. area lain dah crop hahaa

cantik! IQ guna wallpaper sticker kaison tu untuk alas meja, hehehehehe

Mummy ada tengok kat Kelab kaki Deco tu... kreatif sgt! Nak try buat jugak tapi tikar enggak ada.. adoii la.. Anw nampak lawoo sgt tau

Murah jugak harga sticker 1 roll kat kaison tu ea.. Mummy baru lepas menapak kat kaison beli cadar hero kecik. Ada rezeki lebih, boleh pi singgah lagi..heheh

Zee memang pandai bab ni..huhu. Boleh deko rumah I x? hehe

cantikk!!jimat tak payah beli carpet dulu tapi still boleh look nice kan rumah. kerusi tu pun cun juge la;)

Siqah selalu jugak perhati wallpaper sticker kat Kaison tapi tak pernah beli lagi sebab tak tahu nak buat apa. Good idea tau :)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top