Makan kat Ipoh : Mee Udang ketam sempoi....Di raja



Lepas puas berendam kat Lost World of Tambun, makan malam serahkan pada tekak mak buyung. Dia nak makan Mee udang ketam sempoi Diraja. Kalau google tempat makan sedap kat Ipoh, laju2 mee udang ketam sempoi diraja ni muncul dulu. Later aku cerita berapa bintang nak bagi.


Mee Udang ketam sempoi....Di raja
 nama air semua tajuk drama, rindu awak 200%, Nur kasih, ayat2 cinta, konsep dia, letak ice cream seketul kat atas, jujurnya rasa dia so-so je, lagi prefer teh tarik ke, nescafe kaw2 lagi urhmmmmm

Malam tu semua stok udang, ketam abes licin, seafood yg ada sotong je. Musim raya2 macam ni cepatla habis. Tapi malam tu kami semua order nasi goreng pedassss, memasing cari nasi. Adik yg no.2 tu order sampai dua plate, nasi dia bedal mee sotong pon dia bedal. 

Mee Udang ketam sempoi....Di raja

Pendapat peribadi secara jujur, mee sotong dia failed. boleh bagi 2/5 bintang je. Apa reason, sebab dah malam, sebab raya2 ramai orang pulun, sebab memang masak gitu, kelaut semua, wa'luhualam. Di sebabkan hakak tak kejam sgt, boleh laaaa nak puji sup ayam dia sedap, sup dia berasa dengan banyak rencah sayur, ayam.  Agaknya malam2 buta orang tak makan sayur, buh ye banyak2 sayur dalam sup aku, sis ok, sis suka makan sayur.  bahaha Itu je ok, yg lain so-so je. 

Satu lagi agak pricey sikit, total makan malam tu macam tak reasonable, minatang yg ada sotong je, sotong pun kerat tah berapa layer, bila masak begulung2. Prefer makan gerai biasa2 lagi sedap kot.

Mee Udang ketam sempoi....Di raja

whatever it is, Alhamdulillah kami kenyang, tak kisah sangat sebab dah laparrrr, asal dapat nasi aku diam.

Hari pun dah malam, fikir nak tido je, tengok mata Azeq dah kuyu semacam, tak lama tu 'zzzzz' kat situ jugak, yg Fina tido lama dah, angkat Fina baringkan dia atas meja. Lagi sedap la dia tido, walaupun beralaskan sweeter, siap tido tangan bersimpul. Syiokkk sangat tengok macam mama nak join sama. bahahaa

Mee Udang ketam sempoi....Di raja

Mana yg nak cuba makan kat sini, sila laaa
tekak lain2, mana tahu terkena pulak kat tekak korang sedap

Alamat :
51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak
operation hours : 3:45 petang - 12 malam


-zie-
Tag : Food, Perak, Travel
10 Komentar untuk "Makan kat Ipoh : Mee Udang ketam sempoi....Di raja"

Alahai....sabar jer la....tapi kalau musim raya memang susah nak cari tempat makan yang sedap

sabar jelah..biasa la kadang tu kdai nmpk wow pun tapi bila makanan hampeh.yelah ikut tekak masing2 jugak kan..

den dah kobar an..tanak donga! haahahhaha.mmg pangkah nak mai sini lagi! mahal kekemain! lenkali nak selamat, lapar2 p mamak jg la yg puas hati kot kan?? atleast teh o ais dia sedapp. huhu

Napa tak makan mee rebus ramli.. takpun restoran batu 6 tu. Keke.

IQ rasa sebab musim raya. orang ramai tak buka kedai, so...yang jadi tumpuan ni masak so-so je. tak pun tukang masak handal dia cuti rya. sayang kalau kedai femes hasilnya macam ni. huhu

Nampak dah menarik sekali rasa failed ye. Boleh masuk list not to go ni. Hehe

alamakkk sedapnya..fav udang tu tapi lepas makan mesti mengaru lah jawab ye

Yang penting dapat isi perut.
Raya2 macam ni masih ramai yang tutup kedai.

mungkin chef utama dia cuti raya kot..tu chef backup sebab tu kureng..hehe

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top