Habis cerita jalan2 raya trip dari Penang, turun ke Lost world of Tambun, Ipoh, last ke Kellie's Castle kat Batu Gajah, Perak.
Singgah sini sebab dah lalu jalan balik ke KL, memang dari dulu tak hingin nak singgah tempat2 macam ni, lagi2 ada cerita pernah terjumpa lembaga William Kellie Smith berkeliaran di sini sebagai penjaga Kellie's Castle. Aku memang taknak masuk, tapi anak2 nak masuk, beria2 tarik aku sampai terseret2 kaki. Di sebabkan cuti raya2 macam ni ramai orang, so kita layankan sebab ramai pengunjung yg masuk, sis tak takuttttttt #ramaiberanilaaaaa
Memandangkan tahun 2017 tahun visit Perak, kita support kementerian perlancongan Malaysia jalan2 kat Perak ni, poyossssss sgt (sebenarnya penakut)
Sejarah tentang Kellie's Castle, panjang nak cerita tak cukup ink nak type bahaha
Korang google la sendiri, malas nak cari.
Bayangkan jika William Kellie Smith tak meninggal dunia awal, dan Kellie's Castle siap sepenuhnya. Betapa gahnya Kellie's Castle di Tanah Melayu. Kemungkinan juga keturunan Smith akan menetap di sini dan memegang status warganegara Malaysia. Boleh jadi juga, Kellie's Castle standard Taj Mahal di India.
Sekarang pun, sturuktur binaan masih utuh walaupun dah beratus tahun. Kekayaan dia pun dari hasil industri getah dan bijih timah di negara kita. Impian mereka untuk siapkan Istana ini sepenuhnya gagal menjadi kenyataan.
Sekarang pun, sturuktur binaan masih utuh walaupun dah beratus tahun. Kekayaan dia pun dari hasil industri getah dan bijih timah di negara kita. Impian mereka untuk siapkan Istana ini sepenuhnya gagal menjadi kenyataan.
panas menterik kat luar ni. Tengok langit secerah biru pun dah tahu panas macam mana, tapi subhanallah, cantik sangattttt langit, gambar pun takde edit2.
aku berpayung sebab cuaca panas melecet
Tapi, satu yg sangat best tentang Kellie's Castle ni sistem pengudaraan yg sgt bagus. Zaman dulu takde aircond. Seni bina istana ni di buat pengikut cuaca panas di Malaysia. Kalau korang bekesempatan masuk ke Istana ni, percayalah, kat luar yg panas menterik, aku siap berpayung, bila masuk kat dalam Istana ni, sejuk, tak rasa bahang, ketiak pun tak peluh menitik mcm hujan. Konon niat kat hati nak masuk kejap, sekali pusing2 kat dalam tu hampir 2 jam.
Istana ni besar, penat nak jalan. Perancangan senibina yg teliti di bina seawal tahun 1900-an. Allah beri kepandaian kepada orang yg reka rumah agam ni, disediakan ruang beribadat, ruang linen, ruang tamu, bilik di asingkan anak lelaki dan perempuan, bilik tetamu, bilik bacaan, mempunyai lif dan binaan terowong rahsia bawah tanah untuk kecemasan.
Tertarik dengan binaan dinding istana menggunakan putih telur itik, gula merah dan madu. Sikit lagi boleh jadi kek bahaha
William mengaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India, kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti marmar di import dari India, jubin pulak dari Itali, batu bata merah jenis aprikot dibuat di Malaya dan kayu cengal yg menghiasi jenang pintu & tingkap. Kalau nak tahu kayu cenggal ni mampu kekal utuh sehingga 200 tahun lamanya. Zaman dulu takde simen, dinding istana di bina dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Senibinya istana ini mempunyai konsep Greco-Roman, Moorish & India
Kat dalam kurungan tu set ruang tamu yg di hadiahkan oleh cucu Kellie Smith (anak Helen) untuk di abadikan dalam rumah agam ni.
sistem pengudaraan yg baik & ruang koridor yg panjang
tangga nak ke bumbung ni Azeq merangkak2 naik, Fina ketawakan abg dia bahaaa
Di koridor ni la yg di katakan berhantu, lepas aku tahu kat sini berhantu, terus jalan laju2 bahaha
yg berjaring belakang tu adalah lif, sekiranya Kellie's Castle ni siap sepenuhnya, ia akan menjadi bangunan pertama di Malaya yg mempunyai lif.
Budak demok tu gayat pulak, tadi dia la yg paling excited nak masuk, dia jugak la yg palingggggg nak sangat naik sampai ke bumbung atas sekali, baru naik tingkat 2, dah ajak turun sebab dia cakap kaki dia menggeletar, naik tangga nak ke bumbung tu pun merangkak2, macam haper je bahahaa
Sekarang ni, dia dah pandai baca, banyak word yg dia tahu, setiap sudut kat Istana ni dia baca dan yg paling tak tahan banyak tanya, hurmmmm pening nak bagi jawapan apa'kenapa raja lari' (panggil William tu Raja) hahah
'kenapa tak duduk sini'
'mana anak dia'
'kenapa tak siapkan rumah dia'
'raja tido kat mana'
'kenapa kotor sgt, kenapa pakai kasut' (masuk rumah kan bukak kasut) krik krik...
'rumah dia buruk laaaaa'
krik krik.....
Kalau nak ke sini, elok pergi time cuti, ramai pengunjung, tak seram sangat, tingkat yg atas sekali ramai yg naik, bergambar sakan. View dari atas bumbung memang cantik, tapi perlu berhati2 sebab bahagian atas bumbung tak berpagar.
rumah pertama William
Habis dah jalan2 kat dalam ni, Kellie's Castle menyingkap istana lama yg penuh misteri suka & duka. Sekarang istana ni di jadikan sebagai destinasi perlancongan di Negeri Perak. Kalau korang nak merasai suasana yg penuh mistik & berbeza boleh datang pada waktu malam.
Secara keseluruhan, aku suka masuk sini, perasaan takut tu takde sangat sebab ramai orang & hari siang. Struktur binaan yg cantik, seperti tingkap, pintu, tangga sangat unik binaannya. Jika ada paranormal yg menyatakan Kellie's Castle ni berhantu, istana lama macam ni tak mustahil ada, ini terpulang pada persepsi masing2. yg penting, aku taknak masuk untuk kali ke-dua, 1st & last #dasarpenakut bahahaa
Kat sini parking bayar RM2, tiket masuk dewasa RM5, kanak-kanak RM3
Buka setiap hari dari 9 pagi - 5 petang
dah penat round dalam Kellie's Castle, turun kat kedai bawah, Fina nampak pau terus makan, lapor ye
anak perempuan pak din, yg tengah paling comel, wink wink..
Pak Din clan, spot Fina kat mana!!
tak jauh dari Kellie's Castle ni ada medan selera, lauk pauk ulam kampung. Sedap yop, murah & sedap, tak mengecewakan.
kat hujung medan selera ni ada jambatan, tak pasti jambatan apa, nampak banyak moto lalu jambatan ni, tapi disebabkan view kat sini cantik, aku amik la gambar.
-zie-
9 Komentar untuk "Jalan-jalan Kellie's Castle Batu Gajah menyeramkan"
Pernah ke sini sekali je. Suka tgk senibina istana ni. Cantik sgt. Tp masa panas, tak larat nak berdiri dekat atas bumbung tu lama2. Hehe
pernah lalu je..tak pernah masuk.tapi memang cantik. idokle teman nak datang memalam.Tapi inshaallah takde pape kalau datang tempat tu dengan hormat.suka gambar pakai payung dengan rumput-rumput tu
kat dalam tu senibina dia cantik, sy suka kat yg bentuk bulat tu, klu amik gambar memg cntik
zie pun suka gmbar yg berpayung tu, pnas kat luar mmg kena berpayung..
Cantiknya gambar2 pandai snap...
Nampak meriah je tempat ni ye. Ingatkan suram macam dlm ctier2 seram tu hikhik...
tu la kak, mula2 mcm seram je nak masuk, kalu dah rami tak seram dah..tangan org yg snap tu pandai amik gambor hahaa
tak pernah datang tempat ni wpun dulu saya belajar di tronoh
yeke, sy pun first time wlpun dah bnyk kali lalu hehee
pernah sampai sekali..memang cantik tempatnya..especially untuk bergambar
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.