Balik kampung opah Sungkai, Perak | Scott's Emulsion vitamin tambahan



Assalamualaikum uolls !!

Cuti bersambung hari tu pergi mana? Cuti birthday Sultan Selangor dan bersambung dengan Maulidur Rasul. Aku balik kampung suami, plan nak jalan2 ke belah Ipoh. Sekali dia repair moto dia sampai dua hari. Kou ghase pe kalau laki dah berjanji nak bawak jalan. Dua hari jugak la aku merajuk tak bercakap. Dua hari je, tak boleh lebih nanti diri sendiri meroyan. kah kah2 Tapi yg geramnya orang laki ni kalau kita merajuk dia buat dekkk je macam tak de pe2 berlaku. Gerammm ye. Dia tak tahu yg kat dalam ni dah menggelegak mcm air mendidih, gunung berapi meletus. Lepas tu sakit hati sendiri, dengan tiba2 je boleh baik sendiri dan boleh bercakap dengan dia. Eh bukan tadi kita perang masam2 manis kerrrr. Menyammmm tau..

scott's emulsion
 sama tak ketembaman kami

Walau apa pun yang jadi penghubung adalah anak2. Kejap2 aku bisik kat Azeq, 'azeq mama merajuk' lepas tu dia jerit kat tingkap 'abahhh mama merajuk' eee budak ni, jerit pulak. Ni kan kat rumah MIL, kang mak mertua i dengar, mati la nak. Dalam perhubungan kena ada gaduh2 manja, itu yg buat seri macam pengantin baru..kah kah. Bila duduk dekat bau belacan, duduk jauh bau kasturi. Menggereyammmm betol!!

scott's emulsion  
Fina pulak flu tak hilang2, bad mood je bila flu. 

scott's emulsion
Scott's emulsion untuk Fina

Bagi Fina Scott's emulsion perisa orange dalam masa 2 hari dah hilang flu dia. Kalau perisa original tak lalu nak telan. Memang dari dulu bagi anak2 Scott's, elok untuk membina antibodi. Budak2 ni kan kejap2 demam, flu, batuk, Scott's emulsion sebagai vitamin tambahan untuk budak2 ni.


Untuk maklumat lanjut boleh layari

web : https://www.scottskids.com/my/en
#scottsEmulsion


-zie-
Tag : Parenthood
8 Komentar untuk "Balik kampung opah Sungkai, Perak | Scott's Emulsion vitamin tambahan"

Hehe. Comel je jerit camtu.. Nak kena jaga air muka jugak depan FIL kan.. hii 😆

Balik kampung jumpa atuk nenek.. Bestnya sambung silaturahim

Elokla majuk mujur muncung tak kekal. Kalau tak dah jadi itik...hahahaha.larikkkkkkkkk

Biasa la gaduh2 manja tu.. asam garam dlm perkahwinan..😊

majuk tu tnda syg.. manja2 kan:)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top