Deko-Tips Dekorasi Bilik Kanak-kanak Lelaki



Deko-Tips Dekorasi Bilik Kanak-kanak Lelaki
sumber google 

Bila anak dah makin membesar, dah tiba masa ye untuk aku kena sediakan bilik tidur yang berasaingan untuk si hero. Bilik untuk si hero memang dah ada, tapi kalau tengok bilik nak masuk pun tak jadi. Sebab macam bilik stor, dengan toys bersepah macam tongkang pecah. Search n google tiba2 dapat idea macam mana nak bagi anak tidur bilik sendiri.

Tips Dekorasi Bilik kanak-kanak Lelaki
1. Gunakan cadar yg dia suka.
Cadar yg dia suka seperti superhero ben 10, spiderman, cars ke. Apa saje yang dia minat.
 Contoh : si hero minat bebenor dengan Ultraman. So gigih la aku mengoogle supplier yg jual cadar Ultraman. Lepas tu, dah jumpa kena tunggu order sebulan sebab kilang tu tak cetak cadar Ultraman. arghhhh Dah sebulan baru cadar sampai. Bila aku tunjuk kat hero, suka sangat la dia. Terus ajet2 nak tido kat bilik dia. Boleh percaya ke ni. Ke tengah malam mengigau cari mama!

2. Sediakan perabot minimalis dan selamat
Biasa kanak2 lelaki suka yang ringkas supaya mereka selesa bermain. Perabot asas seperti katil, meja study, rak buku, almari baju, bakul kotor, ampaian untuk sejadah & tuala. Dah cukup tu, tak perlu sarat dengan deko seperti yg mak2 suka, nak letak bunga kiri kanan katil la, buat semak je. Budak2 ni bukan reti menilai, silap2 kang jadik bola bunga aku.

3. Kotak mainan mesti ada dalam bilik
aaaa ni wajib ada, sebab apa aku cakap macam tu. Sebab kanak2 lelaki lambat matang dari perempuan. Childish masih ada dalam diri mereka & masih ada dunia khayalan sendiri. Beri ruang privasi & letakkan satu kotak mainan kegemaran mereka.  

Deko-Tips Dekorasi Bilik Kanak-kanak Lelaki
sehingga sekarang, dalam beg sekolah si hero sentiasa ada mainan yg berbeza2 setiap hari. Dia janji dia tak tunjuk kat cikgu, bila balik sekolah baru dia main. Patut la bila angkat beg dia, apsal berat semacam, rupa ye dia bawak geng gi sekolah.

4. Sedia kan lampu tidur
Biasa la, kan baru nak mula tidur sendiri. Mesti ada perasaan takut tido sorang2. Jadi, sediakan lampu sisi atau night lamp yg sesuai. Permulaan kita teman dia tidur, lepas tu dah lama2 biasalah. Night lamp tu macam mana? Bukak je website IKEA ada bermacam2 jenis night lamp, hulur je la duit. 

5. Gantungkan jam
Sebenarnya bukan penting sangat, tapi penting la jugak hahaa nak bagi dia menghargai setiap waktu. Sebab 'masa itu kan emas' dah macam cikgu cikgi dah ni. Mengingatkan dia waktu solat, kena ada rule masa bermain dan masa study. aaa gitu la. i kan tiger mom errrrrgh

Dari masa ke semasa boleh la nak tambah macam rug ke. Tapi aku tak suka rug yg tebal2, nanti habuk boleh mendatangkan batuk. So, jalan selamat aku beli je tikar evamatik yg corak2 tu. Kalau air tumpah pun senang lap, tak memerangkap habuk, nak bersihkan pun senang. 

 
deco 5/10 - tak boleh nak buat keje kalau dua beradik ni bergabung, meletop macam Akim & Stacy pulak. 

Next projek nak touch-up lagi bilik ni jadi lagi cantik, sekarang si hero main dalam bilik pun dah cukup baguuuusssss, dari dia hangkut berbakul2 mainan dia bawak ke ruang tamu. Tak ke pening haku nak jalan pun asyik terkuis2. 
itu je nak cite, k.bai



 -zie-
11 Komentar untuk "Deko-Tips Dekorasi Bilik Kanak-kanak Lelaki"

bukan main lagi diorang ek...sukalah nanti bilik dah cantik

cantik dik bilik anak2 ko...akak pon suka kalau perabut putih2 camni...kat rumah ni kene ajar si izara je la pasni tido asing...anak2 akak yg lain start tido asing masa umur 7 taun kalau x silap akak...

izara tu je yg kecik kan,yg lain dah besor panjang hahaha
manja dak kecik tu

suka buat sepah pun ye jugak
haha

Seronok la hero tu tak lama lagi mama nak make up bilik dia lawa2..;)

deko bilik anak lelaki tak boleh heavy cam anak perempuan..tapi biasalah mak mak selalu excited lebih

Bilik kami selalu disepahkan dengan mainan. Dah simpan kat luar, diangkutnya sikit2. Samalah kat ruang tamu. Bilik nak pindah bilik tah...

terbaeeekkkkkk memang terbaik...

anak lelaki brg kali suka yg simple dan x demand nk kaler tu nk laer ni ;-)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top