Menang contest Disney, The Lion King Guard



First at all thanks to Lizzie as a mummy kerana bagi peluang menang contest The Lion Guard. 
Siapa tengok kartun The Lion Guard kat Disney Junior Astro, 9.30 pagi setiap hari minggu. The Lion Guard ni sambungan dari cerita kartun Lion King tu la. Bila sebut Simba baru teringat favorite cartoon masa budak2 dulu. ingat tak! ingat tak! Simba si raja rimba yang berkuasa bila mengaum. Sekarang Simba tu dah ada dua anak nama dia Kiara & Kion.

Aku pun tertanya2 pe la hadiah dapat ni, aku pun bawak la beg besor kut2 dapat hamper sebijik ke kan. Dapat email dari Nuffnang suruh collect hadiah sendiri. Pe salah pos je la ye dak, kos postage tak kering dek gusi lah. Ni yg aku lemah ni, nak google tempat lagi. Alahai sekali dekat dengan Quill City Mall je. Nasib tempat senang nak gi. Dah google tempat, aku gi naik monorail turun kat Medan Tuanku jalan kaki sikit dah sampai. Tapi naik office level 12 tu agak sunyi sikit la, nasib aku bawak mak guard teman KAK TUN. Office banyak dalam tu, orang pun ramai so takde la riso sangat kut2 tersalah masuk ke club malam pulak. Time malam memang hidup la kat sini sebab banyak kelab malam.

The Lion King Guard

Suruh pilih antara dua barang ni, aku cakap nak dua2 boleh tak. Diorang tak bagi pulak, aku cakap datang jauh2 ni, pun diorang tak makan pujuk. i jadi Simba kang *gerrrr

Korang rasa aku pilih yg mana, mestilah aku pilih si Kion yg berani. Kalau pilih botol air, kalau jatuh pecah dah langsung tak boleh pakai. Kak Tun pun suruh pilih anak Lion ni, lepas tu kak tun cakap mesti berebut balik kang.

The Lion King Guard
Ni la si Kion my favorite cartoon dalam The Lion Guard. Comel kan. gaummmm

So, aku pilih yang ni. Bawak balik anak lion sekor, saje buat mainan Fina. Harap Fina suka la.

Say YES to Kak Tun !! Betul kak tun cakap, sampai rumah berebut pulak binatang ni. Aku la jadi referee penyelamat anak lion ni, kalau tidak anak lion dah lama terputus dua. Dah tentu la budak gurl yg dapat, si abang tu suka mengusik je dia bukan nak sangat pun.

Finally, Kion dah jumpa tuan dia.

 Pagi pergi breakfast pun bawak anak Lion ni. Aku ingat tak bawak rupa ye ada je anak lion ni terconggok dalam kereta.

Tidur pun bersama Kion

Kesimpulan ye, tak sia2 mama terhencut2 gi amik anak Lion ni. Sebab Fina suka. Malam pun bawak tido sama. Selalu tak pernah2 bawak binatang tido sama. Sekarang tiap2 malam dok peluk Si Kion ni, bila minatang ni terjatuh dari katil, boleh pulak bangun pergi kutip, lepas tu sambung tido balik.

Ok.Fine.Mama.Happy !!
-zie-
5 Komentar untuk "Menang contest Disney, The Lion King Guard"

Singgah pagi isnin...
suka dia dgn lion tu....

Pasni mama dia leh dating dengan aman sebab Fina dah ada teman..Hehe

Seronoknyaaaaa! Cantik lak tu lion! ❤️

Alololololo comelnya Kion posing dengan tuan baru dia. Fina is so cute! ;)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top