Cuti hujung minggu lepas tak de pe2 plan. Tapi ada satu plan dah lama tertangguh. Plan ye nak kemas segala khazanah yg ada dalam almari nak sorting yg mana tak pakai tapi masih elok. Macam nak roboh dah lemari tu dengan baju masa bujang pinggang 24inci pun ada simpan lagi, macam tu 10 almari pun tak muat.
Dengan gigih ye paksa diri buat jugak projek yg terbengkalai ni dari aku tuntut almari baru..hahaa
Nak kemas khazanah ni kena buat time lakik takde, nanti mengacou keja aku. Bila aku sorting baju yg tak muat
'eh, yank baju tu nak'
'eh, yank baju tu nak'
'yank, seluar tu buat kenangan' '
'baju ni elok lagi'
'yank, itu, yank ini' Lama2 ayang pun pengsan.
Habisss kalau semua baju nak, baik tak payah aku kemas. So, aku buat krojer time dia pergi krojer. HaHaHa. Selamat.
Tong2 putih macam ni dah banyak aku nampak kat tepi2 jalan. Kat Tesco pun ada.
Jangan buang sampah pulak dalam tu, ni bukan tong sampah. Ni tong RECYCLE dah terang2 tulis kat situ pakaian, kasut, beg tangan, tali pinggang, cadar, mainan pun boleh recycle.
Ni antara barang yg jarang aku pakai. Macam belt tu, masih elok dan boleh pakai lagi cuma kulit dia dah terkopek sikit. So, aku rasa nak let go je, bagi pada org yg lebih memerlukan.
Koleksi tudung bawal yg ada, ni pun ada beberapa yg aku nak go kan.
Toys budak2 ni, makin lama makin membukit nampak, yg mana dah pecah2 aku booo buang je, yg mana masih elok tapi macam bateri takde aku rasa nak masuk kat dalam tong recycle tu. tapi ada pulak mak guard terpacak kat situ......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
macam tau2 je mama nak kemas toys dia
1st batch siap, 2nd batch akan menyusul. SETTLE
Recycle for charity
Senang, tak payah susah2 fikir nak letak mana barang yang masih elok. Campak je dalam tong tu, nanti pandai la orang yg bertanggungjawab settle kan. Rumah pun bersih, alam sekitar terjaga. Beramal sambil bersedekah, barang yg baik di panjang2 kan. Bagi kita barang2 ni 'useless' tapi ada orang yg tak berkemampuan yg sangat memerlukan, dengan cara macam ni secara tidak langsung kita dah buat satu amal jariah.
Recycle for charity
-zie-
Tag :
Lifestyle
3 Komentar untuk "Barang Terpakai Masih Elok Nak Letak Kat Mana?"
Singgah pagi isnin...
bagus la cmtu..
nieyl pun niat dah lama nak kemas kan bilik satu lagi tu...
tapi belum terdaya lagi laaa...
Dah kemas. Belum hantar je. Haha. Suami prefer hantar rumah anak yatim. Tu ler bertangguh hantar.
Same! Letak je kat sini kan..
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.