Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Splashing time Wet World Water Park Shah Alam best giler !!

Zie Azi | 30 August 2016,10:40 |
Splashing time !! yahooo

Jom la bawak anak2 main air kat Wet World Shah Alam.

Tiket masuk Wet World ni dah lama beli, beli masa kat matta fair tahun lepas. Sehingga la tiket nak expired baru terhegeh2 nak pergi. Tapi bila planning mcm ni, biasalah tertangguh2 nak pergi. tiket nak expired baru kalut nak gi, so better just go. Tak payah fikir banyak, just go..

Harga tiket masuk Wet World 
Dewasa - RM25 / Kanak-kanak RM20
*kanak2 ketinggian 90cm ke bawah masuk free

Non-citizen 
Dewasa - RM35 / Kanak-kanak RM30
Harga tak termasuk sewa Cabana, pelampung & loker.

Opening Hour 10am-6pm
Close on Wednesday, except on during school holidays & public holidays

Tiket masuk Wet World ni beli kat matta fair dapat separuh harga, kalau uolls nak bercuti yg dekat2 je beli time matta fair, memang murah giler. Kalau nak bercuti jauh sikit nak naik balloon better cari flight ticket murah dgn survey agoda, lagi better kot. Beli kat matta fair mcm tiket masuk zoo ke, themepark, untuk happy kan budak2, itu memang berbaloi la.

Wet World Water Park Shah Alam

Sebelum pukul 10am kitorang dah sampai, tu pun dah ramai orang beratur nak beli tiket. Makanan & minuman luar tak dibenarkan bawak masuk ye. Ada checker beg, berdebar2 je masa staff situ checker beg. Padahal takde buat salah pun. Aku memang gini, darah gemuruh. Kat dalam tu memang ada jual makanan, tapi tau2 je la tempat macam ni food & drink mahal. Kalau dah lapar tahap gaban, terpaksa beli jugak. Tapi kitorang makan juz2 je untuk alas perut. Dah keluar baru melantak nasi.

Wet World Water Park Shah Alam
Dak demok ni suruh aku tiup pelampung dia, 
semput mama tiup pelampung ni di sambung oleh apak dia pulak

Wet World Water Park Shah Alam
Boleh pulak selipar Fina lupa bawak, membebel aku dalam kereta. Terpaksa lah berdukung dengan apak dia. Aku tak larat nak dukung anak dara tu, bengkok sport rim mak.

Wet World Water Park Shah Alam
waaaaah...Keterujaan budak2 tu nampak pool. Mama ok jew

Wet World Water Park Shah Alam
kolam kanak2 lagi

Wet World Water Park Shah Alam
Aku suggest kalau nak pergi, pergi awal pagi. Air pun fresh lagi, tak bercampur najis mutawassithah. Jangan tipu la kalau tak kencing dalam tu. teeetttt

Wet World Water Park Shah Alam
Tak sabar nak terjun.

Wet World Water Park Shah Alam
Ada banyak Cabana utk disewa. Cabana ni pondok2 private mcm ni, dlm tu ada kipas kalau gi ramai2 boleh tong2 sewa Cabana. Kitorang tak sewa Cabana pun. Lepak tepi letak baju2 je, barang beharga memang tak bawak. Hp pun kitorang pakai waterproof cover, senang nak selfie dlm air nanti.

Sewa Cabana RM80 deposit RM50 so tolal RM130
Tapi bila return balik dapat deposit RM50

Wet World Water Park Shah Alam
Tunnel Water Slide ni naik banyak kali, tak kira mak budak ke bapak budak ke semua dah jadi kanak2 riang dalam tu.

Wet World Water Park Shah Alam
 ni kolam kanak2 kat belah belakang.

Wet World Water Park Shah Alam 
ada gerai makan, 1stik ball tu RM4, mahal hokey. Ada one food stall kat depan pintu masuk jual set asam pedas RM10 complete nasi, ikan pari atau tenggiri dgn ulam sikit, boleh la makan kalau dah lapar sgt

Wet World Water Park Shah Alam
terpaksa main kolam kanak2 dulu, kasi adek & mira main puas2 dulu. Lepas tu baru turn kami pulak main, mintak depa jagakan budak2 nih. Tu huntung bawak depa, boleh bagi kami detim..hahaha

Wet World Water Park Shah Alam
Sewa tube RM25 & deposit RM25, total RM50. Tapi deposit dapat balik bila kita pulang tube ni. Adik aku hampir lupa nak collect deposit balik, aiii jangan lupa. Rugi tak collect RM25 henggit tu. cik Abe kat belakang tu spoil betol la, dah macam hantu kak limah pehal......

Wet World Water Park Shah Alam
naik Thunder River tah berapa kali, konsep main langgar2 dengan pelampong org lain. Tak mencabar utk baya mak2 ni, sesuai utk kanak2 naik. Aku ajak Azeq naik, punya penakut budak tu.

Wet World Water Park Shah Alam 
Ni pun aku naik, best giler tapi pening lalat sikit sebab pusing2 kan. Agak panas sikit, sebab kan open air macam ni, lepas tu dah pusing 360degree tiba2 tersekat kat tengah2 tombol tu. tolak2 dengan kaki, dah la dua2 berat melebihi lori 3 tan. Tolak2 dengan kaki tak gerak, tolak lagi, tolak, nasib gerak. kalau tak mau kitorang turun tolak pelampung sendiri. Overall FUN !!

Wet World Water Park Shah Alam
sambung sini lagi, Fina suka main kat sini. Ada banyak kolam so tak payah risau crowded ke haper.

Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam
mcm ni je berani budak demok ni, ajak main permainan lain tak mou.

Wet World Water Park Shah Alam
finally, anak dara ni zzzzz, kat gambang pun sama macam ni. Aku lepak tepi tengok org je la, dah puas berendam tadi. Adek gan Mira baru tau seronok. Masa mula2 ajak gi cakap tempat budak2 la. Sekali dah masuk tak nak balik, baru tau seronak kan.

Wet World Water Park Shah Alam
tengok !! siapa yg kanak2 riang sekarang

Wet World Water Park Shah Alam
diorang ni la yg melayan Azeq main gelongsor, yg besor pun naik gelongsor kanak2. pe de hal tak heran dek orang.

Wet World Water Park Shah Alam 
time ni dah pukul 1 lebih, org mula dah ramai. Menyemut org kat belakang tu. Moh kita balik cari makan, perut pun dah lapor ni.

Kat Shah Alam memang banyak tempat makan sedap2. Mula2 mula kitorang plan nak makan Wong Solo, Sek7, sekali ramai sangat orang sampai keluar2. So, taknak demand sangat sebab perut dah lapor berendam tadi, makan kat ayam Penyet Api je la. Janji dapat nasi aku diam. hik2 hik

ayam penyet api

Kat sek 7 Shah Alam ada banyak butik, kedai on9 pun ada kat sini. Gila sekejap aku yg mcm kerbau masuk bandar. Bella Ammara, Minaz, Fareda, Cala Qisya, Zawara, Radiusite, Pearl Haya eh banyak lagi la, penat nak cakap. Adek aku cakap ko pehal kak long macam tak pernah datang Shah Alam. Aku cakap dulu aku detim tak main area sini, aku area KL, PV. hekellehhh..berlagak adek aku cakap.

Tengah pusing2 tiba2 ternampak Laman Seni Sek 7.. aku cakap oooo kat sini ke diorang amik gambar cantik2 tu. Aku suruh amir cari parking, parking kat sini memang hazab ye, kalau dapat parking nasib2 je. Mula2 Amir nak tunggu dalam kereta je, aku cakap 'ada parking tu kita cari sampai jumpa' Sekali dapat parking kemahen suka kitorang..hik hik2

Dah panjang sangat ni, nanti sambung cerita ke Lorong Belakang Laman Seni Sek 7 Shah Alam

laman seni seksyen 7
kasi...preview sikit

Kesimpulan, kalau sape tanya Wet World Shah Alam best tak?
Best giler, budak2 happy, mak apak pun happy. Tiket masuk pun tak mahal sgt, still under mampu milik. Dalam tu pun banyak permainan yg boleh main termasuk org dewasa dgn kanak2. Sesuai sgt la kalau nak bawak anak bercuti yg dekat2 je..so try pergi mesti nak datang lagi !!


-zie-
3 Komen untuk "Splashing time Wet World Water Park Shah Alam best giler !!"

Bestnya kolam tu ada bola2. Kalau bawak anak kita ni habisla tanak balik...

Best!! Masa siqah pergi dulu, tunnel water tutup for renovation. Rugi rasanya. Tu jadi penyebab tuk pergi lagi sekali =D

ye..memang itulah fungsi mak sedara, nak bagi parents detim. n biasa bebudak suka sebab diorang lagi sporting..hehe

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top