Dah Cukup2 Jamuan Raya, Tamat Sudah !!



Selagi bulan Syawal tak habis, selagi tu la makan ! makan !

Kat opis ni banyak betul jemputan jamuan raya. Antara nak pergi gan tak je. Start mula dengan Jamuan Jabatan, kemudian turun ke setelit pulak, lepas tu turun ke unit kitorang pulak. Plan nak buat makan2 untuk sambut bezday, kebetulan bezday diorang ni di himpunkan jadik 1 kek, jatuh pulak pada bulan Syawal. Dah tu, tak reti2 lagi nak buat jamuan raya.

Konsep ye poklak, masing2 ada bahagian masing2 nak bawak pe. Walaupun penat, tapi puas hati sebab semua turun padang. Betul2 macam rewang kenduri kawin. Peluh masam keti usah cerita la, dah la aircond kat opis ni tak berapa sejuk mcm kat Landon,

tu diaaa. tak nak baca. kang baca muntah hijou. ' Happay Birthday wanita2 tua jelita ohsem' tolong bacakan, sebab tulisan macam tulisan doktor

 
Tah haper geli hati sgt, suka benau bezday girl dapat kek Secret Resepi. Dah lama mengidam sampai tunggu bulan julai baru dapat. ish ish kesian kah kah

 
ini lah org kuat Kewangan Farmasi, yg paling kuat Mak Ton la. Kalau dia takde tak jadik jamuan kita ni.
 
 
 hip hip horey, makanan semua dah ready. Tengah tunggu tetamu datang je. 1st time in my life unit kewangan buat jamuan raya, eii tak pernah la buat jamuan jemput sub stor lain, selalu sape langkah kanan kita jemput makan, dlm sejarah kewangan farmasi buat jamuan raya kira boleh masuk book off record laaaaa.

antara juadah yg ada, lemang, satay, laksa, ubi rebus, rendang ayam, koktail, eii banyak lagi makanan, kalau sebut semua mau ngences korang.

 
Minuman aku yg buat, percaya dak ada air Harum Manis Mango.
mati2 aku ingat cordial yg aku beli tu mango, sekali rupa ye perasa oren. OMG, masalah ye aku dah canang 1opis aku buat air mango.*giggle. Label dah siap print, malas aku nak print lagi. Semua tetamu yg datang semua tertipu, diorang pun compius tak ingat dah rasa mango mcm mana, pandai tak hakak manipulasi kan perasa oren menjadi mango..ha ha haaa

haa kou, siap ada mando sinsing lengan.
betul2 rewang mcm kenduri kawin. Siap bukak booth basuh pingggan kat belakang. Aku, Sarina gan Nana di tugaskan untuk bersihkan dlm rumah. Sekejap je buat, tak sampai setengah jam dah clear, kemas, bersih seperti sedia kala. Buat ramai2 cepat la siap ye, jangan ada mengelat je. Tu yang keje jadi terbengkalai. Time makan2 join sekali, time nak mengemas half day la, ada hal la. Pe citta.....

Lepas tu sambung pulak Jamuan Raya HKL
penutup (harap2 gitu la)

Kali ni melibatkan semua jabatan, tah ada berapa jabatan dalam HKL ni aku pun tak tau. Start pukul 10am, org ramai dah mula serbu. around kul 11 lebih dah yellek, ammak Kambing golek pun tinggal rangka, sampai2 tinggal kelabu asap, diorang dah simbah air kat bara api, blurrr. Aku tak heran sangat kambing, sebab tak makan kambing sangat. Mek Jemah la, nak sangat makan kambing golek, sekali tinggal asap kah kah2 nasib tak ngandung kalau tidak jenuh pulak nak cari kambing bakar tang mana.

 
ni lah tempat jamuan, parking area bos2

relax lagi, around 8am. Tengah buat preparation. 2 jam kemudian
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

waktu kemuncak around 10am, 11ribu (agak2 jew) staff HKL turun padang. Wowww 
Nampak macam bazar ramadhan, tapi bila duduk kat tengah2 umat, tak la sepadat dalam gambar. Takde la sampai berlaga2 bahu, under control. Jumpa sahabat lama dari jabatan lain, berhenti jap menyembang, sambil jalan sambil makan. Gi gerai jabatan lain, cuit sikit, lama2 kenyang. 

utk tontonan umum, ni lah gerai KAMI, JABATAN FARMASI HKL
cantik tak (mata ke atas tangan ke bahu)

yg pergi meeting hat bos2 besar, sampai kat tapak, sekali nengok Jabatan lain dengan decoration lampu lip lap, siap pakai baju melayu bersampin bagai, banner sebesar alam. Info tak sampai kah? tettttttt! Hat kami, kelam kelibut  pi cari barang nak deco, jumpa ketupat kat kaunter, pinjam sat kami nak buat deco gerai FARMASI, dah mcm konsep krismas pun ada, bantai la labu. Janji niat HARI RAYA tu sampai. Order lemang 50batang, tapi rupa tak mcm 50batang, pukul 11.10am dah lingkup, bungkus, habis licin. Sian depa yg keje klinik yg baru sampai dah habis, pe ceritttttta, hakak no komen !!

ni dari Jabatan Dermatologi, siap hangkut periuk belanga

 
Jabatan Genetik

 
pun habis jugak, menu apa pun tak tau. Tapi sebab decoration depa cantik, aku snap la gambar.

Macam kanak2 riang, 'nak ice crem, nak ice cream'. 
Dapat ice cream sebatang terus menyengih.

 
kat belakang tu Jabatan Diatetik & Sajian, 
Menu diorang NASI ARAB, betul2 jamu orang makan. 2 tong nasi arab, merasa sorang sikit. Sedap la jugak, bila mkn terus nampak kaabah..hahaa sape kata makanan hospital tak sedap !! 

Dapat cupcake owl, tamat cerita jamuan raya. Ada umur yg panjang kita jumpa lagi tahun depan





-zie-
Tag : Hari Raya
4 Komentar untuk "Dah Cukup2 Jamuan Raya, Tamat Sudah !!"

Meriah betulll...tapi makanan habis cepat ek....

yg half day tu..rasa nak luku pala..dah tua... ayakk! hahaha.
makan nasi arab nampak kaabah tu win. kah kah! kalau centu tayah pi mekah dah... siap leh cium hajarul aswad lagi.. giler! :p

amboi..punah diet gitu.jabatan nutrisi pun main bantai je kot makan..hihi.part bila basuh pinggan semua hilang tu perkara biasa..

terbaik...
spital kl ni beso. staff ramai.
meriah!

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top