Mini Burger sedap - mesti anak-anak suka



 Assalamualaikum 

Mini Burger sedap - mesti anak-anak suka | Hi semua. Sorry sebab dah lama tak hapdate blog kan. Ada yg DM i mara-mara kenapa dah lama tak update blog? (ingat femes sangat kou tu bahaha) Ada je ni terconggok kat KL. Masih di HKL dan tak pindah mana-mana. I dengan HKL kan love hate relationship. Sekarang memang sekarang super busy menyelamatkan dunia. Sejak ada baby kecik aku punya tenaga berdouble-double recharge. Sekarang menyibukkan diri buat burger. Burger yg aku cakap ni special sikit sebab kecik-kecik comel. Not homemade burger, tak kuasa nak renyah. Mana yg kenal aku kan tak reti baking.

Burger yg aku cakap ni frozen burger by Timmie Mini Burger. Complete one set with roti + chicken patty. Kat sini aku ada offer sama ada ullos nak yg frozen atau yang ready to eat. Dua-dua aku buat. 

Baca juga "Mini Burger untuk birthday party"

  

Burger dia kecik-kecik macam ni. 3 kali gigit gone. Sometime, other kids kalau makan burger yg standard size kadang makan tak habis. Ada tu sorang satu burger tak cukup. So, Timmie Mini Burger bagi korang pilihan. Nak kecik-kecik comel macam ni I KAN ADA. hahahaha 

Before aku nak cerita naik tahta pandai buat burger. Pelik kan? buat burger je ponnnn..
ehhh jangan di pandang enteng pada orang yg buat burger. Sebenarnya kalau takde skill & ilmu yg betul, arang burger korang tu.

Hari tu ada masuk order untuk ready to eat (burger siap masak) untuk 100 biji mini burger.  Before ni pernah buat ready to eat tapi untuk makan sendiri & order from family. Kadang aku bagi FOC je sebab nak test market. 1st time buat 100 biji burger baru tahu tercirit buatnya. Prepare hour aku ambil masa 5 jam lebih. percaya? Jangan kata nak prepare is easy, cuba try test tengooook, tercirit ke tidak. 

ni aku tengah buat 100 biji burger + cheese. Kalau add cheese harga lain. Nak tengok pakej korang klik FB/IG yang aku bagi link kat bawah.

So, after settle buat burger aku share picture dengan my sifu. Sifu aku ni baik orangnya, cakap pun polite. Tak macam aku cakap memetir sampai orang flash jamban sebelah pun boleh dengar. Sifu aku ni dulu ex-stewardess Mas Airlines. Stewardess ni semua cantik-cantik belaka, cakap sopan, rambut sikat kemas, baju kemas, jaranglah jumpa yang tak cantik. So bila aku share hasil burger yg aku buat. Dia tak kondem. Dia puji dulu. After puji baru komen. That's good! Burger aku yg aku buat top atas tu tak kemas. Tak bentuk bulat macam burger. Aku punya burger terpenyek terbenam ke dalam Andaman Sea bahahaha. Nak bagi orang makan mesti nak kemas, cantik & sedap. Bila presentable cantik, baru ada selera nak makan.

For me, aku ok sangatttttttt. Aku tak anggap itu satu kecaman, tapi satu cabaran. 

ok takpe, aku sahut cabaran sebagai si pembuat burger yg cantik. Aku follow semua tips yang sifu aku ajar. Then, akhirnya aku berjaya melepasi tahap piawai. Tu baru sikit, banyak lagi yg perlu belajar. Bersyukur sebab di kelilingi dengan orang yang baik-baik. Jumpa orang baik itu pun satu rezeki.

Sebelum spam picture burger bebanyak, nak warning satu jee. Sila jangan jilat skrin picture udah laaa hahaa

hasilnya selepas 'learn from mistake'

walaupun burger ni kecik-kecik comel tapi rasanya ever super delicious. bahahaha. Kenapa sedap? sebab aku guna sos cili Kimball/Maggi, sos cili Kimball sesuai untuk kids sebab tak pedas berbanding sos jenama lain. Mayonis pula aku pakai Lady's Choice. Ada jual yg dalam paket besar, yg dalam botol kaca tu mahal sikit. Ada juga jual brand yg murah tapi rasanya agak masam. Aku suka letak keju sauce. Aku memang suka makan sedap & puas hati bila cooking sendiri, buat pun sampai puas hati jugak la.

Tips masak burger

Tips nak masak isi burger bagi juicy, balik-balik isi burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan daging tu. Siapa ajar? nanti jus daging hilang & rasa tak sedap. Masak je dengan low heat. Part bun pula korang boleh grill atau kukus. Jangan lupa belah tengah roti tu, macam tak biasheeee buat burger.

ehhhhh susah-susah meh sini je la aku masakkan. Order je Ready to eat. asssheeenaangggg

Mini burger siap di masak!


Regular box 25 biji RM50 (salad+sos cili+mayonis) nak add cheese pun boleh. for kids yang tak makan salad nak tukar kepada cheese pun tadek hal laah. Boleh, sis bagi.
 
yang takde topping harga RM 50(25 biji) and if nak tambah cheese add RM5/box. Topping pulak ikut jenis topping yg korang request. Kalau request heavy topping tak dapat la harga biasa. Macam ni tauke balak pun boleh miskin bahahahaha.  

kalau nak macam ni 25 biji RM55. Special letak cheese atas bun. 

super duper cute.. nak macam ni pon boleh. 20 biji RM50



Set mix Mini burger + sate kebab RM50 (30 biji burger + 20 cucuk sate kebab) Ikut korang nak berapa biji

Frozen Timmie Mini Burger

For those yang nak masak sendiri, frozen set pun ada jual. 1 set ada 20 biji bun + 20 biji chicken patty harga RM25. Korang boleh pilih nak roti rainbow/bun biasa. Perisa pula ada 3 jenis. 
🍔 Original
🍔 Blackpepper
🍔 Spicy
Biasa for kids orang amik original, tapi blackpepper dengan original tak jauh beza rasa dia. Tak kuat sangat pun blackpepper dia, just nice. Kalau orang tanya suka yg mana aku lebih suka blackpepper. Anak aku pula suka original. Senang2 amik je laaaa semua perisa. Sedap ni fleksible.

Produk timmie patty berasaskan isi ayam tanpa lemak. Patty frozen boleh tahan setahun dalam freezer. Roti pula expired 7 bulan. Specialnya roti boleh simpan dalam freezer (sejuk beku), nak masak defrost kan.

Rainbow bun
RM25 (20 biji roti + 20 chicken patty)

Original Bun

Macam ni rupa chicken patty dia. Bulat-bulat ikut saiz roti

Frozen sate kebab Timmie

For those yg tanya sate kebab ni rupa dia macam isi kebab tapi ada lidi kat tengah. Kadang pagi2 tak sempat nak prepare breakfast untuk anak2 ke sekolah, aku grillkan sate kebab. Makan 3 cucuk enough untuk alas perut.

1 pax RM9 ada (10 cucuk). If korang amik 3 pax terus jadi harga RM23. Jimat rm4. 

Ada 3 perisa:
🌭 Original
🌭 Blackpepper
🌭 Spicy

Ready to eat Sate Kebab

1 box RM50 ada 50 cucuk. So, kalau korang ada farewell party kat opis nak makan ramai-ramai sate kebab sesuai sangat. Nak prepare pun easy.




Aku cover area Wangsa Maju sek 1,2,4, Hospital Tentera Tuanku Mizan, Setapak, Genting Klang, Sri Rampai, HKL, IJN, Kampong Baru, Sogo, Chow Kit. Tak over 10km it's ok. Kalau yg jauh sangat ullos pun mara sebab charge delivery maaaaaahal. Better cari yg dekat with yr area. Cas delivery mengikut kawasan.

Again, Tq customer. 

Di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih (dah macam ucapan anugerah Meletops) pada uolls yang support, yang repeat order semua. Thank you all from the bottom of my heart, Alhamdulillah & terima kasih banyak2. InsyaAllah aku akan cuba baiki mana-mana yang kurang & boleh improve buat bermacam design untuk korang. Tolongkan doakan juga supaya aku keep continue what i'm happy doin. Doakan juga aku sihat supaya dapat buat burger banyak-banyak bagi korang happy. Apa-apaaaaa korang boleh DM aku kat ig atau whatsapp link kat sini https://wa.link/45ipxb Nanti dengan pantas kilat zaaaapppppp aku reply. Thank you so much guys!

FB : Mini Burger Timmie KL







7 Komentar untuk "Mini Burger sedap - mesti anak-anak suka"

Leka SA baca entry ni ha...pelik lama tenggelam- tenggelam sekali dia timbul ada entry comel macam ni..buat SA terliur je...kalau kita order leh hantar kat Plaza Sentral tak? hahahahah

SA: mood dah ok. hari tu mabuk kepayang yg dasyat. tgok pc pun nak muntah hahahhaa

alahai comel je semua tu, ciut miut semuanya

Aah, burger ni sedap. Akk suka patty dia tak tengit.
Anyway, all the best Suzie!

Dana: comel-comel semuanya hihi

PH: kak, mekasih tau, hope anak2 akak suka. yahoooo hahahah

Comel sangatlah burger2 nya. Sayang nak makan. Hu3.
BTW, salam perkenalan. Syu singgah sini tambah kenalan Blogger.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top