Program Keibubapaan Making Kolaj, Omak yang lobih2



Last weekend ada aktiviti ke ibubapaan untuk sekolah Azeq. Cikgu Azeq merayu2 dalam wassap group nak wakil 3 orang je untuk masuk pertandingan Kolaj. Lepas tu masing2 senyap, hahaa hari minggu kan masing2 ada hal. Aku pun dengan rela hati angkat tangan tanda setuju.

In my mind, haku ingat kan aktiviti melibatkan ibu bapa. 1 group ada ibu, bapa & anak. RUPANYA inikan aktiviti kanak-kanak, mak bapak di humbankan dok dalam dewan dengar ceramah program ibu bapa. Memang tak laa nak dok dalam dewan, kang Fina sape nak jaga. Nak dia dok diam dengar ceramah. ceittt. Aku pulak yo'o yo'o' je gi ajak adek, konon nanti 1 group dengan aku.ha ha ha Bongok!! Tu nama ye omak yang lobih2. Tekup muka dengan bantal, plezz !!


kolaj
Aku tak tau KOLAJ tu menatang menda, lepas tu adek antar gambor wassap. INILAH KOLAJ.
Main tampal2 gitu. Alah senang sangat kann, kacang goreng.

 
Di hari kejadian, dia buat perangai. Dak ni mengamuk2 taknak masuk pertandingan. Keluar kereta pun tak mau. Dia nak 'balik mah atok'. Aku pandang sambil ketap2 bibir, hidung nak kaluar asap tapi ku tahan bedah.

 
Someone got his new toys..again!! 

Lepas tu apak dia pujuk, bab pujuk memujuk bagi kat Amir. Kalau dengan aku, hangin je kang. i kan tiger MOM. Nak pujuk Azeq senang je. Kou belikan dia mainan, confirm sonyap. Nasib kat area situ ada 7E, punyalah mahal Kinder Joy ni. Nak dua lak tu, kopak bapak kou.

 
Mama dengan Fina, jenjalan.

 
Lastly, inilah group Azeq, Zehra & Damia. satu2 ye wakil tabika seksyen 2 
Pujuk dia tukar baju, lepas tu nak. Elok pulak perangai dia. yela dah dapat upah TOYS kan.

 
Ramai wakil dari Tabika yang lain.

 
inilah budak yang mengamuk2 tadi

 
Suruh budak boy yang buat, kou tau je lah. Main hentam je janji siap. Dia koyak2 besor, lepas tu tampal. Konsep janji siap haha. hadoi 
Time cikgu tak nampak, cepat2 aku tolong tampalkan bagi cantik.

 
Provokasi dari si adik. Kelakar tengok si Fina. Fina datang kat abang dia, siap cekak pinggang lagi, lepas tu konon2 marah nape tak buat. comeiii..

 
Dak kecik ni, lari sana sini tak hirau penat. Aku yang penat tengok dia lari 

Dia buat perangai lagi 
Lepas tu, time penyampaian hadiah. Dia buat perangai lagi. Dia taknak beratur ambil hadiah. Kalau program kanak-kanak macam ni,  menang atau kalah semua akan dapat hadiah. Aku tak heran sangat la kalau dapat nombor last pun. Kanak-kanak lain elok cantik beratur, dengar arahan. Dia lari sana-sini, aku ghase nak ku tangkap cubit montot kang. Cubit sedas kang, melalak tak hingat dunia. Boleh runtuh Batu Caves ni, padahal bukan sakit sangat pun. Melalak macam kena dera dengan mak tiri.

Last, sampai satu tahap, telinga dah keluar api, hidung dah kuar asap, fire je tak lagi. Sebelum gunung berapi meletus. Aku terus ajak balik. Tak payah ambik hadiah. Buat apa nak tunggu lagi kalau semua menda taknak buat. GERAM sangat. Balik naik keta asing2, pandai lak tu pilih naik keta dengan apak dia. Kalau naik dengan haku, sepanjang jalan memang kena syarahan la. Berzikir la cepat sampai.

Nak susu, sayu hati nengok muka seposen dia.
Sampai rumah atok, aku buat tak tahu je. So, sebagai denda tak boleh tengok favorite cartoon dia for the while. Datang dengan muka seposen, rupanya nak susu nak tido. Aaaaa cair hati bila anak nak susu. Buatkan susu, tak lama tu zzzzz. Sayu hati tengok dia tido dengan pipi tembam dia tu, nak je ku cubit2 rasa. Quality time masa dia tido. Tu la mak2 mencair bila tengok anak tido. hmmmm

Hari esoknya, kat sekolah cikgu bagi hadiah Azreq masa competition lepas. Cuma feel naik atas pentas dengan feel give by hand tak sama la. Feel tu yang penting. Tapi budak2 tahu pe. Janji dia dapat hadiah walaupun lambat. Ini nama ye OMAK YANG LOBIH2. Ha ha haa





-zie-
3 Komentar untuk "Program Keibubapaan Making Kolaj, Omak yang lobih2"

Cantekknya kolaj.. Pandainya Azreq buat...!

Hero-hero mummy pun suka kinder bueno tu.. mahai , tak padan ngan saiz.. Dulu selalu gak belikan skrg dah beso ganti ngan buku cerita hantu je.. hehhe :)

mengamuk2 pun cair juga diakhirnya ;-)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top