Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Vacation Sambil Berkursus & Misi Mencari Ikan Segar

Zie Azi | 19 May 2016,15:44 |
Hari tu aku pernah buat review entry pasal Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang ni. Kejap je masa berlalu. eh dah masuk bulan Mei kan. Eh dah kursus. Aku ada cerita penat lelah nak menjayakan kursus ni kat SINI, bukan senang HOKEY. Ingat best ke jadi AJK. Banyak kerja yang nak kena buat, bukan duduk saje. Apa yang kitorang dapat, dapat PENAT & dapatlah CTR (cuti tanpa rekod) 1 hari hihii. Tu jela yang manyedapkan hati.

So, kursus kali ni aku bawak dak kecik dua orang ni. Si Fina kalau nak tido masih 'mengempeng'. Nak kata 100% stop breastfeeding tak juga, sebab ada je susu keluar, tapi tak banyak yang boleh tadah 1 botol. Time tido je dia nak nenen, selagi tak dapat nenen selagi tu la melalak nak nenen. Aku pernah cuba konon 1 malam tak payah bagi nenen, sekali dia punya melalak sampai ke Paris boleh dengar, kesian pulak. Amir cakap 'ma, bagi la' Sumbat kejap, tak sampai 5 minit dah zzzzz, aloloo cian anak mama.

Katakan KALAU tinggal, nak sumbat nenen sapa pulak. Takkan nak bagi nenen apak dia, ceitt apa barang bukan mantap pun. Tu yang fikir panjang nak bawak ke tinggal, bawak @ tinggal. So the last decision BAWAK.

Si kecik ni, sampai2 terus main tepon. Biasalah tak pernah jumpa tepon cenggini. Sekarang tak pakai dah tepon rumah, hp siap sorang satu lagi.

Nasib ada bekalan, budak2 bangun tido terus lapar yek.

Standard, biasa ni disediakan kat Hotel.

Main tepon lagi, terus aku cabut wayar. heh pueh hati.

Main tepon lagi !!

 
Ready for sport day petang tu, anak2 aku hantar suruh mandi kolam. Apak dia jaga hihi. Memang bawak u untuk jaga budak2 pun hahah. cau.

Berendam tak hingat 3 beranak ni.

Fina & abah. 

Masing2 balik bilik kelaparan, dah macam ikan piranha aku nengok. Nasib mama bijak, dah stanby bekalan untuk depa, tau sangat dah mesti kebulur punya selepas puas berendam.

Program malam pulak ada MAKAN MALAM BBQ, datang sini pun untuk berkursus kan. Tapi yang best ye kursus boleh bawak family, janji tak kacou program kursus sudeh. Family buat hal family la, nak berkubang ke hape. Pakej makan, penginapan semua sendiri. Takde makna ye dapat free. Ingat besor sangat ke pangkat semua leh dapat free. Top-up sikit2 la mana yang tak cukup tu.

Sepanjang kursus camera letak tepi, ni je menu yang sempat snap. Ni pun menu breakfast.

Lempeng cicah kari, memang SEDAP giler ar. Wa cakap lu. Rugi makan nasi lemak awal2 tadi, perut dah penuh tak boleh sumbat lagi dah. Boleh masuk 2 keping je, itu pun licin takmo kongsi. Memang WIN SANGAT lah.

 Bergincu je anak dara ni, sampai kena belikan dia lips bam satu untuk dia.

Habis je kursus JOM CARI IKAN FRESH


Lokasi 
Dari HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG, SEPANG. Jalan nak menghala ke pantai belok kanan. Lepas tu jalan sampai hujung jumpa pasar segar Pantai Bagan Lalang. Macam2 ikan fresh ada.

ketam fresh
Waaa terkasima sekejap. Banyak giler ikan fresh. ahhhh KETAM

ikan segar bagan lalanag sepang

ikan segar bagan lalanag sepang 
Ikan kerisi, my favorite ikan WAJIB BELI. Aku dah cakap kat laki aku dalam seminggu ni kita makan ikan Kerisi je tau. la lalaa

ikan segar bagan lalanag sepang
Lale la la.....

jeruk pak ali sedap
Jalan2 kat pantai jumpa gerai jual jerok. Amir memang hantu jerok. Memang dia sorang je pun yang makan. Dia tayang2 kat aku, ingat aku terliur, memang tak hingin langsung.

ikan segar bagan lalanag sepang
Inilah hasil tangkapan tadi. Jadilah untuk 2 mulut makan. Budak2 bukan heran pun, depa tau AYAM, AYAM

tadaa siap dah, tak tau makan tengahari @ minum petang. Kejap je mama masak dah boleh ngap.




-zie-
2 Komen untuk "Vacation Sambil Berkursus & Misi Mencari Ikan Segar"

budak2 mmg suka ayam je..hihi..bestnya..fresh from the sea...

Bestnya kawasan Bagan Lalang ni dear...dekat pun dekat pandai cari hotel ada pool cun sungguh...syookkk

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top