Cerita balik kampung hari tu pun tak abeh lagi. Sebab settle kan hal kursus dulu. Now, baru lega dan relax sikit la.
Dah nak puasa, so masing2 kejar target masing2. Semua nak settlekan before puasa, dengan kursus, kenduri kahwin ye lagi. Minggu sudah buat kenduri tahlil kat kampung. Nenek nak sangat buat kenduri tahlil arwah atok kat rumah, setiap tahun memang buat tapi buat kat surau. So, tahun ni segala pak cik, mak cik anak cucu cicit turun padang bergotong royong buat kenduri kat rumah kampung.
Dah nak puasa, so masing2 kejar target masing2. Semua nak settlekan before puasa, dengan kursus, kenduri kahwin ye lagi. Minggu sudah buat kenduri tahlil kat kampung. Nenek nak sangat buat kenduri tahlil arwah atok kat rumah, setiap tahun memang buat tapi buat kat surau. So, tahun ni segala pak cik, mak cik anak cucu cicit turun padang bergotong royong buat kenduri kat rumah kampung.
Semua pakat balik Jumaat petang. Kitorang janji sape sampai rumah kampung dulu dia kena bersihkan rumah. Siap mop, sapu sawang, lap lantai, cuci bilik air. Habuk toksah cerita la, tebal se inci kou. Nenek pun dah tua, tak larat nak buat semua kerja tu. Anak cucu la kena
kerah tenaga buat kerja tu kan. Finaly, family Ucu dengan Wak Yati sampai
dulu. Depa la yang kena bersihkan rumah. Diorang cakap patah pinggang, bengkok kaki bersihkan 1 mah ni. Lepas satu azab,
kalau tidak kitorang la kena kemas. ha ha haa. i tak boleh, i ada anak kecik. nanti alergic. bluwekk alasan
Kitorang sampai malam, sebab singgah Maghrib kat Warong Soto Pasir Penambang
Kitorang sampai malam, sebab singgah Maghrib kat Warong Soto Pasir Penambang
pagi sabtu dah busy, semua ada tugasan.
Dulu pinggan mangkuk nenek punyalah banyak. Sekarang tah mana hilang. Dulu pinggan mangkuk ni orang buat sewa kalau orang kampung buat kenduri ke hapa. Diorang akan sewa pinggan mangkuk dengan nenek. Sejak arwah atok meninggal pinggan mangkuk tu pun tah mana hilang. Mak aku cakap 'orang bunian dah amik balik pinggan mangkuk dia' eee betul ke mak ni. MENAKUTKAN
Rewang time.
mak nenek pakai serkup tu bising je, dia suruh ambil mangkuk. MANGKUK. Aku buat bodo je, aku sibuk ambil gambar. eii i kan photoghafer free of charge. Senyum cikit mak tok nek.
ni kat dalam pulak, semua ada tugas. Takde yang duduk melangok kecuali mam besar NENEK.
Si kecik tu kejap je duduk situ, lepas tu lesap tah mana.
Satu2 ye nenek yang ada.
Harap nenek diberi kesihatan yang baik, panjangkan usia & dimurahkan rezeki. Nenek nak sangat buat kenduri kat rumah, dia cakap 'sejak arwah atok meninggal asyik buat kat surau je' so, tahun ni pakat anak cucu buat jugak kenduri kat rumah kampung. Cucu2 pun dah beso dan becicit pun.
Dak dua orang ni, kalau balik kampung memang tak dok dalam rumah la. Ke tanah je main, peluh busuk usoh cerita la, keti berdaki. GASAK bukan selalu depa dapat main kotor macam ni. Aku bio kan je. Nanti mandi comel la balik.
Menu ni je sempat snap, gulai nangka. Ini menu untuk makan tengahari. Menu lauk kenduri masak lain pulak. Korang boleh bayangkan tak banyak mana rakyat jelata sampai masak seperiuk, nasi sekawah.
Ikan pes bakaq, SEDAP sampai naik gila. Buat sendiri kan, taruk la sayur bendi banyak mana yang kou suka. Kalau agak2 nampak gemok, kembung je. haa tu aku la yang buat. Tak kedekut punya!! Makan sampai kenyang terbuntang.
Bakaq gini je, sudeh
Pes dia dah siap packet2 macam ni. 1 packet RM6. Ucu jenuh paksa kawan dia suruh buat jugak pes ni. Lastly buat jugak untuk si Nomie tu. Berani dia melawan, SINGA MELAYA ni.
Sedang kitorang sibuk rewang dengan tugasan masing2, ada yang basuh ayam, siang ikan, basuh periuk belanga lah. Tiba2 sepupu jerit ada ULAR!! Tolongggggg
Abah pun berlari datang bawak kayu sebatang, aku bayangkan ular senduk, ular sawa, ular jawa, ular tebu. eee TAKOT. Sekali sepupu cakap ULAR LIDI je. Semua macam ermmm ular lidi ke. Aku cakap eii ular lidi pun ular jugak la. aku tetap TAKOT !!
Kucing tu makan Ular Lidi tu, patut kucing tu dari tadi lari sana sini, rupanya nak tangkap ular. Dak demok ni nak jugak tengok ular, atok la jadi peneman. Mak aku bising marah atok dia 'buat pe bawak budak tu ke sana' Atok cool je 'bia la dia nak tengok' atok2 punya gaya memang gitu. cillek
Kenduri malam tu meriah, maklum lah lama sangat rumah tu tak buat kenduri. Ramai orang surau datang. Kat kampung tu ada 3 imam, tiga3 imam datang. Lauk macam biasa la lauk kampung campur masakan jawa. Memang berselera sangat.
aaa lupa nak cerita ni kat mana. Ini kat KAMPUNG PARIT 16, SABAK BERNAM, Sg Besar, Selangor. Mari le ramai2 datang sini tengok sawah padi. Sawah padi yang sangat cantik menghijau. Ada hari tu aku tengok, ada orang planet mana tah datang tengok sawah padi. tercium2, terbelek2, lepas tu cilok 1batang padi masuk dalam beg. Agaknya kalau boleh baring kat sawah tu pun dia sanggup. Aku rasa eeee batak gila tak pernah jumpa sawah. ha ha haaa. Aku memang membesar di sini, rasa tak heran sangat la. Tapi orang yang nengok tu naik PELIK la.
Sepanjang jalan nak balik ke KL ada banyak tempat makan yang best2 antaranya :
Satay Hut
Warong Mee Udang Banjir, Tg. Karang
Cendol Borhan
Cendol Bakar
Warung Ibu
Karipap gergasi.
Sekarang ada pulak 3D art muzium kat Sekinchan, tu belom terjah lagi. Watch out !!
-zie-
Tag :
Lifestyle
1 Komentar untuk "Kenduri Tahlil di Kampung, tiba2 Ada ULAR "
wow bestnya kampung anum next week
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.