Bukan senang nak organized sebuah kursus. Ni baru kursus untuk Jabatan belom event yang melibatkan protokol pak menteri, pak tok, mak tin, paling kurang ABPBH ke. errr.. biasa la mengila nak jumpa artis. Mana tau satu hari nanti boleh jadi one of part ABPBH krew ke. *giggle* dream some more.
Mula2 cari barang untuk buat kursus yang paling dekat UO dengan Mydin. 1st pergi naik teksi, tak nak bawak keta, alah bukan jauh sangat kan. Nanti nak pikir parking lagi. Plan mula2 buat hamper sendiri, tiba2 dah sampai sana dapat call from our PENGERUSI tak payah beli barang nak buat hamper. It's Ok. Then, tak lama selang beberapa hari, eh suroh buat hamper sendiri pulak. Kou ghase pe, ghase naik hantu la. Atas rasa tanggugjawab & SYMP dengan tak rela hati terpaksa pergi UO untuk kali ke-2 pulak. Kali ni terpaksa bawak keta lak. U know guys, baru tahu parking kat UO seram macam bangunan tinggal. Macam dalam cerita 'House of Wax' cer google cite tu memang seram. Parking yang sempit, penunjuk arah yang serabut. Memang tak laa nak pergi lagi.
Rupanya cik Tasha ni hantu coklat, dia nampak coklat Cadbury ni murah dia borong sampai 5 pack. Dia cakap kat rumah dia ramai yang makan, padahal 5pack tu semua dia punya. Wayang lebih nampak macam i tak boleh hidu acting u tu hahha
h
Nasib kali ni borong naik keta, kalau tidak ya hampun nak membawak balik satu hal nak tahan teksi. Terhencut2, tertonggek2 bawak barang. Yang jinjit kat tangan ada lagi tu.
Berfeluh2 nak menjadikan sebuah hamper. Bidang terjun main belasah je balut asalkan jadi. Tq Sarina, Nana, Mag Nanny, Ecah Monday & K.tun kerana membantu. errr abg Azzam, bole la membantu jugak, bantu menjaki jek keje dia.
Start dari mula nak menjayakan kursus kali ni, seriusly SANGAT PENAT.
Semua kena buat sendiri. Hamper pun kena buat. Saguhati untuk penceramah
pun kena buat sendiri. Pada mulanya, HADIAH kursus kali ni sendu je, antara nampak dengan tak je. Tiba2 melambak jadi banyak. Rejeki2. Lepas tu fikir satu hal, hamper yang tinggi2 besor ni nak membawak ke bas macam mana. Kat dalam HKL ni semua jauh2, start dari parking kereta sampai la lunch fikir nak makan ape, semua kena banyak jalan kaki. Kaki je kurus, badan tetap maintain gemoks, boleh gitu. Pendekkan cerita, bab hamper stettle sebab sape yang pergi sendiri minta tumpang bawakkan hamper. Jangan hamper2 ni semua habis dah kena kenduri dalam keta sudeh.
Kena sampai kat Hotel mesti pukul 5ptg, kali ni kena tegas, sebab kursus 2D1N je kan. Bagi aku, game petang tu pun tah hape2, sorry guys tak berapa seronok. hihii Plan nak buat 'tresure hunt'. Macam2 idea dah ada dalam kepala otak ni. Tapi lepas tu 'cancel' sebab nanti mesti uolls semua penat, sampai2 je terus nak main game berat2 kan. So 'team' plan buat yang simple2 je. Konsep asal ADA hahhaaa
Kesian sangat minah sorang ni, game makan cekedis lupa nak hulur air. Terkulat2, bolok2 makan terpaksa sodok jugak. Memang team AJK terlepas pandang bab air mineral tu, hihii. Corry2 cup ke, cup ke !!Tapi kalau uolls nak tau, korang tengah syok main game. En.Jamal kat belakang sedap belasah maggi hot cup. Dia cakap dia lapar..hahaha Apa2 lah, janji en.Jamal tak naik angin sudeh. nanti kitew cabut larik.
Acara malam pulak, MALAM ANUGERAH STOR FARMASI- Makan malam BBQ la. Pengacara pulak di jemput khas dari Milan, iaitu NEALOFAK dengan FAZURAH aaaaaa
Aku di tugaskan untuk menjaga slide show, dah krojer aku dok tekan2 je kan. Boleh duduk pulak tu, eh eh bagus tol bagi i job ni. Lagi2 makanan depan mata senang nou nak capai. After tekan2 next, sambil tu menyuap ke mulut. Lapor usah cerita la. Memang lapor weh !! Minta mangap ye kengkawan.
Pembuka tirai majlis, kita jemput retis dari Lombok. Zaitun Samehon dengan Zali M.Jais. Sedap giler depa yanyi sejibik macam penyanyi asal.
Yg ni gila karok, Azzam Vespa tah berapa kali naik atas pentas pun tak tahu la.
Kejap kang dia lagi, eh eh jap lagi dia. dia lagi. Gila kuasa tol. Nasib suara sedap macam Alleycats.
Sedang sibuk2, si Kecik tu leh pulak dok bawah keti en.Aw. Lain macam sangat dah ni. Tapi comel. hok kecik bawah tu je comel, hok duo atas jange perasan comel deh !!
Rezeki malam tu, dapat lucky draw. Anak bertuah tu suruh jugak bukak malam tu. Dapat toster, jadilah. Tapi hadiah idaman kalbu nak baucer RM100 plez, melepas.
Inilah satu2 ye gambor yang ada AKU, yang LOVING COUPLE belakang tu cibuk la.
Sambung dengan acara kemuncak
Lepas habis je acara formal, kami plan bagi suprise kat Ain J sebab dia last kat Stor Farmasi. Dia ingat kami suruh dia pulun 1 lagu. TAPI sebenarnya kami plan nak kasi touching2 sikit coz nanti dia pergi semua tu jadi 'KENANGAN TERINDAH' Tengok la video kat bawah ni. Sambil lap2 air mata
First at all, TAHNIAH !! Pn.Ain kerana kenaikan pangkat. Tapi pindah tak jauh, Hos. Selayang je. Setapak je dah sampai HKL kan hihii Still boleh contact wassap, ber fesbok. Sepanjang berkhidmat aku tak pernah kerja bawah pn.ain, TAPI satu unit pernah. TETAPI kalau aku dilantik untuk menjadi AJK, aku akan pastikan pn.ain pun mesti ada dalam team URUSETIA. Bagi aku bukan senang nak membentuk satu pasukan kalau tak de sefahaman. Pn.ain jenis akan bercakap kalau dia rasa tak betul, DAN dia suka bercakap. Kalau dengar dia bersembang sampai ke subuh belum tentu abeh. Ada je cerita, bab dari kasut, baju, sampai ke bab makan. Ape2 pun good luck & keep in touch k.
Last day kursus, sambung dengan aktiviti penceramah. Penceramah pun hapening, yang penting peserta kursus tak sempat nak tido. Asyik gelak je, ada tukang buat lawak tak dijemput.
Semua adalah JUARA.
This is our tulang belakang orang kuat STOR FARMASI LOGISTIK & KEWANGAN, HKL
Out team, UNIT KEWANGAN JAB.FARMASI, HKL
Dari kiri : Azzam Vespa, Nana Nurgaya, Dafina Nina, BOS, Ecah Monday, Miss Suzie, Cartoon, Mag Nanny & Nik.
Team Urusetia
Ada bermacam2 dugaaan dan rintangan dalam untuk menjayakan kursus kali ni. TAPI team Urusetia dapat atasi dengan semangat berpasukan. Kalau ada rasa tidak puas hati, akan cakap, tak simpan untuk esok, lusa, tulat, tahun depan ke. habis2 situ, takde nak bermasam muka ke haper. Esok jumpa boleh gelak bertepuk tampar lagi. Be profisional kan.
Kesimpulannya, setelah di postmotem bisik2 dalam wassap group. Mencapai 210% berjaya mencapai misi dan visi kursus. TERIMA KASIH kepada semua yang memberi kerjasama dan penat lelah dalam menjayakan kursus kali ini. Havoc sangat dengan peserta kursus yang SANGAT SPORTING.
Dalam sedar atau tidak, mungkin ada terkurang, kegedik's an terlebih ke, mohon maaf atas segala kekurangan diri. YANG pastinya yang sempurna itu datangnya dari Allah S.W.T & bermulalah untuk MENJADI SEMPURNA. takde orang dalam dunia ni sempurna iya dok. PERFECT tip-top 100%? Kalau rasa ada yang faham2 lagi, meh sini azan sikit kat telinga tu bagi faham.
What ever it's is, yang penting tahun depan tobat tak nak jadi AJK dah, carilah orang lain. Jadi penasihat je tak per. hahaaa PENAT weh..
Tah2 tahun depan ada lagi ke tak *ngegee
Tah2 tahun depan ada lagi ke tak *ngegee
-zie-
Tag :
Lifestyle
0 Komentar untuk "it's Begining | Kursus Stor Farmasi 2016 | End Happy Ending"
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.