Roti John Cheese sekilo, Taman Bukit Teratai Ampang



Sekarang tengah viral kat fb Roti John Cheese Sekilo kat Taman Bukit Teratai, Ampang. Hari tu aku ada share gambar roti john cheese sekilo kat group wassap. Kebetulan kedai tu dekat dengan rumah Sarina. Dengan pantasnya Sarina suruh laki dia pergi beli kat Taman Bukit Teratai, Ampang. Berani laki dia lawan perintah kalau bab makan. Tengok saiz tanganlah sekali dia tunjuk penumbuk, lebur macam cheese kang. Dengan 'saya yang menurut perintah' SYMP laki dia beli sampai 4 ketul sayang bini punya hal.1 ketul bawak pergi opis. Ingat jugak kat kami na. Muahh ciked mentayang mokmok!! *Mau kena luku dengan jiran sebelah ni.

Roti John Cheese sekilo, Taman Bukit Teratai Ampang 
Kalau nak cheese lebih RM10, harga biasa RM4.50

Rasa roti john cheese sekilo ni tak mengecewakan walaupun keesokkan harinya bawak pergi opis, kami panaskan dalam microwave, cheese tetap leleh walaupun tak sehebat makan kat kedai. Pantang hidang, kejap je dah tinggal pinggan kosong. Kat office ni apa yang tak habis, tolak batu dengan kayu je. Seronok kan makan rebut-rebut.

Roti John Cheese sekilo, Taman Bukit Teratai Ampang
Sumber FB, tengok cheese dia meleleh air liuq tengok. Melekat macam hingus.

Hei..hei kamu! kamulah yang tengah tengok tu. Lap air liur kat bibir dulu, malu dek orang nengok yer..

Roti John Cheese sekilo, Taman Bukit Teratai Ampang 
Cenggini rupa kalau makan situ, sedap dan puas. Makan time panas-panas cheese tengah mencaiyaq memang laju la, makan rebut-rebut sampai speed gear 5 tak hirau dah orang kiri kanan. Air pun ada, kalau beli tiga RM10, satu RM3.50/pcs. Lebih kurang macam air pirate coffee la rupa dia.

Tak tau nak describe nama kedai apa, nak senang waze je lah.

129 coffee & burgers 
Taman Bukit Teratai, Ampang 

017-555 1790
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Lunch pulak kitorang plan nak makan kat cafe UKM. Nak makan and nak lepak situ, asyik terperap dalam opis pening kepala menghadap pc. Sekali sekala nak jugak hirup udara segar. ecececee poyo sangat. Setakat ni ranking tempat makan yang paling sedap adalah cafe UKM la. Sedap dan mengikut citarasa dan yang paling penting murah pulak tu. yela situ kan ramai student, HKL dengan UKM kan jiran, so sambil-sambil lah.

keu tiar ladna 
Keu Tiau Ladna - RM5

sizzling yee mee
Sizzling yee mee - RM5 
Tak kedekut, isi dalam punyalah banyak.

Dah kenyang moh kita balik office



-zie-
Tag : Food
5 Komentar untuk "Roti John Cheese sekilo, Taman Bukit Teratai Ampang"

wow...wow...wow...akak bab cheese2 ni memang laju je ailio mengalir...maklum la ada darah campor memang gitu kan...selalu kalau nak makan cheese leleh2 gini makan kat pizza jelah pon...kueh tiow ladna tu pon nampak wow gak... :p

sedap kak,akk pun bolh buat sendiri hahaha

Hirm hurm sedapya roti john tu!!!!!!!! Tp kalau lah ampang dengan loqstaq ni sekangkang kera aje alangkah bahagianya nguuu

kat loqstaq lg bnyk makanan best2..laksa kedah sedap gilosss

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top