Review Hindi Movie - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Review Hindi Movie

Jepun Mari | Tuesday, 17 September 2019,09:16 |
Review Hindi Movie
sumber google

1. Pink - 2016
Rating : 8.2/10
hero : Amitabh Bachcan

aku suka cerita ni.. tengok rating pun tinggi. tajuk je macam pelik..

Pink adalah kisah 3 orang gadis India yg moden bertemu dengan Rajveer and the geng di suatu konsert. lepas habis tengok konsert hat jantan ni ajak 3 orang gadis ni lepak kat satu tempat untuk sembang2 sambil minum arak. yg jantan-jantan ni berniat jahat nak try kot-kot dapat buat seks dengan pompuan2 ni. 

Rajveer dan kawan2 nya assume gadis India yg berpakaian moden adalah sosial atau kata lain pelacur. Minal Arora bertindak ganas dengan mencederakan salah sorang jantan tersebut dengan ketuk botol kaca kat kepala Rajveer. 3 orang gadis ni membuat keputusan untuk buat laporan polis terhadap Rajveer and the geng atas tuduhan mencabul. 

si Rajveer ni pulak anak menteri, sebab pengaruh politik bapak dia kuat.. so kes twist cubaan untuk membunuh padahal yg gurgirl ni try to protect herself dari di rogol.

kawan gurgirl yg dua orang tadi macam dah putus asa sebab takde peguam pun nak amik kes diorang. biasalah kes anak menteri ni banyak makan suap. kes jadi berat sebab apa? bila anak menteri buat salah kes tutup. konon diorang dari keluarga yg baik2, tak sosial, tak minum arak, tak main pompuan. KONON.

datang la peguam pencen Deepak Sehgal yg dah tua (umur macam Tun Mahathir) nak tolong dorang. tahu sape peguam tu? Amitabh Bachcan. Deepak ni dulu hebat sebagai seorang lawyer

tapi kat sini aku rasa ada kurang sebab tak ceritakan Deepak ni hebat tahap mana. patut kat sini hinglightkan Deepak ni pernah handle kes besar2 ke. 

dalam perbicaraan memang best, kes perbicaraan boleh twist tuduh 3 orang gadis ni dicirikan sebagai pelacur peringkat atasan. perrggghhh kwang ajor!

cerita ni bagus untuk di tengok. bagi bukak sikit mata-mata yg pandang serong terhadap wanita berdikari. tak semua orang yg kita nampak buruk, pakaian moden, berseluar jeans, bertatu, tindik hidung, tindik mulut, adalah perempuan murahan. sebagai kaum yg sentiasa di anggap lemah, wanita boleh mendapat kekuatan luar biasa apabila dirinya tak dihormati. aku rasa wanita patut tengok cerita ni, kadang dalam tak sedar kita ni di cabul dan malu untuk ke depan.

aku pernah pegi keje naik bus (time bujang keje bank dulu). dulu naik metro bus. selagi tak terjongket bus tu selagi tu sumbat orang. dah padat orang ramai berhimpit laki pompuan. tiba2 elok ada rasa satu tangan lalu kat pungkoqq.. aku pandang belakang mamat indon. time tu macam banggang dah kena macam tu boleh diam. rasa takut, malu. memang sial setan babi! haah lepas dari tu aku berhati2 & pernah terjadi aku jadi berani. aku jerit kuat2 biar semua orang tahu. aku tak malu. yg dapat malu si peraba. kalau ingat balik rasa geram nak pijak2 muka tu. memang kepala duduk bawah tapak kasut aku saiz 6.. siap lenyek2 macam pisang. berani meh la lawan dengan orang ada blue belt. (nak sampai black belt jauh lagi, dapat blue belt pun jadikkkkkkkk laaaaaaaa) kah kahhhh kah



Review Hindi Movie
sumber google

2. Shamitabh - 2015
rating : 6.8/10

Kisah dua orang bersatu untuk satu tujuan, tapi perbezaan mereka menyebabkan mereka hanyut kerana ego. cerita ni tentang turun naik isndustri filem yg mengekpos kecemburuan masing2 untuk menjadi bintang filem terkenal.

Danish seorang yg bisu tapi mempunyai bakat dalam bidang lakonan. dia berbakat tapi bisu, macam mana nak belakon kan. lepas tu ada satu teknologi canggih yg buat orang bisu boleh bercakap. tapi kena pinjam suara orang lain untuk bercakap. maksudnya apa yg orang lain cakap akan keluar suara kat si bisu.

Danish gunakan suara Amitha Sinha (Amitach Bachchan) untuk popular. Sepanjang jadi pelakon Amitha ni sentiasa ada dengan Danish. kalau Amita takde, Danish tak boleh cakap. senang citer di sebalik kejayaan Danish ada Amitha. dengan populariti yg Danish ada dia menjadi semakin sombong.

bila dah makin popular diorang selalu gaduh. masing2 ego. dah marah sangat Amitha cakap 'ko akan dilupakan bila suara aku hilang' then, papp diorang excident.

nak tahu kisah sepenuhnya, korang tengok sendiri la ya



sumber google

3. Dangal - 2016
rating : 8.4/10
hero : Amir Khan

aku suka Amir Khan belakon. nama pun lebih kurang dengan nama laki sendiri.

movie ni aku selalu tak dapat tengok dari mula.. dah pertengahan baru layan.. nak mengadap 3 jam tengok cerita hindustan memang mustahil.. tv selalu kena konker

so, hari tu aku dapat tengok full.
cerita ni base on true story. Kisah benar ahli gusti wanita yg mendapat tomahan dari masyarakat sekeliling. kisah benar macam ni jarang tak hit.

Mahavir (Amir Khan) seorang ahli gusti yg bercita2 untuk mendapatkan pingat emas untuk negara India dalam sukan komanvel. dia melatih 2 orang anak perempuan dia untuk jadi ahli gusti wanita. Mahavir telah mengubah persepsi segala budaya wanita India yg dulunya hanya duduk di rumah & dapur.

dalam cerita ni banyak mainkan emosi. emosi seorang ibu/bapa. emosi seorang kanak2 perempuan. zaman kanak2 diorang banyak habiskan masa untuk latihan gusti. paling aku rasa kesian bila Mahavir potong rambut anak perempuan dia pendekkkkkkk gilerrrr, tinggal seinci. nak sikat tepi pun tak lepas. lepas tu emosi kena ejek dengan kawan2 sekolah.. cakap dia tomboy.

atas usaha Mahavir yg gigih, Geeta & Babita telah berjaya mewakili India dalam arena gusti peringkat Antarabangsa. Kemenangan mendapat pingat emas dalam sukan ahli gusti berjaya mengangkat golongan wanita dalam bidang sukan ke peringkat Antarabangsa.

cerita ni best! nak tahu kisah selanjutnya, korang kena tengok.

Tag : Tamil Movie
10 Komen untuk "Review Hindi Movie"

Satu pun tak tengok lagi.. hehehe.. nak try tengok tapi belum berkesempatan lagi.. yan first dengan last tu memang tahu dapat review best.. yang no 2 tu first time tahu..

Dua- dua tu tak tengok lagi...macam menarik jer citer dia lepas baca sinopsis..

Pink tu mcm kena tgok jugak je. sbb hritu pun ada tgok review kata best. Dangal tu sumpah best. 10 kali tgok 10 kali nangis. haisssh takleh la based on true story ni haha menusuk jiwa hehehe

Sha : ni pun berapa kali tengok baru dapat habis cerita.. bnyak kali pause. start. pause hahaha

SA ; tu la kadang2 layan gak.. jalan cerita dia best. takde la cinta cintun memanjang

Ain : pink tu mula2 macam boring sikit. dah tengah baru best..

Anum ; jom layan tamil pulak heheh

Lama dah tak layan citer hindi. Last layan movie bajrangi bhaijaan rasanya.

Nanti nak tgk cerita Pink tu..ammi memang minat dengan actor legend ni.

Dangal tu ammi dah tgk...best

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top