Minggu lepas mak abah pergi layat orang meninggal kat Serting, Negeri Sembilan. Layat tu dalam bahasa jawa, macam menziarahi orang meninggal la. Mak abah pergi berdua je. Dapat berita dah petang, dari KL ke Serting ambil masa lebih kurang 2 jam la. Sampai sana dah kebumi dan nak senja.
Mak abah pun terus ke kubur, dan maghrib pun kat rumah yang meninggal tu. Yang meninggal tu pun isteri anak buah abah. Meninggal sebab sakit stork secara tiba-tiba, berubat sana sini ulang alik dari Serting ke HKL, elok sekejap boleh jalan tapi tak boleh cakap, tekak dah tebuk. Tapi arwah kuat semangat sebab si kecil masih menyusu badan. Hampir tiga tahun melawan penyakit, tapi Allah lebih sayangkan dia.
Sedih mak cerita anak yang bongsu yang menyusu badan tu dah tiga tahun, menangis tepi kubur masa arwah tengah kebumikan 'mak, mak'... sedih anak kecil yang tak tahu apa-apa dah kehilangan ibu. Ishhh bergenang pulak mata ni..
Ceritanya bermula di sini, lepas maghrib mak abah pun gerak balik dalam pukul lapan. Bajet masa sampai rumah dalam pukul 10.30 malam.
Keluar dari rumah nak jalan hala ikut highway. Tapi jalan nak ke highway tak jumpa. Jalan jadi sunyi, jalan berkabus. Kereta dari arah bertentangan takder langsung. Radio pasang, tiba-tiba jadi kuat berdentum, terus mak tutup. Aku tengok kau, kau tengok aku. Dah sunyi menyepi hanya dengar cengkerik jalan je.
Jumpa satu warung kedai, ada dua orang perempuan tengah lap-lap meja makan. Abah pun berhenti tanya tapi tak turun kereta la. Tanya jalan nak ke highway Lekas, yang peliknya sorang perempuan tengah lap-lap meja tak pandang abah mak langsung. Sorang lagi tengah jawab soalan abah tapi yang peliknya perempuan tu duduk menghadap hutan, hanya kepala je toleh, badan tak. Mak abah tak terfikir apa-apa yang pelik pun pada masa ini.
Pelik kan, kat tengah-tengah hutan ada warung makan?? Ada orang makan ke?? Ada orang singgah makan ke?? tapi mak abah tak terfikirpun itu bukan orang.
Lepas tu jalan lagi ikut apa yang perempuan tu kata. Lepas tu jumpa ada dua buah kereta depan abah. Abah cakap 'ada pun kereta lain boleh la buat kawan jalan, mana tahu dia tahu nak ke highway' Sedang abah follow kereta tu, tiba-tiba dua kereta tu belok ke kanan, abah cakap 'eh, ada rumah ke kat dalam hutan tu' Abah tak ikut kereta tu, Tapi apa akan jadi sekiranya abah ikut kereta tu ???
Mula-mula dah lalu Jeram Toi, lepas tu eh lalu lagi. abah cakap "eh bukan dah lalu ke Jeram Toi ni tadi"
Masa tu abah pakai songkok, campak songkok kat tempat duduk belakang. Mak pulak yang meremag bulu roma. Tah-tah BENDA tu duduk tempat belakang..??
Hampir dua jam abah mak di sesatkan. Barulah mak abah sedar macam ada benda yang tak kena. Mak pun baca ayat kursi tak berhenti-henti minta pentunjuk dari Allah.
Adek ada call mak tapi adek dengar mak cakap tengah beli buah langsat. Adek gelak la 'hahaha buah langsat' Padahal mak cakap mak sesat ni.??? Lepas tu hp off..??
Mulut mak tak berhenti dari membaca ayat suci Al-Quran dan minta petunjuk dari Allah. Lepas tu jumpa sekolah dan ada seorang guard kat situ, tanya jalan nak ke highway. Guard tu bagi derection depan ada jalan belok kanan.
Abah jalan la tapi jalan tu jalan mati. ?? Abah jumpa orang bawak kereta TNB, tanya lagi orang tnb tu. Dia cakap 'pak cik depan tu takde jalan, jalan mati. Meh saya tunjukkan jalan nak ke highway.' Abah pun ikut kereta TNB tu, dan Alhamdulillah jumpa jalan nak ke highway.
Abah nampak je jalan nak ke highway mulut abah mak tak berhenti cakap syukur alhamdulillah ya Allah, syukur.
Abah mak sampai rumah dalam pukul 1 pagi. Cerita mak ni sebijik dalam cerita "Jalan puncak alam" Aku pernah tengok cerita ni, seram jugak la. Ingat dalam filem rekaan semata-mata je, rupanya realiti betul-betul berlaku. waaaa takutnya.
Dah sampai rumah, baru abah cakap 'kat bonet kereta ada tanah'. Mak pun menyirap darah 'TANAH APA' tapi tanah baja pokok. ??
Mak kata mungkin kasut abah melekat tanah kubur, abah tak bersihkan. dan kemungkinan juga lepas orang balik kubur kena mandi, mungkin juga dari kubur terus balik KL, dah jalan jauh kan.
Mak ada tanya ustaz, masa malam perjalanan balik tu ada benda yang mengikut, mungkin duduk atas kereta.. SERAM BULU TENGKUK WEHHHH
Walau bagaimanapun, semua yang ada di muka bumi ini adalah mahkluk Allah, dan syaitan itu akan sentiasa menyesatkan manusia. Kita manusia yang lemah sentiasa beriman dan di beri petunjuk dari Allah s.w.t
WALLAHUALAM
-zie-
............................................
Tag :
Lifestyle
4 Komentar untuk "Masuk ke 'alam' lain"
Ya Allah seramnyeeee...memang ada je akak baca pengalaman orng2 yg di sesatkan jalan camtu dik...part tanye pada pompuan kat warung tu dgn jalan berkabus2 paling seram kot.. T_T
meremang juga bila baca entry zie nie
slalu sy tengok cerita seram je,ni mak abah sendiri yg alami,mcm terkejut jugak la
masa mak cerita tu tengah mlm,meremag trus sy.alhamdulillah mak abah dpt balik dgn selamat.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.