Bercuti di Bukit Gambang Water Park, percutian bajet



Penutup akhir tahun 2015 moh kita ke bercuti ke Bukit Gambang Water Park. Percutian kali ini under KRT Kampung Melayu Sri Gombak. Namapun percutian bajet banyak yang dicover oleh KRT, Aku hanya bayar RM100x2 dewasa dan kanak-kanak RM50, total RM250.00. Itu dah termasuk pakej makan, penginapan dan tiket masuk Water Park. Jimat gila kan. Siap bawak mak, abah, adek pun ikut sama dah cut-kos kat situ, segala family ikut.

Kalau kos sendiri :
Tiket masuk water park : Dewasa RM 32.00-13 tahun ke atas
Kanak-kanak RM 22.00
Kalau ketinggian bawah 90cm, masuk free

Caribbean Bay Suite
Penginapan Studio Suite (min 2 adults -1 bedroom) : RM148.00
Penginapan Family Suite (min 4 adults - 2 bedroom) : RM135
'Anggaran sahaja'

Kalau nak jimat lagi, rajin-rajin tengok web Bukit Gambang Resort City kadang-kadang ada promotion booking. Lagi-lagi time krismas ke, ada package rate 2D1N ke DAN kalau Bukit Gambang ni termasuk list holiday the year rajinkan lah diri pergi ke MattaFair, situ lagi macam-macam percutian yang boleh di rancang.

So, budak-budak pun dah tak sabar nak terjun dalam air, aku dah siap pakaikan budak-budak sunblock. Tepek banyak-banyak kat muka, kaki dan tangan. Kang hitam legam pulak balik kl.

TRAM TRAIN

Bercuti di Bukit Gambang Water Park 
Tram train pun dah sampai, tram ni sentiasa ada. Tak payah risau. Naik je macam shuttle, Water Park dengan apartment kami sebelah je, tapi kalau jalan kaki banjir ketiak woiii

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
Tram train ni setiap row ada pintu, yang special nak naik siap ada orang tolong bukakan dan nak turun pun ada orang tolong bukakan pintu. 

Cerita naik tram ni, abah ikut pintu depan ingat boleh la tembus ke belakang tempat kami duduk, rupanya jangan mimpi dapat ke belakang. Setiap satu kerusi ada satu pintu. Di sebabkan abah duduk depan, boleh la abah ambilkan gambar kitorang..hahaha ada hikmahnya abah ikut pintu depan.

PENGUIN ISLAND

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
Isi perut kenyang-kenyang dulu, Azreq dah tak sabar nak berendam sampai makan pun dilupakan. Mak apak je mentalahap. Nasiblah, janji mak kenyang. Makanan tak dibenarkan bawa masuk hokey. Air mineral roti boleh la bawa masuk. Aku lupa strategi aku nak seludup makanan. Duit pun tak bawa, lupa weh. Dah tercangak kelaparan.

Bercuti di Bukit Gambang Water Park 
Nampak tak yang berkumpul bawah air tu, tunggu ikan pirana tu muntahkan air. Bukan budak-budak je yang suka, mak apak budak pun suka, termasuklah aku..haha Siap ada yang berlari semata-mata nak dapatkan muntah air pirana tu.

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
Semua tunggu ikan pirana tu muntahkan air.

 kat sini banyak kolam air, so jangan risau orang akan tertumpu satu kolam je. Gelongsor ni pun aku main, peduli hape, mak budak main hahah

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
Sedang syiok main, si kecik mengantuk pulak nak tidur, lama pulak dia tidur ye. Aku duduk la tepi jaga barang.

Bercuti di Bukit Gambang Water Park 
Haaa kan dah lapar, mengelupur selongkar beg cari makanan. Duit tak bawa pulak tu, kalau tak dapat la beli Maggi cup sedas ke.

Bercuti di Bukit Gambang Water Park 
Bedal roti dua buku, kalau tak jangan harap nak makan roti tu, pandang pun tak hingin. Sebab dah lapar sangat, roti pun roti lah. Comel sangat muka budak kelaparan, jangan salah mak apak dia, diri sendiri yang tak nak makan.

 COCO BEACH

Bercuti di Bukit Gambang Water Park

 kat sini ada Coco Beach siap ada ombak palsu lagi. Ni kawasan berpasir, konon ala-ala tepi pantai la. Azreq suka main kat sini sebab dia cakap boleh berenang macam abah..wekkk

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
Hai, budak ni dah bangun. Muka macam tu la. Tak nak senyum

6 LANE RACER SLIDE 

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
   Lepas tu adek beria-ia ajak aku main satu permaian, dia cakap permainan gelongsor yang sangat best. Dia cakap baju tak basah sangat, muka je basah lencun. Aku pun ikutlah dia. Rupanya SIX LANE RACE Sekali tengok gelongsor cenggini rupa, curam menjunam. Ketak lutut rasa nak patah balik pun hader. 

Adek dah pesan siap-siap 'ko jangan tak jadi pulak' Aku pun berani takut je tu, akhirnya berjaya jugak gelongsor walaupun itu lah first and the last aku naik, rasa nak tercabut jantung sempat aku capai balik. Masa turun menjunam aku pejam mata, jerit usah ceritalah. Kalah tarzan hutan. 

Tak kan naik lagi. SORRY. Takut wehhh. Tapi kira aku berani jugak menempuh cabaran ni. Trofi untuk diri sendiri.

Rupanya, sebelum tu adek dah ajak mak naik. MAK yang di ajak ye naik, confirm la mak tak nak weh. ngok betul hahahaa Salute kat ko adek naik sampai dua kali, lepas tu dia nak naik lagi. Aku turun cepat-cepat kang kena paksa teman dia gelongsor lagi..hahaa
  
Bercuti di Bukit Gambang Water Park
 sumber pic dari azuanzahdi.com
Ada bran tak!! Ramai budak-budak kecik berebut tunggu turn nak naik benda alah ni, salute la kat korang yang naik banyak kali.

Bercuti di Bukit Gambang Water Park
sumber google 

Kat sini ada banyak aktiviti gelongsor, main la sepuasnya. Bukan untuk kanak-kanak je. Mak apak budak pun boleh main sama. Main sampai kecut tangan kaki.

Lebih kurang 5 jam dalam tu, dah cukup tu moh kita balik. Masing-masing dah kelaparan jom balik, jom balik !!hahaha

Boleh dikatakan semua permainan yang kami main takde gambar Bawak camera tapi simpan dalam loker, masing-masing dah seronok hilang tah ke mana. Sebelum balik KL nak pergi Pantai Teluk Cempedak, lama tak jejak sana.







-zie-
2 Komentar untuk "Bercuti di Bukit Gambang Water Park, percutian bajet "

BEST KAN...G MASUK ZOO DIE SKALI..MMG ADVENTURE SGT...tapi pastikan pkai kasut atau selipar..sbb kena jalan tu penat..hehehe

tp sy tak masuk zoo,budak2 dah penat berendam haha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top