Majlis persaraan bos,lampu lantern murah di Kaison



Minggu lepas minggu yang sangat busy, dengan nak prepare majlis persaraan bos and closing account lagi, kerja yang bertimbun-timbun atas meja terpaksa ditinggalkan kejap, as usually akhir tahun memang kami macam ni, berperang dengan kerja yang never stop. Selagi celik mata kerja! kerja! kerja!..

Last Friday, i had event at at the office. Majlis persaraan ni sambut 3 orang staff sekali. Tapi untuk Jabatan Farmasi sahaja..haaa vasss class tak, untuk Farmasi je, banyak duit Farmasi buat majlis persaraan besar-besaran macam ni. Ini semua dari Kelab Farmasi sendiri. Nak prepare majlis ni pelbagai dugaan rintangan yang datang. Bukan mudah nak bekerjasama untuk menjadi sebuah majlis yang sempurna.

Aku and the team part hadiah dan hiasan dewan. Tengahari time rehat lari pergi cari hadiah yang nak berpindah, Lepas tu hadiah untuk yang bersara terkecik pulak, beli online dalam gambar nampak besar tapi bila dah dapat kecik pulak. Lepas tu pergi top-up beli hadiah lain, macam-macam kan.

lampu lantern murah di kaison
Ini hiasan dewan makan, sebenarnya ni lobi. Tapi bila dihias jadi nampak cantik dengan hiasan lampu lantern yang tergantung-gantung tu. Lampu lantern tu beli kat Kaison. Yang kecil RM2.90 yang besar sikit RM3.90.. murah kan.

lampu lantern murah di kaison
Lampu lantern Kaison

bluberry cake sedap
Yang bersara ada 3 orang so kek pun tiga lah. Ni kek ape tah namanya. Tapi bila makan ada biji-biji buah naga meletup dalam mulut, sedap weh

bluberry cheese cake sedap
 Ini bluberry cheese kek kot, ni pun sedap.

chocolate cake sedap 
 Ini  Chocolate Moise Cake, ni pun sedap. Tiga-tiga kek sedap.

satay sedap di kampung baru
  Menu majlis satay ayam
Satay pun sedap, gemuk-gemuk sataynya, RM.0.80

satay sedap di kampung baru 
 satay daging

satay sedap di kampung baru 
Menu makanan nasi minyak, ayam masak merah, dalca, dan set lain 

ice cream
ice cream ni memang sedap, siapa yang nak order/sewa ke boleh call En.Fadzly bin omar di 012-645 3443 Taman Samudera, Batu Caves. Boleh pelbagai majlis, majlis kenduri kahwin, birthday party ke.

ice cream
Ice cream macam kat marry brown sedap bak hang.

barang murah Kaison
Sesibuk manapun, sempat selfie. Tak payah poyo sangat Nana, Mek Jemah

barang murah Kaison
 K.A.M.I happy bila semua kenyang

barang murah Kaison
 Tinggal pinggan kosong, licin perabih.

barang murah Kaison
Semua ceria bila bos bersara, oopsss

     tudung fareeda

Tema majlis purple, so malam tu punggah almari cari baju apa yang ada colour purple. Boleh la tu, ada purple sikit-sikit. Pagi before pergi kerja, paksa Amir tolong ambilkan gambar sebab just nak tunjuk kat kak Sha je because hari tu dah janji kalau pakai Tudung Fareeda ni dia suruh selfie.. subuh sepieee aku dah selfie kak oii. Mata pon tak berapa nampak, sepet

Tq kak Sha kerana belikan tudung Fareeda ni..hahahaa (gelak penyamun)






-zie-
............................

10 Komentar untuk "Majlis persaraan bos,lampu lantern murah di Kaison"

Kek dan aiskrim nampak sedap sangat.

sudeh laaa yg lain2 tu control ayu. i mmg natural. bahahahaha.
comeiii u pakai tudung tu. alaa zie, no need to mention lah pun.. akk saja jaaa suh selpie...cumellll..nnt ada rejki, i cari lagi k.. :)

sudeh la k.sha,saja cop line depan nak interframe.haha
kalau ada nealofak ke jual prelove k hihii

ida pon salu cari barang deko dekat kaison. murah ya hamat!!! nak nak kaison besar gile dah ade kat Sunway Mall, tiap kali jumaat terjah! ahhahahhaa

pergi kaison xbolh ckp kejap,comfirm lama.benda yang tak patut beli pun terbeli jugak..haha

Amboi! meriahnya farewell.
Bukan sepatutunya farewell sedih ka!?? ngeh!..ngeh!ngeh!

wahh..bestnyeee..puas hati makanan tu semua :)

oupss,sedih tang ucap jah,makan semua happy hahhaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top