Hotel pantai puteri, Melaka



Hotel Pantai Puteri, Melaka | Pergi sini bukan untuk bercuti tapi ada kursus. Setiap tahun mesti wajib dalam kalender ada kursus ini. Nak buat family day untuk unit sendiri tak mampu. So, anggaplah macam family day. Kursus santai boleh bawak family, boleh bawa anak-anak tapi kos untuk penginapan akan dapat lagi murah sikit sebab pakej dengan kursus. Tapi yang bawa family bayar sendiri daa tak de sape nak payung. Bukan senang nak dapat peluang macam ni sambil berkursus sambil bercuti.

Tapi tahun ni, aku tak bawak family. Itu yang tiap-tiap malam rindu kat budak-budak. Biasa tidur mesti berbantal peluk Azreq and Fina, mana pernah berpisah dengan dorang. Aku pergi kedai sekejap pun, telefon tak berhenti ringing. Asyik tanya 'bila mama nak balik'.. tak senang nak shopping la hoi..

Tahun ni, kursus kat Hotel Pantai Puteri, Melaka. Jadual pack gila ingat malam dapatlah keluar merayap ke bandar Melaka, tapi tak sempat. Habis program balik bilik rehat. Penat tau.

Hotel pantai puteri, Melaka
Hotel ni mengadap pantai, lepas berkubang kat pool sambung berkubang kat pantai pulak, seberang jalan je.

Hotel pantai puteri, Melaka
Main entrance

Hotel pantai puteri, Melaka
Pool ni ada kat belakang Hotel, privacy sikit. Kalau nak kuak lentang lama-lama pun boleh. 

Hotel pantai puteri, Melaka
 our room, aku sharing dengan Nana. Dia pun rindu kat anak..haha

Hotel pantai puteri, Melaka
blog

Hotel pantai puteri, Melaka 
Pembahagian group, poyo tah hape dibincangkan.

Hotel pantai puteri, Melaka 
Ini aktiviti junjung belon tu, siapa yang paling lama dapat bertahan group itu akan dapat markah full..hohoo

Hotel pantai puteri, Melaka
Junjung macam sireh junjung, tapi syarat mesti pakai pensel. Itu ada yang cheating pakai botol mineral. group i la tu..

Hotel pantai puteri, Melaka
Ini aktiviti masukkan benang dalam jarum, sampai kecik-kecik mata nak masukkan benang ni. Dah la ramai yang rabun bertambah rabun lah.

Hotel pantai puteri, Melaka
Selfie first with the geng before outdoor activity

Hotel pantai puteri, Melaka
Seronok sangat kot dapat sebotol mineral.

Hotel pantai puteri, Melaka
Aktiviti outdoor, lepak petang sementara tunggu urusetia sampai. Tengok kak Amy relax je tak payah buat posing macam kitorang buat. Lantak korang nak senget ke tertonggeng ke kat belakang tu. Dia still dengan posisi yang comel.

Hotel pantai puteri, Melaka
Kena buat gelungan yang besar yang boleh muat untuk 5 orang sahaja dan bergerak dalam gelungan sampai ke garisan penamat. Syarat mesti buat gelungan menggunakan surat khabar. Inilah gelungan group kitorang. Dapat no.2 kot part ni.

aktiviti sukan
Ini main sorok kasut. Setiap orang kena letak sebelah kasut dalam timbunan ni, kami kena cari sebelah kasut lagi. Team yang siap dulu, team tu menang. Tapi, depa pi sorok kasut dalam plastik la, bawah kayu la, timbus pasir tak ke cari pasal depa ni..fuhhh.. mana nak jumpa dengan cepat..kannn

Hotel pantai puteri, Melaka
Ini pulak pertandingan makan siapa paling pelahap. Mak buyung kat belakang tu sibuk je lah. Tak pe tahun ni ia ada excuse sebab pregnent kan, tahun depan kita lanyak cukup-cukup.

Haaa ni macam Running Man je, ada 4 benda kena makan. Maggi, roti, ice cream dan air bergas. Aku ambil paling mudah makan ice cream. Alaa ice cream apa sangatlah, celah gigi je makan ice cream ni.

Ingat ambil part ice cream paling senang la, masuk mulut gap gap je la kan. Sekali sejuk gigi sampai ke tulang punggung hoii, macam nak tercabut semua gigi, ngilu sampai balik kl pun rasa lagi tau. Disebabkan makan ice cream ni lah suara aku hilang, serak basah terus cancel nak karok malam tu. Lepas tu, lengkap pakej segala batuk selsema  nasib tak demam je. Cepat-cepat makan ubat, nasib stanbay ubat kan.

Hotel pantai puteri, Melaka
Tema dinner malam, red and black. Kami pakai je baju apa yang ada, janji ikut tema. Tak de masa la nak pergi cari baju dinner mengerlip-gerlip beria, cut cos.

Hotel pantai puteri, Melaka
Desert, ini je gambar makanan yang sempat tangkap, yang lain semua dah bedal. Malam tu menu sedap juga, dengan ikan bakar, mashroom sup lagi tak ingat dah.

Hotel pantai puteri, Melaka 
Us, semua ikut tema. Mek Jemah je pakai baju bunga-bunga. Serkup warna merah pun jadilah.

Hotel pantai puteri, Melaka
Budak lelaki black and red, Sifu mesti kena duduk. Inilah budak-budak stor penaung nusa bangsa dan negara. Stor bukan sebarang stor, stor ubat untuk satu Malaysia, bukan stor macam Ikea tu, ini stor HKL was wanted yow...

Hotel pantai puteri, Melaka
Finalis baju tercantik untuk women. Nak tentukan juara syarat kena cat-walk. Yang baju hitam tu sedang timbang tara tak nak cat-walk..hahah nasib la, siapa yang pakai baju cantik di mata juri, kan dah terpilih. Hadiahnya TV plasma kat lobi hospital haha

Hotel pantai puteri, Melaka
Last day kursus, kitorang kena berjoget ikut lagu. Tergeliat-liat urat kentut menari, macam-macam gaya keluar. Kung pow, silat

Hotel pantai puteri, Melaka 
Trainer pick-up dari belakang, aku yang terkena. Bantai la cakap apa yang rasa betul haha 
Suara pun dah macam ratu rock malaya, Ella

Hotel pantai puteri, Melaka 
 Kumbah hadiah

Hotel pantai puteri, Melaka
Semua group adalah pemenang, hadiah semua sama. 

Secara keseluruhannya group kami dapat no.2, tak kisah pun sebab hadiah semua dapat sama rata. Kursus ni pun nak happy-happy dan dapat mengeratkan sirraturahim sesama kita. Selalu nampak kat office serius buat kerja, tapi bila ada aktiviti macam ni otak gila-gila pun ada rupanya. Kat sinilah kita bolah melepaskan stress kerja kan.

In Shaa Allah ada umur yang panjang kita jumpa lagi next year..ta tataaa tu

NEXT kursus kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. SYOK GILER Arrr..








-zie-
..........................
14 Komentar untuk "Hotel pantai puteri, Melaka"

mcm seronok je...tp tak bestlah jauh dr anak kan :)

sis de masa pi pasar malam tu tau best heheh..x ingat hari apa pasar malam depan hotel tu

Hahaha bestnya. Tengok gambar oundah terfeel best.

tu la,konon nak lond ranger single tanpa kids.tapi xbole tahan rindunya.baru duduk dlm bus dah tringat kat depa hua huaa

oh ya,ada pasar ke. tapi time kami kursus xde pasar pulak.kalau ada dah perabih kat situ,xpayah pergi jonker walk

tengok pantai yang best,bole mandi situ.tengok ramai je yang berendam

berkursus kalau happening mcm ni mmg best kan ;-)

wah best la kursus jauh jauh huhu. ida ni kursus dekat dewan depan opis je haaaaaaa

sekali sekala dpt release tension hihi

patutlah sebok minta pix.
4 bulan dah weii. weeekk baru nak update. (marah sbb pix i sikit sgt!).
hahahaha... tapi cramp la schedule kali ni.
i nak bawa u ols jalan2 pekena klebang coconut shack pun kenot!
tsk tsk tsk

Ya Allah bestnya aktiviti korang ni...meriahhh tgk...hotel pun best!

hahha opsss ni buat kenangan,nak gambar banyak buat entry sendiri hahha

best kalau sekali sekala mcm ni,dpt lompat2 mcm budak2 sikit

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top