Restoran Golek Golek, Gombak



Assalamualikum uolls..

Restoran Golek Golek, Gombak] Nak tanya, adakah simpton mabuk semula dan muntah mencurah-curah tanpa disekat akan berlaku semula untuk perempuan mengandung 7 bulan? adoi laaa. sekarang ni muntah-muntah balik macam awal mengandung dulu. cuma beza tak kerap. ada masa aku akan muntahkan makanan yg aku tak boleh terima. 

serious larrr, minggu ni rasa macam dah sarat sangat. Nak bangun pun tak larat. Perut membesar bagaikan johan. Jalan pun slow-slow dah macam pinguin gemok. 

Sebenarnya nak cerita makan kat Restoran Golek-Golek kat Gombak. Pegi makan before PKP hari tu. Masa sampai tak ramai orang. Staff situ tanya ada buat booking tak? aku cakap takde. So, staff situ bagi meja yg betul2 depan rumah Melaka. Amir ajak duduk meja bawah rumah. Tak selesa pulak makan bawah rumah dengan terperap gitu. Satu lagi tak ke kalau orang atas bejalan masuk habuk kat makanan kite. Walaupun habuk tu tak nampak aku tetap phobia sebab asas dia rumah papan. haah. Aku kata back tempat tadi larrrrrrrr. Aku ugut dia saya muntah kang. bahahahah. Tempat duduk banyak pilihan. Boleh pilih nak makan dalam rumah, bawah rumah atau open area. Tempat yg hot kat garden area boleh tengok view. Tapi view dia pun nampak highway MRR2 tu jeeeee. 



lokasi nak ke restoran golek golek ni agak mencabar. kena mendaki naik bukit yg curam. Dari MRR2 dah nampak restoran ni nun atas bukit. parking area kat belakang restoran. tapi hadap la tayar kereta belumpur sebab tempat parking dia tanah lapang gitu je takde bertar. kalau hujan lagi arrrrrr memang compom esok kena hantar car wash. Pakej kenyang & tayar belumpur.



trademark restoran golek golek ada rumah pusaka melayu Melaka. Rumah ni memang import dari Melaka. Korang boleh pilih nak makan kat mana. Ada banyak option tempat. yg penting usha dulu!


aku amik set of 2 makan. Dalam set tu ada option ikan siakap/pari, udang/daging lemak kuning, air buah & nasi. Aku amik ikan pari sambal petai. Udang galah lemak kuning & air tembikai. Add on sotong goreng telur asin, telur dadar & sup kosong (untuk budak).


Highlight of the menu. Ikan pari sambal petai... 
aku pandang sepi je. sebab aku phobia tengok ikan pari ni bila terbalik. kah kahhh. lagi2 kalau ada bau yg kurang menyenangkan. Kalau pegi kedai nak ceduk ikan pari asam pedas aku akan curi2 untuk cium. kot-kot ada bau hancing. paranoid betol kan.

Last, tak habis pun makan sebab tak berapa urhmm. ikan dia dry pastu tergaring. 

Sotong goreng tepung dengan telur asin. sedap tapi terlalu garing 

model tangga 

cepat je bebudak ni jumpa kawan. Banyak main dari makan. Panggil makan pun nak gadoh. 

overall, tempat malap macam ni kalau setakat datang nak melepak becinta dengan GF, nak suasana romantik, suap-menyuap, well inilah tempat dia. pedulik larrrr makanan tak sedap pon, janji malap di bawah sinaran lampu minyak tanah. Cukup. Konsep aku simple, if food tu probably sedap bayar mahal sikit pun takpeeeee. Ni nak telan pun tersangkut-sangkut harap tempat je la best. Lain tarak. For u guys kalau nak try silakan. Nak repeat lagi? in don;t think so. hahahaha


Restoran Golek Golek 
Jalan Lingkaran Tengah 2, 
Gombak, Selangor
016-226 914
Tag : Food
6 Komentar untuk "Restoran Golek Golek, Gombak"

tu la view cantik tp food biasa2 je..rmi juga yg update menu tk brp...mmg slalu tgk je dr mrr2..nk naik ke sini curam

pernah nampak kedai ni memang tinggi nun di sana... kalau nk pergi memang akan pikir banyak kali, akak ni jenis tak rajin nak explore tempat makan yang rasa tak selesa atau susah nak pergi hehehehe...
tengok menu macam best tapi sayang bila tak berapa best

Tak pernah try sini lagi. View nampak cantek.

selalu nampak kat atas bukit bila lalu mrr2 tu. rumah tu cantik sangat bab menu tu tak pernah rasa lagi mungkin selera masing2 berbeza kan.

Belum sampai lagi ke sini sbb nak kena mendaki tu... Tapi nampak cantik view belah malam ye

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top