Atasi Kulit Berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil



Tipulah kalau ada yang kata orang perempuan ni tidak terpengaruh dengan segala jenis rutin penjagaan kulit wajah. Nampak kulit orang tu flawless kita pun sibuk nak pakai. Sebenarnya kulit setiap manusia tak sama. Penting sangat ni. Untuk kulit normal takde masalah takpe. Tapi tak semua orang bertuah dapat kulit normal. Ada yang kulit jenis kering, kulit berminyak & kulit sensitif yang salah sikit nak sentap. Naik jerawat melata bagai cendawan tumbuh.

Disebabkan rutin penjagaan wajah yang berserabut ini mudahnya terdedah tabiat buruk pada kulit wajah. Tabiat penggunaan pelbagai produk kecantikan bukan sesuatu yg baik. Malah boleh menyebabkan wajah menjadi meradang dan mengeluarkan minyak tanpa kawalan. 



Kuatir tabiat buruk ini memberi kesan pada kulit wajah? Atasi kulit berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil.

Dalam tak sedar ramai wanita yang mengalami masalah kulit berminyak sangat membimbangkan. Jangan risau kerana Cosmoderm Tea Tree Oil tampil dengan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit yang selamat pada harga yang sangat berpatutan. 

Salah satu produk terbaik yang berjaya Cosmoderm hasilkan ialah Tea Tree Oil Control Serum. Iaitu serum berasaskan air gel dengan ekstrak buah berfungsi mengawal minyak berlebihan pada kulit. 

Percaya atau tidak, produk ini mampu merawat liang pori tersumbat untuk mengurangkan dan menghalang pertumbuhan jerawat, bintik hitam dan bintik putih. 



Tak cukup dengan serum, Cosmoderm juga tampil dengan set lengkap penjagaan kulit wajah khas untuk semua lebih lagi bagi wanita yang mengalami masalah kulit berminyak.

Membersih dengan Tea Tree Oil Facial Cleanser. 

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari bagi menyelesaikan masalah kulit berminyak dalam masa yang sama tidak mahu kulit kering? Jadi, Tea Tree Oil Facial Cleanser ada jawapannya. 

Pembersih ini bertindak untuk membersihkan liang pori dan menyingkirkan minyak yang berlebihan dan mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat. Menariknya produk Cosmoderm ini bebas daripada paraben dan sulfat untuk semua jenis kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif. 

Membersih secara ekstra dengan Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion

Manjakan kulit dengan langkah pembersihan ekstra menggunakan Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion. Bayangkan, hanya menggunakan Toning Lotion liang pori akan kurang kelihatan ketara bahkan kesan minyak berlebihan pada kulit akan berkurang. 

Melembabkan muka dengan Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser

Tak lengkap rasanya set penjagaan wajah tanpa Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser. Kombinasi primer pelembab 2 dalam 1 mengawal kulit berminyak. Pelembab bertekstur ringan yang berasaskan air membantu melindungi kulit daripada sinar UV yang boleh merosakkan sel kulit. 

Tea Tree Oil Shower Gel 

Gel mandian dari Cosmoderm bertindak sebagai hero kepada kita. Cecair mandian ini membantu memberi kesegaran luar biasa untuk mengatasi masalah bau badan dan jerawat badan. Tea Tree Oil Shower Gel merupakan cecair mandian yang sesuai untuk semua orang. Sifatnya yang bebas dari sabun dan pewangi menyebabkan kulit sentiasa lembab tanpa iritasi dan anti bakteria. 

Lembutkan kulit dengan Tea Tree Oil Magic Body Lotion

Dirumuskan secara semulajadi yang cepat untuk mengatasi masalah bau badan, jerawat badan dan menghalang dari sinaran matahari. Losyen ini memberi kesan sejuk pada kerengsaan dan ketidakselesaan pada kulit. Tea Tree Oil Magic Body Lotion juga membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. 




Rawat dengan Tea Tree Oil Purifying Mask

Bagi memastikan produksi minyak tidak berlebihan dan liang pori diminimakan, Tea Tree Oil Purifying Mask adalah produk yang wajid digunakan pada kulit wajah. Tak perlu tunggu lama, sekurang-kurangnya 15-20 minit sudah nampak perbezaannya. Masker penulenan ini membantu menyerap minyak yang berlebihan serta berfungsi mengeringkan jerawat 

Hilangkan jerawat dengan Tea Tree Oil Anti Blemish

Terdapat 2 jenis :

  • Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle

Membantu mengecutkan jerawat, menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dalam masa 4-5 hari. Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.

  • Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press

Membantu mengecutkan jerawat, menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dalam masa 3-4 hari. Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press sesuai untuk kulit biasa.

 

 

Sebelum kulit wajah mengalami minyak yang berlebihan tanpa kawalan, produk Cosmoderm Tea Tree Oil sangat tepat untuk menjadi teman setia. Penjagaan wajah sangat penting, tetapi pemilihan produk yang baik juga kunci utama untuk keselesaan diri. 

Jadi tunggu apa lagi! Dapatkan produk Cosmoderm Tea Tree Oil di farmasi berdekatan, Watsons, Guardian sekarang juga. Korang juga boleh dapatkan Cosmoderm Tea Tree Oil di Shopee dan Lazada.

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh melayari laman media sosial rasmi Cosmoderm www.cosmoderm.com.my di Facebook dan Instagram 


Tag : Gaya Hidup
0 Komentar untuk "Atasi Kulit Berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil "

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top