Hmmmm.. Baiklah pembaca2 yg dirahmati oleh Allah. Tajuk macam minta penampar. Dah la suruh jangan meneran tapi suruh ibu mengandung baca. yang pasti aku belum besalin tapi dah sarat. Kalau duduk bersila perut dah labuh ke lantai. acah-acah nak bersila padahal kaki tak tak boleh silang pon. ghase? Bejalan dah macam pinguin 'kenderaan berat belah kiri' Sebenarnya taknak citer pun benda ni sebab macam tak penting. kah kaaaaahh. tapi terpaksa cerita sebab kalau ada orang yg mengandung macam aku ni terjadi masalah ni. Topik ni yg paling dekat dengan rutin harian dan mungkin rutin harian tu boleh betukar mimpi ngeri. APAKAH???
Topik kita adalah berkenaan (nak type ni pun malu kahh kahhhh)
BUASIR ketika hamil
Macam tak percaya boleh kena buasir wooo. Selalu sebut-sebut makan pedas boleh kena buasir kelopak tujuh. Sekarang baru tahu buasir tu sakitnya cemana. Taknak cakap dahhhh, mimpi ngeri doh! Hahahah. Untuk korang tak tahu buasir tu apa?
Buasir adalah pembengkakkan saluran darah dalam dubur akibat proses meneran kuat semasa buang air besar. Tubuh gemuk, sembelit yang kronik, kurang mengambil makanan berserat, suka makan pedas pun boleh dapat buasir. Dalam kepala otak aku ni terbayang cemana la orang yg suka makan cili macam sambal pak gambus tu tak kena buasir. Now, berhati2 nak makan pedas. Kalau dulu cili tu gigit buat ulam. Pengalaman kena buasir buat aku takut nak makan pedas.
Senaman kronik atau mengangkat barang terlalu berat buasir boleh terkeluar
Duduk lama-lama dalam jamban dan meneran terlalu kuat untuk membuang pun boleh buasir.
Masalah buasir boleh berlaku pada sesiapa saje termasuk wanita hamil. Doktor cakap penyakit buasir ni NORMAL. Cara doktor tu cakap macam sakit batuk/selsema. Bagi aku tak normal hokeeyyy. sebab 2 kali pregnant before ni tak pernah kena pun penyakit ni. Bukan masalah sembelit je, semuaaaa laaa dengan sakit pinggang, kaki membengkak, sakit montot, sakit tonkin, tido tak selesa. Tambah pulak dengan buasir. lengkap !
Dah masuk 32weeks aku dapat buasir. Selama ni tak pernah tahu apa tu buasir dan seumur hidup tak pernah kena buasir. Selalu dengar kawan yg cerita. Pregnant kali ni nak kena. Mana yg tak tahu buasir tu cemana, ada belon kecik kat jubo korang. Masa mula kena tu apesal jerawat tumbuh kat 'teeetttttt'. aku cakap kat husband ada jerawat kecik kat jubo mama. tapi nak jalan sakit. kadang ada darah sikit. Pastu husband cakap eh ni bukan jerawat la maaa.. Ni jubo terkeluor. BUASIR.
Dalam sakit2 tu boleh gelak menyetan dua2.
Buasir jangan ambil mudah
Kadang boleh jadi serius sampai kena operate. Buasir ada 2 jenis iaitu external dan internal. Make sure kena tahu buasir jenis pe korang. Pastu buasir pun ada stage dia.
Stage 2 : Buasir terkeluar dan boleh masuk dengan sendirinya, kejap masuk. Kejap keluar. sama ada berdarah atau tidak.
Stage 3 : Buasir terkeluar boleh ditolak dengan jari untuk masukkan, sama ada berdarah atau tidak.
For u guys, aku tahap 3.
Benda dah terkeluar ingat senang nak masuk balik. Saranan aku pegi bejumpa doktor. Sometime memang kita akan rasa malu nak tadah belakang tu show the doktor kan. Tapi aku lebih risou orang yg dalam perut ni. Kang teran nak besalin dengan jubo terkeluar. Satu hal nak jaga dua2 lubang. Disebabkan aku pregnant doktor bagi ubat sapu & lactulose (lembutkan taik)
Ubat yg doktor bagi tu tak functional sangat pun. Just untuk legakan sakit.
Malam2 nangis sebab sakit. Bejalan sakit. Bergesel sakit. Kadang gatal. Nak garu takut. Husband pun riso tengok keadaan kita. Apa dia boleh buat? Bagi semangat pastu beli macam2 untuk bagi kita sihat. Satu perkara yg penting jangan lupa mengadu dengan Allah.
Sehinggalah aku jumpa youtube Dr.Noordin Darus dia ulas cara rawat buasir secara natural. Jelas, padat, penuh informasi dia explain. Pegi la dengar, bagus untuk orang mengandung yg kena buasir macam aku ni. nah aku dah sertakan link siap-siap.
Aku follow yg dr.nordin cakap.
1. start diet sihat.
Banyakkan makan sayur (makan sayur takde masalah sebab aku suka sayur, tak kira sayur apa. Sayur pahit2 tak berapa). Makan buahan (pisang, betik utk lawas). Stop dulu makan pedas (part ni terseksa jiwa raga, sebab sejenis pemakan pedas, kalau tak pedas tak nikmat dunia. Tapi terpaksalah utk kesihatan diri).
Dalam seminggu tu, bantai tiap2 hari makan sayur. Kelompok haiwan pun confius, manusia pun ada tergolong dalam Herbivor? Lepas makan sayur makan buah pisang. Minum air secukupnya. Takpe asyik nak terkencing pun.
2. Aloe vera (pokok lidah buaya)
Hari tu ada tanam kat belakang umah. Pastu tak berbela, mati. Aku pegi mintak kat auntie bawah tu. Dapat anak benih aku tanam. Potong pokok lidah buaya amik yg tengah dia belendir. Letak dalam bekas kecik simpan dalam peti sejuk. Pastu oles kat jubo. Sapu 3 kali sehari (pagi, petang, malam)
3. Sitz-bath. Rendam punggung dalam air suam
Cara ni aku rasa paling bekesan. 2-3 hari buat dah kecut buasir. Buat 2 kali (pagi & petang). Mula2 nak sitz-bath tu macam susah juga dengan nak bela perut yg memboyot. Kat rumah ni ada besen sebesar muat-muat pungkok. Dah rendam pastu nak bangun pungkok tersekat kat besen. Termenung sekejap nak bangun caner. Cari idea benda apa yg boleh aku capai? Hodoh rupanya orang mengandung duduk dalam besen kahahaaaha
4. Vitamin c & Ostemetrik
Aku continue makan vita-c & ostemetrik Shaklee. Vita-c elok untuk penyembuhan luka dengan cepat. Ostemetrik untuk lawas.
Jangan lupa banyakkan berdoa dengan Allah. InshaAllah dipermudahkan.
Kat youtube Dr.noordin tu lagi banyak cara natural. Kat situ jelas explaination dia. Pegi la tengok naaaa.
Ada yg aku baca letak manjakani. Tapi better don't. Sebab kalau tak tahan bukan makin elok, makin bengkak teruk. Ikut ketahanan antibodi seseorang. Manjakani kan panas.
Suggestion aku, kalau makin teruk pegi la bejumpa doktor. Jangan malu. Dah sakit tadah je la.
Dia malu nak jumpa doktor. Main beli ubat kat farmasi sekali dah tahap 4. Tolak2 tak mahu masuk benda tu. Ada yg bagi suggestion duduk mencangkung tolak pakai tumit kaki. Sekali meletop berdarah kou! Bawak pegi hospital kena admit doktor nak opperation. Time tu kawan aku ni tengah bertunang. Tunang dia datang bawak mak/pak dia. Benggang giler kawan aku ni menahan malu sebab time tu doktor tengah treatment dia duduk atas ais pax (atas katil pulak tu). Nak jeee dia menyamar buat2 lupa ingatan. Mak mertua dia tanya sakit apa sebenarnya? Soklan tu yg paling susah nak jawab. haaaaaah serik dia.
6 Komentar untuk "Usah meneran. Ibu mengandung mesti baca"
akak, doakan saya moga di rezekikan menjadi seorang ummi ya dan dapat rasakan nikmat seperti ibu lain rasa :)
Allahu. Moga buasir ni cuma semasa hamil. Aamiin.
moga cepat sembuh kak! moga dipermudahkan urusan bersalin nanti
Nikiysha : amen.. inshaAllah akan merasainya suatu hari nti
PC: harap mcm tu la, mmg tak pernah kena pregnancy before ni. terkejut & takut juga huhuu
IQ; amen.. t.kasih qis. doakan akk dipermudahkan urusan besalin nti.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.