Pembersih muka Safi Beautea ekstrak teh premium



Hai uolls!

rajin ke korang nak facial muka ni.. aku memang tak rajin okk! i bukan sejenis manusia yg rajin nak membelek muka ke apa. kalau beli produk mahal ke murah membazir macam tu je sebab bukan sejenis manusia yg rajin nak ikut step by step. Rajin sehari dua lepas tu wassalamuuuuuu. nasib la muka takde masalah sangat. takde jerawat batu ke hape. Syukur. Muka pun pakai ala kadar. janji pencuci muka tetap Safi and kena ada pelembab. sebab sejenis kulit muka yg kering. walaupun kadang muka serupa jambatan tak siap tapi tetap nak cakap cun. ehhhhh

Safi Beautea : Pembersih Muka 100%  Ekstrak Teh Preminum

Now, Safi keluarkan produk pembersih muka dirumus ekstrak teh premium gabungan bahan semulajadi & menyegarkan, iaitu Safi Beautea. Pencuci muka teh? amendeee. Seriously, cleanser ni daripada yg lain. tak rasa pun mencuci muka dengan air teh.  sebab Safi Beautea ni melawan kesan negatif daripada pencemaran, tekanan dan kosmetik.

Baca juga : Safi Balqis Oxywhite Whitening

Pencuci muka Safi Beautea ekstrak teh premium

paling best scrub muka dia, rasa kulit muka tu lembut selepas scrub. Muka bersih bau wangi, ada biji-biji halus yang lembut yang tak melukakan kulit. sangat bestttttt. Safi Beautea juga  bebas dari :-
  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas alkohol 
  • Bebas paraben 
  • Bebas SLS/SLES
  • Bebas silikon


Baca juga : Serum Safi Expert Solution

Pencuci muka Safi Beautea ekstrak teh premium

Safi Beautea dari ekstrak teh PREMIUM terdapat 4 variasi 3 cleanser dan 1 scrub.
  • Green Tea & Neem - kulit normal
  • White Tea & Damask Rose - kulit kering
  • Black Tea & Black Orchids - kulit sensitive
  • Apricot Tea - Scrub 

Green tea & Neem 

Pembersih muka gel yang lembut untuk menghilangkan kekotoran dan minyak yg berlebihan. Dirumus dengan gabungan Green Tea & Neem untuk menghalang pertumbuhan jerawat dan sebum untuk membantu mengurangkan parut jerawat. 
- Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.




White Tea & Damask Rose

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat sesuai untuk membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan liang-liang roma pada wajah
- Sesuai untuk kulit kering



Black Tea & Black Orchids 

Pembersih muka Amino Acid yang lembut, wangi ini membersihkan kekotoran yang melekat pada wajah. Dirumuskan dengan campuran Black Tea & Black Orchids yang sangat bagus untuk membantu kulit dari kering dan sentiasa mengekalkan kelembapan kulit pada wajah. 
- Sesuai untuk kulit sensitif



Apricot Tea Face Scrub 

Scrub muka yang dirumus khas gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit untuk lebih cerah, licin & berseri. untuk mendapat kesan yang lebih baik semestimya pakai bersama Safi Beautea Cleansers.
- Scrub muka



Baca juga : Safi Dermasafe untuk kulit sensitif

Pencuci muka Safi Beautea ekstrak teh premium

nak dapatkan pun senang, boleh dapatkan Safi Beautea di seluruh pasaraya di Malaysia. nak lagi mudah  boleh beli secara online di Watson.

harga seunit RM23.30. memang berbaloi..



Tag : Gaya Hidup
2 Komentar untuk "Pembersih muka Safi Beautea ekstrak teh premium"

menarik! :) saya pun sekarang tengah guna produk safi which is dermasafi

http://sayesyadiya.blogspot.com

Cantik betul design dekat tiub tu..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top