Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)



Hellopppp..

Before raya hari tu aku gan ucu pegi Friend & Family Estee Lauder Sale kat Hotel Times Square. Tahap owang kaya sangat ni pakai barang Estee Lauder. Ucu dapat tiket private sale ni dari Dr kat klinik ucu. Dr ni tak dapat pegi so dia pass kat ucu. Dapat 5 tiket ajak adik, mira gan wani kitorang naik monorail dari Chow Kit turun kat Imbi. Aku macam tak faham sangat la private sale ni cemana kan..kat sini korang akan dapat harga menjunam giler dari harga asal contoh MAC, Ester Lauder, Clinique, Michael Kors, DKNY, Bobbi Brown. Tory Burch dari normal prize ratus-ratus down sampai puluh-puluh hingget. tak tahu la tahap murah dia macam mana sebab aku tak biasa pakai barang mahal ni. seram babe! tengok harga dah pakinson. Aku pakai gincu biasheee-biasheee, setakat ni favorite lipcetik Maybeline.. so aku biarkan makcik-makcik tu yg pegi serbu, AKU! lepak tepi main game bahahah.

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)

time bayar tengok ada yg spend RM2k more.. agaknya lebih dari tu pun ada up sampai RM5k. barang pe la diorang beli sampai banyak tu kannnnnnn. nak masuk ballroom sale pun bag kena seal. tapi before tu ada yg complain diorang beli barang banyak2 lepas tu re-sale semula dengan harga yg mahal.. now, tak sure diorang limitkan tak untuk purchase.

Sebenarnya, taknak cerita pasal Friend & Family Sale Estee Lauder ni, nak cerita pasal aku beli blouse murah kat TS (Times Square). Kadang pegi keje asyik pakai baju kurung je bosan gak kan, dah tersampainya kat TS ni.. nyambil tu cari la blouse yg ok. kat ts ni ehhhh murah pulak.

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)

Blouse murah kat Times Square (TS)

sekarang dah banyak mall borong macam ni. KWC (Kenanga Wol Sale), GM Klang. now, tak heran  sangat dah sebab banyak pilihan nak pegi mana.

baju, kasut murah.. tapi toys tak banyak.. kat sini bukan lubuk toys. lubuk toy tu haah kat jln raja laut, banyak kedai pemborong mainan.. aku ada satu kedai favorite kat ts ni. kalau nak cari blouse & baju yg murmur biasa pegi butik mnb.. butik mnb banyak level ada. kat level 3 ada. level 1 ada.. dia banyak kiosk.

SAIZ...
ermm harap maklum lah yeeeee. saiz kat ts ni mostly saiz owang korea. paham-paham je la body owang korea cemana.. kalau kat Korea saiz badan macam aku dah ketegorikan gemuk.. butik big  size (xxxl @ more) maybe ada 1, 2 kedai kot tapi tak sure kat level berapa.

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)
butik mnb kat level 3 yg deko mcm hutan tu
beli 3 helai dapat diskaun

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)
time nak pegi solat ternampak kedai RM9.90.. kalau setakat buat tido baju seksi2 beli yg murah udah ler.. terbeli 2-3 helai kat sini buat tidooooo ehhhhhh. (surau kat level 7, sempit sikit kalau sumbat ramai2)

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)
baju ni beli kat butik mnb. Blouse gan kain boleh beli asing tapi aku mix n match jadik la mcm design Rizalman. ok what! bahahaha

Harga ikut pattern. ada yg RM25, 30

Hari tu spend 100 lebih boleh dapat banyak benda.. baju 4 helai, jam (Azeq & Fina),  

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)
kualiti pun ok. ada lining, tak tebal, tak panas, janji bawah pungkok lepas sirim.

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)
terus naik tahta jadi baju raya. kos pun tak tinggi. jimat duit.

Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)
Blouse belang2 ni pun beli kat mnb.. boleh match kan dengan kain soft pink atas tu..nak pakai dengan seluar pun ok sangat. jimat space wardrobe aku ..

satu yg tak best kat ts ni, baju/bloues/seluar tak boleh try ye.. ada dulu (time bujang) aku tak tahu pun ts ni tak boleh try, pastu elokkkkk aku sarung lengan depan orang tu.. seller tu tak pandai cakap melayu penat dia buat tanda isyarat 'cannot'. kawan aku gelak macam nak gila.. bukan sebab malu sebab tak muat, nasib tak koyak bahahahaha. so, kat ts ni pandai2 lah korang ukur kat badan sendiri. kalau rasa tak muat better tak payah beli kang menyesalll


Butik MnB
Berjaya Times Square,
Jalan Pudu 55100 Kuala Lumpur




-gee-
Tag : Lifestyle
6 Komentar untuk "Butik MnB blouse murah kat TS (Times Square)"

Cantiknya!! Harga pun super jimat :0

Sebab tu ana kurang g ts sebab balik mesti ada je x kena dgn saiz baju tu. Haha

Cantiknya yang belang-belang tu.. Lama tak pergi TS..

Memang giler klu pegi ts ni..beratus abih x sedr sbb bj2 nya mmg cntek2 n murah..lagi2 butik mnb ni kat on9 mhl tp kat sini rm20 je

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top