Trailer : Filem Operasi x bakal mengegarkan panggung?




Tailer: Filem Operasi X bakal mengegarkan panggung | hai korang!! kak gee korang kembali beraksi nak review filem.. hahaha. Belum tengok lagi, baru tengok trailer. 1st impression aku tengok trailer is AWIE.. awat muka ang macam Rajinikanth weh!! seriously muka jambang-jambang gitu pun hensem hahaha  sebelum pergi jauh, biasa kalau aku tengok siapa pengarah? dan siapa pelakon?

Filem Operasi X sebuah movie aksi arahan Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhasnisham Muhammad, terbitan Dream Pictures Production.

Pengarah dah hebat, cerita mesti gempak kan!!


Operasi X Filem terbaru yang akan ditayangkan serentak di seluruh pawagam bermula 1 november 2018. Before ni ada jugak lalu lalang di media sosial, tapi takde jiwa nak tengok. so, hari tu tengok trailer cerita Operasi x ni.. best!! ada aksi, tembak-menembak dan Rajinikanth Malaysia (Awie) haha.. Nah! kat sini aku belanja trailer movie Operasi X.

Pengarah : Sandosh Kesavan
Terbitan : Dream Picture Production
Pelakon : Dato' Awie, Dato' Aaron Aziz, Dato'Yusof Haslam, Hairul Azreen, Nasir Bilal Khan, Hefny Sahad, Gbob, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima, Zaidi Omar.
Genre : Action

Sinopsis cerita :
ASP Redzuan (Aaron Aziz) ingin berhenti  dari kerjayanya sebagai seorang anggota polis kerana rakan baiknya - inspektor Aman yang terbunuh di depan matanya sendiri semasa menjalankan misi. Redzuan kemudian memencilkan dirinya ke sebuah pulau  dan menyembunyikan identitinya dari penduduk kampung. Namun, penyembunyian Redzuan berjaya dikesan oleh Tuan Anwar & Dato' Moktar dan meminta ASP Redzuan untuk memgetuai Operasi X bagi menumpaskan geng Belut. 

Selepas aku menonton trailer Operasi X yang berdurasi 1 minit 23 saat.
Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 yang gempak!!

Persoalan?
  • Berjayakah Awie menjayakan watak sebagai ketua gengstar?
  • Adakah Operasi X Movie Filem terbaik 2018 mampu mewujudkan gabungan yang mantop antara Awie dan Aaron Aziz?
  • Sejauh mana kejahatan ketua gengster - Belut?
  • Adakah watak Nasir Bilal Khan membawa kelainan dalam filem Operasi X?
  • Berjayakah Operasi X menggegarkan panggung?
Itu semua akan terjawab selepas aku  pergi tengok cerita ni.. nantikan review dari aku.

stay tune!!




Tag : Movie Review
2 Komentar untuk "Trailer : Filem Operasi x bakal mengegarkan panggung?"

Ramai yang cakap best. Nampak gaya kena tengok ni. Nak nak awie ada kan

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top