Review filem Operasi X Movie | Filem Terbaru 2018



Review filem Operasi X

Hari tu saje chill spent time dengan anak-anak tengok wayang, port biasa kat tgv Wangsa Walk. Nak review Operasi X Movie Filem terbaru 2018. first at all, tengok filem Operasi x don't letak high expectation terhadap filem ni.  nanti korang juga yg kecewa haha taknak cerita pasal sinopsis.. aku ada review kat SINI tapi aku nak cerita jalan cerita. tak nafikan pelakon semua best-best.. hebat-hebat belaka. tapi kalau jalan cerita tak menarik, plot tu kurang mantop. letak lah pelakon hebat mana pun, cerita tu tetap tak sampai.

Kenapa aku cakap begitu? nanti aku terangkan satu-persatu.

Jalan cerita
babak first memang best dengan aksi tembak menembak, dalam hati wah ni mesti best ni! pastu terus slow dengan babak cinta.. wehh aku tengok cerita pe ni weh? tadi kemain gempak dengan action ni tiba2 masuk babak cinta. panjang pulak tu. mungkin ok babak cinta tu tapi drag panjang (sempat mengelamun). Jalan cerita yang mudah, Nasir Bilal Khan pembelot. senang sangat dapat agak. Cara mati pun senang, eh tembak je mati.. haah. mungkin patut lebih dramatik dengan aksi tembak menembak, pukul memukul. terjun laut ke kan. bahaha


Pelakon
pelakon memang best la Dato Awie, Aaron Azie, Dato Yusof Haslam.
- Awie aku taknak komen sangat sebab aku rasa dia tersedia hebat sebagai seorang penyanyi plus pelakon. sawan tengok Awie belakon. Bukannya gengstar jahat nak mati. dia tak buat lawak pun aku dah gelak. Aku rasa dia ketua gengster yang kelakar dalam hati ada taman bahaha. tengok muka macam Rajinikanth aku dah bantai gelak sampai krem perut. Aku rasa kalau ending dia hidup confirm Belut bertaubat jadi orang masjid.. ngegeee HAHAHA

sumber google

- Amerul Afendi (Mat Bong)
korang kenal tak. tengok muka kenal kot. dia ni pakej muka penyamun dah ada, bawak watak jadi gengstar senang sangat dia bawak. watak maknyah pun dia pernah bawak. sebagai multitasking dia boleh bawak different watak. good job Mat Bong.

nak komen perempuan Lady Lion - pembantu Belut. tak banyak skrip, tengahari panas naik feri kat Penang tengah laut, angpa pakai jaket hitam tu pasaipaaa. panaihhh melecet oi.. becak ketiak panaihhh mengerlip. sama laa geng-geng jahat tu semua berjaket. kalau pakaian simple tshirt saja, muka dah tersedia penyamun confrim menjadi.

Visual & Muzik
Muzik ok. Sinematografi dalam filem operasi x seriously cantik. Gambaran dari sudut camera kemas, shoot dari atas memang terbaik. Tempat ASP Redzuan bercuti tu cantik. Pemandangan laut very nice.

Part yang aku suka!!
part kembar Awie menyanyi.. perggggghh suara Awie memang tak mengecewakan. legend sepanjang zaman. Antara part yang aku suka, masa intro kan team Operasi X.. kat situ macam wahhhh best la.. si Janggut tu banyak buat lawak.

Pengarah yang hebat
Filem Operasi X ni arahan Sandosh Kesavan seorang pengarah filem yang terkenal. Beliau pernah mengarah filem Aandal (2005), Gong (2006), Aanushtana (2013), Biasan (2015). Operasi X (2018). Pernah merangkul trofi pengarah terbaik di layar skrin terbaik Pengarah Terbaik untuk filem pendek FELINA di film & video FestivalAcademy Film Malaysia pada tahun 1995. Filem ni gabungan beberapa penerbit lain iaitu Zarian Sham, Ali Nathan latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.

Harapan
sebagai penyokong filem tanah air, aku sentiasa support filem tempatan. ada lebih & kurang here and there, itu biasa. hope penfileman filem tempatan akan terus maju dalam menghasilkan filem-filem yang lebih hebat dan mantap untuk penonton di Malaysia. Bukan di Malaysia saje malah dapat melebarkan sayap ke luar negara.

ok sekian bebelan dari kak Gee engkorang pengemar menonton filem / lawak / tv / karton / hindustan / tamil.. hahaa korea tak berapa minat bahahaa

3/5 bintang ..



ps : mungkin aku harapkan more expectation terhadap movie ni sebab pelakon best-best. Tajuk filem pun OPERASI X.. harapkan lebih banyak aksi. 



Tag : Movie Review
5 Komentar untuk "Review filem Operasi X Movie | Filem Terbaru 2018"

Wah zie dah tengok ye. Ana tggu kat astro first je lah nanti kalau ada. Nk ke wayang berkurun dah x jejak kaki. Hehe

ada juga bc review pasal Operasi X ni..mula2 aksi bukan main..masuk tengah2 jalan cerita masuk bab cinta2..lagi satu betul ke watak awie bukan main hati ada taman..bukan nya genster betul hahaha..aduii belum tengok iols dah gelak dah..teringat lakonan dia dlm hantu kak limah..kelakar..
bila nama filem pun Operasi tentunya kita pun expect filem aksi sahaja kan..nti kita tengok plak

ermm dari review Zie ni, macam menarik gak nak ke pawagam.. kena cari partner nak teman kak ana ni siapakah hehe :)

Awie berlakon dan menyanyi tu best lah...eh mcm nak tgk je hehe

Akak mula2 tgk trailer tu tgk awie dah nampak mcm Rajnikannt..ahaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top