ST Rosyam Mart, Setiawangsa



Baru2 ni sempat pegi ST Rosyam Mart yg kat Setiawangsa tu. Saje nak tengok apa yang menarik kat sini? time aku pegi tu hujan lebat selebat2nya, kalau dapat main hujan best ni. tapi lantak kan situ aku nak turun jugak. payung kan ada. aku turun sorang. budak-budak tido dalam kereta duduk dengan husb. tak lama aku tengah memilih ayam, dapat call dari husb anak dara tu dah bangun melalak cari aku .. adeh terpaksa tinggal troli jap pi kat kereta amik anak dara tu.. kat luar still hujan lebat.. aku kan pakai spec bila keluar dari tempat sejuk terus berkabus pandangan aku.. memang sajer taknak bukak kekonon felling macam kat oversea bahaha. husb siap cakap 'sejuk sangat ke kat dalam tu' aku cakap 'sejuk macam kat Hokaido' furrrrrrrh aku cakap 'Rosyam Nor ada kat dalam'.. terus mengelupur nak turun hahaha.. 


ayam murah!
kat sini ayam dia murah RM5.69 /sekilo.. banding dengan tempat lain st rosyam murah lagi.. masa opening ari tu offers 0.80 sen je sekilo. time opening aku tak pegi, malas nak besesak2 ramai orang. time tu Dato' Rosyam pun turun.. so ramai yg amik gambar dengan dia walaupun ada yg tak masuk pun mart dia hahaha

Bagus Dato' Rosyam ni dia bukak peluang keje pada warga tempatan. Dia ada syarikat produksi Suhan Movie's pastu dia bina business dengan jenama dia sendiri. Ramai artis sekarang sikit-sikit business kosmetik.. tudung. tapi Rosyam Nor pilih perniagaan runcit. ok la beza dari artis lain kannnnnnn. senang je dia nak buat trademark 'ayam murah' so orang akan tuju beli ayam.. dah sampai sini takkan nak beli ayam je kan.. secara tak langsung akan beli barang lain jugak walaupun beza dalam sen-sen..

Nak buat promosi pun senang sebab dia ada pakej. dia boleh gunakan popularity dia buat promosi. even kalau dia jual perfume pun orang akan beli sebab dia kan 'selebriti'. aihhh rosyam.. rosyam.. dah la hensem.. eh! tiba2 je kannnnnnnnn bahahahahaa

ST Rosyam Mart, Setiawangsa
ST Rosyam Mart, Setiawangsa
kerang RM8.90 sekilo.. standard dengan harga luar.. aku beli sekilo masak kerang rebus. sedap seh!! seafood dia fresh.

ST Rosyam Mart, Setiawangsa
bahagian meat, dia guna konsep glasses macam ni.. so pelanggan boleh nampak staff buat keje kat dalam. bagus jugak konsep macam ni coz pelanggan boleh judge kebersihan dia. orang yg kat dalam tu jangan cobak-cobak nak garu montot.. orang kat luar memegrati pergerakan mengkome!!

ST Rosyam Mart, Setiawangsa

apa yang best kat ST Rosyam Mart?
  • ayam murah.. setakat ni harga ayam RM5.69 sekilo. taktahu la kot-kot pasni naik @ turun.
  • parking.. Dato' Rosyam beli parking lot depan kedai dia khas untuk pelangan dia parking.. kalau korang biasa dengan kawasan  Setiawangsa ni.. parking memang serabut.. kalau weekday make sure bayar parking ye.. nanti elok je dapat surat cinta kat wiper
  • open 24 hour
  • ada helper yg tolong hantar barang sampai kat kereta. kebanyakan yg menshopping kat sini makcik/pakcik tua yg tolak troli. so takpayah riso nanti ada helper yg tolong tolak troli terus sampai ke kereta. mungkin dengan cara ni rosyam nak tarik pelanggan. 
satu yg buat aku kurang selesa, ada sesetengah tempat yg jalan mati. first time datang memang kabut sikit sebab tak biasa dengan tempat tu kan.. kali ke-2 datang dah ok.. dah tahu area beras, telur, seafood, meat, barang kering.. tempat dia tak besar macam Giant/Aeon/Tesco. standard macam pasaraya Segifresh .. 

boleh la kalau malam-malam ter emergency nak beli barang. pasaraya ni open 24 hour. better la dari KK Mart yg mahal mencekik tuh.

hari tu ramai peniaga kecil/catering yg tempah ayam dengan rosyam mart sampai berpuluh2 ekor. Aku ni beli sekor je cukup makan untuk sendiri. Kawan ucu nak kendurikan anak pun tempah ayam dengan rosyam mart. apa yg best kat st rosyam mart ni part AYAM.. ayam dia murah. barang lain standard price beza pun tak banyak dalam sen-sen je. pampes/susu budak tak nampak pulak. takde kot.

Lokasi : kalau ullos yg biasa dengan kawasan Setiawangsa ni. korang mesti tahu Giant Setiawangsa kat mana kan.. dari Giant terus jalan ke depan. St Rosyam mart belah kanan. bekas tapak laman pengantin.. 

waze je la weh... mesti jumpa!!
tu je nak citer.. kak gee engkorang nak sambung buat keje..


ST Rosyam Mart
Dewan Sri Iskandar Taman Setiawangsa
54200 Setiawangsa KL




-gee-
16 Komentar untuk "ST Rosyam Mart, Setiawangsa"

Baru-baru ni sure ramai org lagi kan. Tggu keadaan reda dulu baru i olls nk terjah shopping. Hehe

ok juga ni, member ofis ni pun cakap dia punya seafood fresh dan banyak pilihan. tunggu rosyam buka dekat shah alam pulak la

Jalan lebih sesak bila puasa sebab ada bazar ramadhan berhadapan ST RM.InsyaAllah nak pegi juga bila ke KL.

sy pegi tu time weekday ok je tak ramai.. mybe rami time weekend kot.

oh ada plan nak bukak kat shah alam ke.. makin maju!!

oh ada bazar ramadhan ke kat situ.. bukan ke dh pindah. tak sure la hahahaa

Bagus sebab buka kedai runcit camni. Aku teringin jugak nak pergi tapi memang jauhla dari rumah. Hahaha...

mmg best pergi ST ROSYAM tu sebab brgan murah. klau yang plan nak buat BBQ mmg ini tempatnya.. cr frozen foods byk sgt..rambang mata

kalau dekat ni memang sha dah pergi dah, sebaik jauh je haha

Nak try lah nanti. Dah kata murah kenalah serbu haha...

pernah pergi sekali, tapi masa tu sebelum grand opening dia. banyak brang xada, so...agak kuciwa jugak, tang sayur masa tu pun banyak xbest mana, mgkin bhan basah dia je yg best...

mmg jauh la babe klu semata2 nak sampi sini, tak berbaloi hahaha best lagi mydin kat tempat ang tu.. hahah

hahah lagi best pasaraya kat tempat sha tu kot.. pak rosyam pun tak selalu ada hahaha

bg sy ayam murah la kak..brang lain standard price kat pasaran.. boleh la kalau sje2 nak pegi

akk rasa dia up mmg bagi ayam murah. barang basah, seafood memag bnyak pilihan. mcm sayur, barang kering biasa2 je.tak semua barang ada.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top